Pengikut

Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Disember 2010

JANGAN ZALIM DAN USAH BIARKAN KEZALIMAN BERLELUASA..


"Dari Ibnu Umar Radhiallahu anhu. Bahawa Rasulullah SAW. Bersabda : Seorang Muslim itu menjadi saudara kepada seorang saudara muslim yang lain.Dengan sebab itu ia tidak boleh menzalimi atau membiarkan saudaranya itu dizalimi.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya Allah menyempurnakan hajatnya pula.Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan (kesusahan) saudaranya maka Allah akan melepaskan daripadanya satu kesulitan (kesusahan) pada hari khiamat kelak.Seterusnya sesiapa yang menutup keaibpan seseorang muslim itu maka Allah akan menutup keaibpannya pula pada haru khiamat kelak. (Muttafakun alaih)
"
Huraian Hadis

Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan atau persefahaman dalam perkara yang diredhai Allah. Penganutnya dikehendaki hidup berbaik-baik dan tolong menolong bantu membantu , mormat menghormati diantara satu sama lain , kerana umat Islam itu adalah bersaudara seumpama saudaranya sendiri seperti firman Allah dalam surah hujurat ayat 10:

Ertinya: "Bahawa seluruh muslim itu bersaudara maka hendaklah kamu damaikan antara saudara kamu"

Hak sesama muslim seterusnya dikehendaki menjaga saudaranya daripada terkena kesusahan dan jangan membiarkannya terkena inanya tampa mendapat pembelaan. Lebih-lebih lagi dilarang melakukan penginanyaan terhadap saudara muslim yang lain.

Hadis diatas seterunya menerangkan sesiapa diantara orang Islam yang tolong melepaskan saudaranya dari sesuatu kesulitan seperti menolong orang yang ditimpa kesusahan dan sebagainya maka pasti Allah akan melepaskan satu sesusahannya di akhirat kelak, dan mana-mana orang-orang Islam yang melindungi seseorang Islam yang lain daripada satu bahaya seperti melepaskan seseorang yang menderita hidup akibat dizalimi oleh pihak yang lain maka Allah akan melindunginya di Akhirat nanti, walau bagai mana pun tidaklah harus melindungi orang yang terang-terang melakukan kesilapan disebabkan kepentingan tertentu. Sekiranya kezaliman terus berleluasa dan sikap melindungi orang yang melakukan kesalahan yang nyata tidak dibendung maka tunggulah kehancuran pasti akan berlaku.

Demikianlah kewajipan yang mesti dilakukan oleh seseorang Islam terhadap sesama muslim, kerana setiap orang Islam adalah saudaranya, dengan bersikap suka tolong menolong , bantu membantu untuk kebaikan bersama yang mana akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan dibalas pahala di Akhirat kelak.

Sekiranya umat Islam beramal dengan ajaran ini sudah tentu hidup mereka akan terjamin dan dihormati orang ramai serta di redai Allah.

Pengajaran Hadis
1. Orang Islam mestilah hidup berbaik-baik dan tolong menolong diantara satu sama lain
2. Mereka ditegah melakukan penginayaan diantara sesama sendiri.
3. Orang yang melakukan kebaikan dalam hidupnya akan dibalas pahala di Akhirat nanti.
4. Allah menolong orang yang suka menolong saudaranya dengan ikhlas.

Jumaat, 26 November 2010

SIKIT PUN BERSYUKUR...

"Menyebut ni'mat Allah itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan sebutannya merupakan kekufuran. Sesiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yang banyak dan barangsiapa yang tidak mensyukuri manusia tidak akan mensyukuri Allah. Bersatu padu itu rahmat dan bercerai-berai itu sengsara."
--Diriwayatkan oleh al-Baihaqi

Huraian :
Menyebut ni'mat ialah mengenang dan membuat pengakuan lisan terhadap ni'mat-ni'mat kesenangan, kesihatan, kejayaan, dan keselamatan yang dikurniakan Allah kepada dirinya dan keluarganya.

Kesediaan untuk menyebut dan membuat pengakuan seperti itu dengan jujur merupakan pernyataan bersyukur yang disanjung dan dihargai tinggi oleh Allah sebaliknya kelalaian dan keengganan untuk berbuat demikian merupakan pertanda ketandusan budi bicara yang tidak mengenal kebaikan dan rahmat Allah. Kerana itu, kesyukuran merupakan tugas utama seorang hamba terhadap Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.

Dengan lain-lain perkataan, kesyukuran adalah baja pertama yang menyuburkan pertumbuhan dan perkembangan iman dan amalan yang soleh, tanpa kesyukuran bumi hati dan bumi roh menjadi begitu kering. Di dalam ibadat sembahyang, kita disuruh membaca surah Al-Fatihah dalam setiap raka'at dan permulaan surat Al-Fatihah ialah "Alhamdulillah" iaitu kata-kata yang melambangkan kesyukuran mutlak, mendalam, tinggi dan meliputi seluruh aspek. Selepas sembahyang disunatkan membaca "Alhamdulillah" sebanyak 33 kali agar semangat bersyukur kepada Allah itu menjadi darah daging kita.

Jumaat, 9 April 2010

15 perkara penyebab datang bala Allah

“Daripada Ali bin Abi Tholib R.A. Rasulaullah SAW bersabda: Apabila umatku telah membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun ke atas mereka:
1-Apabila harta negara beredar pada orang-orang tertentu sahaja,
2-Apabila amanah dijadikan sebagai satu sumber keuntungan,
3-Apabila zakat dijadikan hutang,
4-Apabila suami memperturutkan segala kehendak isteri,
5-Apabila anak derhaka kepada ibunya,
6-Apabila anak-anak hanya mendengar cakap kawan-kawannya,
7-Apabila anak-anak menjauhkan diri daripada bapanya,
8-Apabila suara ditinggikan di dalam masjid,
9-Apabila orang yang menjadi ketua bagi sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di kalangan mereka,
10-Apabila seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya,
11-Apabila arak sudah diminum di serata tempat,
12-Apabila kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki,
13-Apabila artis disanjung dan dimuliakan,
14-Apabila muzik banyak dimainkan orang dan
15-Apabila generasi akhir umat melaknat dan menyalahkan generasi para sahabat” .

Hadis diriwayatkan oleh Tarmizi.

Sabtu, 9 Januari 2010

HAK SESAMA MUSLIM

Assalamualaikum.
"Dari Ibnu Umar Radhiallahu anhu. Bahawa Rasulullah SAW. Bersabda : Seorang Muslim itu menjadi saudara kepada seorang saudara muslim yang lain.Dengan sebab itu ia tidak boleh menzalimi atau membiarkan saudaranya itu dizalimi.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya Allah menyempurnakan hajatnya pula.Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan (kesusahan) saudaranya maka Allah akan melepaskan daripadanya satu kesulitan (kesusahan) pada hari khiamat kelak.Seterusnya sesiapa yang menutup keaibpan seseorang muslim itu maka Allah akan menutup keaibpannya pula pada haru khiamat kelak. (Muttafakun alaih)
"
Paham dari Hadis:
1. Orang Islam mestilah hidup berbaik-baik dan tolong menolong diantara satu sama lain
2. Mereka ditegah melakukan penganiayaan diantara sesama sendiri.
3. Orang yang melakukan kebaikan dalam hidupnya akan dibalas pahala di Akhirat nanti.
4. Allah menolong orang yang suka menolong saudaranya dengan ikhlas.