Pengikut

Sabtu, 13 Jun 2009

BEZA ANTARA KEDUANYA

Salamullah...

Firman Allah dalam Surah Al-Fajr ayat 15- 20 (surah ke-89):

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakannya dan diberikannya kesenangan , maka ia berkata : 'Tuhanku telah memuliakanku'

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka ia berkata : 'Tuhanku menghinaku'

Sekali-kali jgn demikian, sebenarnya kamu tidak memuliakan anak-anak yatim

dan kamu tidak mengajak memberi makan orang miskin,

dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur-baurkan (yang halal dan haram)

dan kamu menyayangi harta benda dengan cara yang berlebih-lebihan...


Ingatan dan panduan untuk hidup mendapat kemuliaan Allah.

wassalam

Khamis, 11 Jun 2009

fishing...

One of my hubby’s favorite activities…FISHING.
About fishing…

Some people like to catch fish, some like to fish…
From what I see, the type of people who like to catch fish, if they come home empty handed they often view the trip as a failure or sometimes even as a complete waste of time.
But people who like to fish are a completely different type of person. These people tend to enjoy the entire experience of fishing. To them, catching fish is a bonus feature of the overall fishing experience itself. Don't get me wrong, they like to catch fish as much as anyone else and many of them are very good at it. But people who like to fish tend to enjoy all aspects of fishing, not just the catching part.

I think my hubby is a person who likes to fish because sometimes he catches fish and sometimes he doesn’t. But he never views fishing is a waste of time… To him, catching fish is fun but if that's the only reason you go fishing, you're missing out on some of the best things this world has to offer. That’s why to be supportive, I always say to him, don’t mind with the fish; just come back with one piece… :)


Idioms with’ fish’; like a fish out of water
(Fig. appearing to be completely out of place; in a very awkward manner) Whenever I am with your friends, I feel like a fish out of water.
ditulis: Ummu hadi

KEMULIAAN DAN KEHINAAN

Manusia sering melakukan kesilapan dalam memahami kedudukan kaya dan miskin. Kekayaan dan dan kesenangan itu bukanlah bukti kemuliaan dan kelebihan. Kemiskinan pula bukanlah bukti kehinaan dan kerendahan.
Kemulian dan kehinaan di sisi Allah SWT itu bukanlah terletak pada banyak dan sedikitnya habuan dunia. Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
kita mulia kerana Islam. Janganlah mencari kemuliaan selain dari Islam.
muhasabah diri kita...

Rabu, 10 Jun 2009

Kena Paham...

Apabila kita menerima sesuatu berita, ada 2 kemungkinan pada berita tersebut. Samada berita itu benar atau salah.
apa jua berita tidak boleh lari dari 2 kemungkinan tersebut..bagi orang yang beriman, mereka wajib meneliti dan menyelidik sesuatu berita itu samada ianya benar atau salah.
adalah sesuatu yang amat malang jika kita yang mengaku pejuang kebenaran menerima sesuatu berita tanpa menyelidik dan menyiasat tentang kebenarannya, lantas kita menjadi penyebar-penyebar berita yang belum diketahui kebenarannya hanya kerana hendak menjadi orang terawal menyebarkan sesuatu berita yang diterima..
kita mulia kerana kita berpegang teguh pada Islam. Asasnya patuh dan taat pada segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
menyebarkan berita yang palsu atau salah adalah salah satu jalan menempah tempat dikalangan orang2 yang fasik..
mudahan kita memelihara diri kita dari terjerumus kearah jalan2 kesesatan.
wassalam

Selasa, 9 Jun 2009

Fitnah jadi amalan?

salam alaikum...
Islam agama yang sempurna. Selayaknya setiap individu mahupun jamaah menerima kesempurnaan Islam dalam apa jua keadaan. Samada ianya bertepatan dengan pandangan dan pendapat kita,mahupun sebaliknya.
Islam adalah agama Allah. Allah telah menentukan tiga rukun beragama iaitu aqidah, syariat dan akhlak. Manusia walau sehebat mana sekalipun tidak layak melawan ketetapan yang telah ditentukan Allah dan Rasulnya.
sejarah telah membuktikan betapa perjuangan menegakkan agama Allah memerlukan istiqamah, kesabaran dan semangat juang yang tinggi.
sabar dalam menyampaikan kebenaran,
sabar dalam berdakwah.
sabar dalam menghadapi ujian fitnah,samada datang dari dalam mahupun luaran.
oleh itu, wajib bagi setiap para pendokong perjuangan Islam meneliti setiap berita yang diterima samada ianya benar ataupun palsu..
saranan nabi, berkata baik atau diam.
jangan sampai kerna nak menjadi orang yang tahu semua maklumat, kita menjadi penyebar fitnah.. tidak ada kelebihan dan kemuliaan bagi penyebar fitnah...
sebaiknya kita meneliti dan menyiasat sebarang berita yang diterima dan itu adalah jalan yang terbaik dalam mencari kebenaran...

'manusia sering berfikir untuk mengubah dunia
tapi lupa untuk mengubah diri..
sekian