Pengikut

Khamis, 10 September 2009

LEMBU : YANG PELIK DAN ANEH

Assalamualaikum.

Bila banyak sangat cerita pasal lembu, mari kita pakat tengok gambar lembu yg pelik dan aneh.
Subhanallah, Alangkah hebatnya kekuasaan Allah menciptakan segala sesuatu yg dikehendakinya. Semuanya menjadi petunjuk dan pengajaran kepada manusia betapa Allah maha berkuasa lagi maha gagah.




























*keterangan gambar :1- Lembu berekor dua
2- Lembu berkepala dua

Ahad, 6 September 2009

LEMBU, KEPALA LEMBU DAN PERANGAI LEMBU

Assalamualaikum.

Maha suci Allah yg telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya. Seperti yg diketahui semua yg berakal, Lembu adalah antara makhluk ciptaan Allah.
Lembu adalah sebahagian daripada binatang ternakan yang halal dimakan oleh ummat Islam setelah disembelih menurut kaedah syarak yg betul.

Dalam Al-Quran, Allah SWT. telah menyatakan bahawa Neraka jahanam dipenuhi manusia dan jin kerana sebab-sebab berikut :
1- Ada hati tapi tak memikirkan/ mendalami soal kehidupan menurut lunas syarak
2- Ada mata tapi tak melihat kebenaran/tanda-tanda kebesaran Allah dan mengambil iktibar
3- Ada telinga tapi tak suka mendengar peringatan,nasihat dan kebenaran.

Allah turut mengumpamakan golongan yg akan memasuki neraka jahanam ini berperangai seperti binatang ternakan.Contoh binatang ternakan adalah seperti : Lembu, kambing, kerbau dan macam-macam lagi yg kita sedia maklum akan jenis2nya.



Bahkan Allah memberi amaran bahawa golongan ini lebih teruk,lebih sesat daripada binatang2 tersebut.
Golongan inilah yg sentiasa berada dalam kerugian.



Manusia diberi tanggungjawab oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi. Adalah zalim jika manusia tidak melaksanakan tanggungjawab tersebut. manusia akan jadi lebih hina dari binatang jika melanggar perintah Allah dan cuba mengambil tindakan melampaui batas2 Allah.
jangan sampai kita jadi lebih teruk dari lembu.Buruk akibatnya.



Sekian, Wassalam