Pengikut

Sabtu, 30 Januari 2010

BETUL KE USTAZ LAGU NIE?

Assalamualaikum.

Memang memalukan.Patutnya menjadi contoh dan penunjuk arah..
memang tak boleh harap.Ini kes buah cempedak tak cukup masak. Ngaji nak dapat habuan dunia semata2...
Bila Kepala dah takde Iman...
Inilah jadinya...baca sini




*-ini bukan gambar ustaz

komunis, firaun kecil dan melayu mudah lupa

Assalamualaikum.

Semua maklum tentang Melayu mudah lupa. Lupa diri, lupa daratan, lupa asal usul kejadian,lupa sejarah, lupa jaga diri, lupa anak bini, lupa silap sendiri, lupa harga diri dan paling malang, melayu lupa pada Penciptanya lantas tiada rasa nak mengingati Allah dan Rasulnya.

Melayu lupa tentang kerugian yg dialami berzaman2 lamanya.
Melayu lupa atau tak pernah dengar bicara Umar R.A. : "Kita dimuliakan Allah kerana Islam. Sekiranya kita mencari kemulian selain dari apa yg Allah muliakan yakni Islam, nescaya Allah akan hina kita sehina-hinanya."

Melayu kena ingat, jgn lupa bahawa masih ada golongan melayu yg hebat. Melayu yg beriman dan beramal soleh dan sering berpesan2 kearah kebenaran dan berpesan2 penuh kesabaran.

Melayu hina bila ikut contoh firaun, namrud, abu jahal dan segala angkatan kesesatan itu.
melayu hila bila ikut paham komunis, sekular n macam2 lagi istilah sesat dan ajaran sesat yg masyhur ketika ini.

Melayu terleka dan alpa dengan slogan yg dibawa Hang Tuah mungkin...
"Tak kan hilang melayu didunia..."
Bicara wahyu menyebut tentang tempoh masa akan tiba saat semua akan hilang, sehingga dunia dan segala isinya akan hilang dan musnah.
tiada yg kekal abadi.
Begitulah adanya...






sekian

Khamis, 28 Januari 2010

KEBAIKAN MENGALAHKAN KEJAHATAN

Assalamualaikum.
Antara kewajipan mukmin yang bertaqwa ialah menunjukkan akhlak-akhlak yang mulia dalam segala tindak-tanduk pergaulan dan perhubungan kita dengan orang lain.

Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abi Zar
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja anda berasa, iringilah perbuatan yang tidak baik dengnan perbuatan yang baik nescaya terhapuslah dosanya, dan bergaul(berkawan) orang ramai dengan perangai(kelakuan) yang baik."


Taqwa adalah pakaian setiap mukmin di mana sahaja mereka berada. Dlm terang atau dalam kelam.Waktu sendirian atau ditempat awam.
Mudahnya kita terjerumus dalam kancah kemaksiatan dan kejahatan, maka, bersegeralah menutup kesilapan dan kealpaan itu dengan amalan kebajikan supaya dosanya terhapus dan kejahatan itu hendaklah dirahsiakan, kerana sebagai seorang mukmin kita tidak seharusnya berdegil atau terus membiasakan diri melakukan maksiat yanng dilarang Allah, setiap ma'siat mestilah ditebus segera dengan hasanah agar kita benar-benar memperlihatkan penyelesaian dan keinginan kita untuk kembali ke pangkal jalan.
begitulah adanya...

*-merokok bukan ciri taqwa.

Rabu, 27 Januari 2010

FATWA TERBARU

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG!!!

Bila terbaca berita ini ianya agak memeranjatkan. Malahan bagi yg berangan2 nak kawin dengan gadis 1 kampung pasti tergendala hajat dihati.

Fatwa ini amat mengejutkan. Malah menimbulkan perdebatan hangat serta bantahan orang ramai. Banyak pihak menyatakan bahawa FATWA ini dikeluarkan secara terburu-buru dan kurang berhati2.
Soalnya bagaimanakah Fatwa ini boleh dikeluarkan?
Adakah Fatwa ini Benar atau khabar Angin?

Setelah diselidik dan disiasat, Salah seorang Bekas Ahli Majlis Fatwa ketika dihubungi menjelaskan :
"Bagaimana tidak Haram, Sedangkan Had yg ditentukan Syarak sekadar 4 orang sahaja. Itu pun dah ramai. Mana boleh Kawin dengan gadis sampai 1 KAMPUNG...? He he he ketawa Bekas Ahli majlis fatwa ini sambil meletakkan telefon.

Emm... macam-macam hal...

*-Sekadar gambar hiasan. Tiada kena mengena dengan Fatwa.