Pengikut

Khamis, 17 September 2009

TAK PERNAH CIUM PIPI MAK DAN AYAH ?

Assalamualaikum...

Buat semua yg masih mempunyai Ayah dan Ibu, PULANGLAH melihat Ayah dan Ibumu sempena kedatangan hari raya aidilfiri yg penuh keberkatan...leburkan dosa ditapak tangan.




Memang ada yg masih mempunyai ayah dan ibu tapi tak pernah mencium pipi ayah dan ibunya. Alangkah malangnya kita jika sepanjang hidup selepas kita cukup umur,kita tak pernah mencium pipi mak ayah kita. Adakah kita rasa jijik atau malu atau tak sampai hati mencium pipi kedua mereka?
Sempena Aidil fitri ini cubalah kita melakukan kebaikan ini. Jangan sampai nanti bila tubuh mak ayah kita terbaring kaku tanpa nyawa baru kita nak cium pipi mak ayah kita. Tunjuklah kasih sayang kita kepada kedua mereka semasa mereka masih hidup lagi.

Jgn pula ada yg hanya mengirim lagu hari raya yg dinyanyikan oleh Siti, M.Nasir, Mamat, Sudirman dan lain2 lagi (sekadar menyebut beberapa lama) tapi tak pernah seumur hidup untuk mengirimkan bacaan Ayat2 suci Al-quran pada mak ayahnya. Lagu raya tak mampu nak menyelamatkan mak ayah kita. Ubah cara sambutan hari raya kita dengan mengirimkan doa dan alunan zikir dan bacaan ayat suci Al-quran, kerna ini lah yg menjadi penyelamat kita dan ibu ayah kita.

tinggalkan budaya "tuju lagu" kepada budaya tuju doa dan bacaan al-quran.

Bagi yg berminat sangat telefon stesen radio untuk sampaikan lagu raya pada mak ayah dan kenalan, baik tukarkan budaya ini. kirimkan bacaan surah al-Baqarah la pulak. Baru terkejut beruk DJ yg bertugas. Berpeluh ketiak dia mencari CD bacaan A-Quran.

Tentu anda pernah terfikir bukan ?
Oleh itu marilah kita sama2 merenung dan mengambil iktibar.


Terlebih baik kita mendengar apa yg diucapkan oleh Luqman kepada Anaknya.

Antara Wasiatnya yg terdapat dalam Al-quran adalah :

WASIAT (NASIHAT) LUQMAN KEPADA ANAKNYA:

Dan Kami wajibkan manusia taat kepada ibu dan bapa. Ibunya telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (Kami perintahkan ) : Hendaklah engkau bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, kepada Ku jua tempat kembali.

Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan Aku (dengan sesuatu) tanpa ada,pengetahuanmu kepadanya,maka janganlah engkau taati keduanya, dan pergaulilah keduanya didunia dengan baik. Turutlah jalan orang yg kembali kepadaKu, kemudian kepadaKu lah kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yg telah kamu kerjakan.( Ayat 14 dan 15 surah Al-Luqman)


Pelbagai pendapat ahli tafsir mengenai sejarah Luqman yg kisahnya disebut dalam Al-quran. Ada yg menyatakan dia adalah seorang Nabi pada masa Isa dengan Nabi Muhammad S.A.W., dan ada yg menyatakan beliau seorang wali Allah pada zaman Bani Israil dan lain2 pendapat. Tetapi pa yg paling penting Lukman adalah seorang yg diberi Allah "HIKMAH" dan termasuk dari golongan yg beriman kepada Allah.

Apa pun saya dengan penuh kerendahan hati dengan ini mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFIRI AL-MUBARAK kepada seluruh muslimin dan muslimat.
MAAF ZAHIR BATIN.

Semoga Kejayaan kita menghidupkan malam2 Ramadhan akan berterusan untuk menhidupkan malam Aidilfitri dengan takbir tahmid dan zikir pada Allah. InsyaAllah Hati kita tidak akan mati pada waktu matinya hati.

Sekian. Wassalam

Ahad, 13 September 2009

SEMPENA MEMPERINGATI PERJUANGAN DAN SLOGAN PERJUANGAN.

Assalamualaikum.

Di Iraq, Palestin,Afganistan, Selatan Thailand, Moro, kasymir dan serata tempat yg ummat Islamnya tertindas, kita akan dapati mereka ini berjuang sepenuh hati, dengan tenaga,harta benda dan seluruh jiwa raga mereka hatta nyawa mereka menjadi taruhan demi memastikan kejayaan mereka mempertahankan aqidah dan tanah air mereka dari dijajah.
Jihat mereka begitu dikagumi, berjuang tak kira masa, tambahan dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan alasan untuk berhenti berjuang. Puasa menjadikan jiwa mereka makin kental berhadapan dengan musuh2 Allah.Hubungan mereka dengan Allah begitu rapat, dengan amalan2 fardu dan sunat serta qiamullail yg menjadi kemestian dalam hidup mereka bagi mengukuhkan hati dan tawakal mereka hanya mengharapkan pertolongan Allah jua.



Kita satu Malaysia pula bagaimana?

Menjadi kewajipan kepada kita semua untuk menyokong dan bersama mereka mempertahankan dan memperjuangkan kebenaran yg hakiki.
tapi...
Apa tindakan kita? Paling tidak pun adakah kita
Besedia untuk meruntuhkan ekonomi golongan penentang ini?
kita dah lama dah tahu, dan sedia maklum tentang tanggungjawab itu,tapi masih menyokong barangan buatan yahudi dan seangkatan dan senada dengan yahudi...

Satu lagi,

Bersediakah kita solat subuh berjamaah?
Ikatan syaitan yg membalut tubuh kita tak mampu kita leraikan. Bagaimana kita nak meraih kemenangan jika bilangan yg hadir waktu subuh tidak sama mcm bilangan yg hadir solat jumaat?
alaa, kalau solat maghrib pun tak dpt berjemaah,apalah lagi subuh... Alangkah lemahnya kita bukan, tapi sering melaungkan soal perjuangan dan pengorbanan.
Buktinya ada didepan mata. Mudahan Ramadhan ini dalam merawat kelemahan dan membantu memulihkan semangat yg hilang. Moga-moga kita mampu mengubahnya. Kita buat,kita dapat, tapi kalau kita tak buat, kita akan dapat juga,apa yg kita dapat? kita dapat susah.

sekian, Wassalam.