Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah...
Ramadhan hampir saja pergi meninggalkan kita semua.
Segala amal yang kita lakukan semuanya akan dinilai oleh Allah dan diberi balasan dari sebesarnya hinggalah sekecil-kecil amalan.
Alangkah rugi dan amat malang sekali sekiranya Ramadhan yang datang dan hampir ke penghujungnya ini tidak memberi sebarang peningkatan dalam takwa dan iman kita. Sama-samalah kita bermuhasabah diri..
Apa yang menanti kita ialah dengan kedatangan Syawal.
Nabi s.a.w. bersabda;
مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْبُ
“Sesiapa
menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya
tidak akan mati hatinya pada hari mati hati-hati”. (Riwayat Imam
at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)
Menurut Ibnu ‘Abbas r.a.; sekurang-kurang yang dinamakan
menghidupkan malam ialah mengerjakan solat Isyak berjamaah dan berazam
untuk mengerjakan solat subuh berjamaah. Yang dimaksudkan mati hati
ialah terbelenggu hati dengan dunia. Ada yang berpendapat maksudnya
ialah menjadi kafir. Dan ada juga yang memberi erti; ketakutan hari
kiamat.
Selain itu, digalakkan juga memperbanyakkan
doa pada malam hari raya kerana doa pada malam tersebut adalah mustajab.
Imam Syafi’ie berkata di dalam kitabnya al-Umm; “Telah sampai kepada
kami bahawa dikatakan; ‘Sesungguhnya terdapat lima malam dimustajabkan
doa iaitu; pada malam jumaat, malam hari raya korban, malam hari raya
fitrah, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Sya’ban’”
SELAMAT AIDIL FITRI... MAAF SEGALA SALAH DAN SILAP SEPANJANG MENGENDALIKAN BLOG INI. SEGALA YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH. SEGALA KEKURANGAN DAN KEDHAIFAN ITU DARI DIRI INI. ALLAH PEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH...
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 18 Ogos 2012
Khamis, 16 Ogos 2012
UST. NASHA PATUT KENA BIMBING ATAU KENA HALAU?
Beliau adalah bekal Timbalan Presiden Pas.
Sudah pasti dah jenuh membimbing dan menerangkan pada ahli-ahli pas tentang ciri-ciri amal jama'e.
Sudah pasti rajin bagi tazkirah dan mendengarnya.
Tapi...
Manusia sering tersilap dan terlalai. Ianya boleh berkalu pada siapa saja, tak kira samada pada pimpinan atau manusia biasa.
Silap pada perkataan dan tindakan.
Lalai boleh terjadi dengan sebab kurang berhati-hati, leka, termakan pujuk rayu dan macam-macam lagi.
Bagi yang tersilap, bila ditegur ia segera membetulkannya. Ada juga yang agak lambat membetulkan kesalahan yang dilakukan. Ada alasan dan asbab masing-masing.
Macam kes Ust Nasha ni lalai atau tersilap?
Apa pun PAS sebagai bahtera penyelamat. Islam sebagai terasnya.
Menyelamatkan manusia yang kelemasan. Memberi dan menerima sesiapa sahaja yang rela dan tunduk pada ketetapan selagi mana ianya tidak menyimpang dari orbit Islam... Mudah-mudahan diberkati Allah.

Selasa, 14 Ogos 2012
UMNO PECAT AHLI YANG KAKI BOTOL ? DAP ?
Islam merupakan agama yang lengkap dan menepati fitrah manusia.
Menerima dan mengamalkan Islam secara keseluruhan adalah kewajipan atas tiap yang mengaku beriman.
Manakala yang menerima sebahagian ajaran islam dan menolak sebahagian yang lain telah dijanjikan dengan kehinaan dunia dan akhirat.
Menerima tuntutan hawa nafsu dan mengenepikan tuntutan agama dengan rasa bangga mengaku bahawa pandangan kepala hotak sendiri lebih baik dari ketentuan Allah memang tergolong dalam golongan celaka@haram jadah...
Moga-moga terlindung kita dari tergolong dalam puak-puak penentang ketetapan Allah dan rasulnya.
Ya Allah, tetapkanlah iman kami dan tempatkan kami dalam golongan yang taat, patuh, akur dan tunduk pada perintah Allah dan rasulnya hinggalah akhir hayat kami..
Mari pakat baca KAT SINI

Langgan:
Catatan (Atom)