Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Khamis, 25 Ogos 2011
JANGAN BUAT NAYA, KESIAN KAT YANG KENA NAYA...
Asas keadilan pada diri sendiri ialah iman, amal Soleh dan akhlak mulia dan asas kezaliman pada diri sendiri ialah kufur, maksiat dan akhlak yang hina. Selain itu setiap orang hendaklah menjaga hak, keperluan dan kehormatan diri sendiri iaitu hak keperluan dan kehormatan rohani dan jasmani. Sebab itu orang Islam di larang daripada membiarkan diri teraniaya.
Firman Allah Taala: (Surah Al Baqarah Ayat 195) Ertinya:
Dan belanjakan ( apa yang ada pada kamu ) kerana ( menegakkan ) Agama Allah. Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan sikap bakhil) dan perbaikilah ( dengan sebaik-baiknya segala usaha dan ) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
Lebih utama lagi, bagi menegakkan keadilan pada diri sendiri seseorang itu hendaklah berani mengakui kesalahan dirinya sendiri dan bersedia menerima akibat daripada kesalahan tersebut. Keadilan pada diri sendiri itu dapat dipelihara apabila seseorang itu mempunyai ilmu tentang yang benar (hak) dan yang salah (batil), tentang yang baik dan yang buruk, tentang yang berguna dan sia-sia....
Oleh itu jangan la buat naya kat sesiapa jua.
baca kisah tentang kehidupan ini :
....Khir turut memberi peringatan kepada individu berkenaan supaya tidak mengganggu sistem kehakiman
Beliau menimbulkan isu berkenaan kerana berasa ragu setelah menerima surat berhubung arahan mahkamah mengenai keputusan supaya beliau membela diri atas dakwaan yang dihadapinya.
"(Tapi) saya dapat (surat berkenaan) seminggu sebelum mahkamah buat keputusan (supaya membela diri). Surat itu dari mahkamah Shah Alam tapi nombor faksnya daripada Putrajaya," katanya lagi.
... Bacaan lanjut kat SINI
Rabu, 24 Ogos 2011
CIAN KAT MEMBER..JGN LA SYAK YG BUKAN-BUKAN..
Buktikan dulu, ujar beliau..
baru la tulis dalam blog. Supaya tiada yang terasa hati dan tidak terkilan dengan kenyataan yg dibuat...
Macam-macam boleh berlaku dan sering berlaku.
Bila saat tiada kuasa, tidak ramai yang sudi menjadi benteng dan rela mempertahankan kawan.
Dulu kawan yang sanggup bersama waktu senang. Bila susah semua pakat lari..cabut..
Inilah cobaan..
*gambar hiasan:tiada kaitan dengan kisah ini.
Baca kisah ini :
Dakwaan Dr Mohd Khir Toyo bahawa tiga menteri kabinet mahukan beliau dipenjarakan untuk membolehkan BN merampas semula Selangor, boleh menyebabkan menteri dari Selangor terasa hati, kata ketua penerangan Umno Selangor, Abdul Syukur Idrus. "Kesan dakwaan itu (bahawa) ada tiga menteri (yang dimaksudkan). Ada (seorang) menteri di Selangor barangkali terasa hati, dan dua lagi yang lain, saya tak tahu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Menteri kabinet dari Selangor ialah Datuk Seri Noh Omar yang kini memegang protfolio menteri pertanian dan industri asas tani. Beliau adalah ahli parlimen Tanjong Karang dan juga timbalan ketua badan perhubungan Umno Selangor yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Sepatutnya Dr Seri Khir Toyo tidak segera melatah dengan mengeluarkan kenyataan yang belum tentu kesahihannya," kata Abdul Syukur yang juga ketua Umno Selayang. Malah, katanya, dakwaan Dr Mohd Khir dalam blognya semalam, boleh menimbulkan "kekusutan terhadap perkara yang dilihat kembali tenang". "Umno dan BN nampak begitu mantap untuk kembali menguasai negeri-negeri yang kita kalah," katanya. Abdul Syukur mengulas pendedahan Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya semalam, Dr Khir dilapor berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun mendakwa beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.
Mengulas lanjut, Abdul Shukur yang juga ADUN Kuang berkata dakwaan Dr Mohd Khir "sesuatu yang memeranjatkannya dan beliau tidak mengetahui kesahihan perkara tersebut". Sehubungan itu, beliau "tidak nampak" dengan memenjarakan Dr Mohd Khir akan membolehkan BN menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. "Itu satu pandangan yang jumud dan mendahului kuasa Tuhan. Menang atau kalah dalam pilihan raya, tertakluk kepada prestasi sebagai pemimpin dan kerajaan sebelum ini. "Ia tidak menjejaskan Umno Selangor, kerana kita mempunyai satu keazaman untuk mengembalikan kuasa kepada BN," katanya. Menurutnya lagi, rakyat akan memilih calon dan parti yang lebih berketrampilan serta menunjukkan prestasi yang boleh menjamin masa depan rakyat pada masa akan datang. Ditanya sama ada pemimpin Umno yang lain akan mempercayai dakwaan Dr Mohd Khir, Abdul Sykur berkata beliau tidak tahu sama ada mereka mempercayainya. "Beliau (Dr Mohd Khir) bos saya dulu, saya bersimpati atas apa yang berlaku kepadanya. Tetapi kepentingan parti perlu didahulukan," katanya. Sementara itu, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Mohamad Satim Diman berkata dakwaan Dr Mohd Khir itu "tidak ada kena mengena dengan Umno Selangor". "Sebaliknya ia merupakan masalah peribadinya. Dalam Umno Selangor kita bersatu, banyak program kita buat, PM pun turun. Kita tidak ada masalah," katanya. Mohamad Satim yang merupakan ADUN Sri Serdang dan bekas setiausaha Umno negeri Selangor berkata beliau tidak tahu mengenai dakwaan bekas menteri besar Selangor itu. Manakala ADUN Sementa Datuk Abdul Rahman Palil - yang pernah bertugas sebagai exco sewaktu pentadbiran Dr Mohd Khir - juga enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut. "Saya tidak mahu komen, semua itu kawan-kawan saya. Saya kira tidak elok," katanya.SUMBER : SINI