Pengikut

Jumaat, 8 April 2011

TAK BETUL LANSUNG ATAU KURANG ILMU?

Nak ikut pandangan yang mana satu?
Menilai hujjah dan menerima pandangan mestilah mengambil kira sumber rujukan dalam syariah Islam itu terlebih dahulu.
Samada sumber dari Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..

Dalam permasalahan 'tuduhan zina" sebagai contoh...

"surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat’ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup “syarat empat saksi.”

Siapa yang tak betul lansung dan siapa yang keliru dan terkeliru? Jika kurang ilmu, masih boleh belajar...sedikit demi sedikit, lama-lama cerdik ataupun paling tidak pun sedikit cerdik...

Bacaan tentang isu ini kat SINI

*-gambar hiasan

Rabu, 6 April 2011

PEDULI APA CAKAP ULAMA!!!

Negara diambang kemusnahan,
negara boleh jadi kacau bilau ...
Bila mana cakap orang jahil yang lebih dipercayai dari cakap para ulama dan ahli ilmu.
Bertambah kusut dan rosaklah negara bila sesuatu fatwa dikeluarkan atau nasihat yang diberikan tidak dilayan dan tidak dipedulikan. Malahan dicemuh dan dianggap sebagai pelampau, penyebab kemunduran dan macam-macam lagi label yang diberikan..

" Peduli apa cakap ulama..haram sana, haram sini je tahu"...

Itulah antara yang sering disebut oleh mereka yang degil dan sombong!
Bertambah bala dan haru biru bila mana yang berilmu dah tak berani menyatakan kebenaran..
Lingkup wal hancuzzzz...

Ini ada nasihat berguna dari Dato Mufti : SINI

Selasa, 5 April 2011

GEMPAR LAGI KANTOI ; AKHIRNYA PEMILIK DVD, VCD KENA HUKUMAN...

Inilah akibat memiliki dvd dan vcd lucah...

Bagi kes-kes yang sedang disiasat dan akan disiasat

kena tunggulah apa la pulak hukuman yang akan menanti...


Sapa yang dah kena dan sapa yang hampir-hampir terkena...:)

Isnin, 4 April 2011

BUKU VS BUKU SUDAH... VCD VS DVD AKAN DATANG?


Wacana ilmiah antara penulis buku Menuju PAS Baru, Dr Mujahid Yusof dengan penulis buku kritikan terhadapnya, Menerjang Badai, Ustaz Riduan Mohamad Nor mendapat sambutan memberangsangkan.

Program yang diadakan di Dewan Kompleks Kediaman Exco Selangor, dekat sini malam tadi menampilkan dua tokoh muda PAS yang juga penulis buku yang yang menjadi topik perbincangan utama...
SUMBER : SINI

Buku lawan buku sudah..
Pasni DVD lawan DVD la pulak.
Bukan Video lucah atau separuh lucah..
Tumpuan pada perkembangan dan percambahan pemikiran. Bukan dok sibuk cerita dan jaja
"politik longkang "macam yang disebut oleh Ku Li tu..
Memang meluat dan merosakkan minda generasi mendatang..

Ahad, 3 April 2011

INGATAN PENTING...


.....Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang sebaik-baik ciptaan ( dan lengkap sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur dan menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan Dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang Yang rendah, Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus. (jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula Yang menjadikan Engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil Yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?
( Surah at Tiin : Ayat 4 – 8 )