Pengikut

Sabtu, 14 Mei 2011

AGENDA RAMPAS...

Bukan kerja mudah.
Tapi bukan mustahil untuk melakukannya..
Kerja buat tak boleh berseorangan...

GOMBAK, 14 Mei: Presiden Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari bertekad untuk terus berjuang merampas akhbar Utusan Malaysia daripada kongkongan Umno.

Beliau mendakwa, perjuangan Utusan sudah jauh tersasar daripada perjuangan asal iaitu untuk menuntut kemerdekaan dan membela nasib kaum Melayu di tanah air.

Utusan sebaliknya kini lebih berperanan sebagai suara Umno.

"Masa Utusan Melayu diterbitkan Umno tak ada lagi. Akhbar ini diterbitkan untuk menuntut kemerdekaan,untuk menyatakan suara orang Melayu.Sebab itu dipanggil Utusan Melayu, untuk menyatakan pendapat dan pendirian orang Melayu ketika itu.

"Saya berpendirian bahawa saya perlu berjuang untuk merampas kembali akhbar ini daripada Umno.

"Saya memang tak layak digelar pejuang kebebasan media. Baru 7-8 bulan saya bersuara untuk kebebasan media berbanding pejuang kebebasan media sejak 50 tahun dahulu," kata Hata di majlis ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" anjuran bersama PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipenden (KAMI) di Taman Melewar,dekat sini malam tadi.

Ia merupakan kemunculan pertama bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu di pentas PAS selepas dipecat daripada Utusan Melayu Berhad.

Hata dipecat 1 Mei lalu,dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Pemecatan itu atas alasan Hata memburukkan imej majikannya itu dengan mengeluarkan beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial Utusan.

Tampil di hadapan kira-kira 500 orang yang hadir, Hata memulakan ceramahnya dengan mengakui "gementar" berada di atas pentas PAS.

"Kalau ditanya adakah saya gementar, ya memang saya gementar," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

Orang ramai kelihatan teruja dengan kemunculan Hata di pentas. Ada yang pada mulanya hanya berdiri di tepi-tepi dataran tempat ceramah mula mengambil tempat yang lebih selesa dan yang yang berada di gerai-gerai jualan mula menghampiri kawasan ceramah.

Hata berkata, beliau juga berasa malu kerana sudah bertahun-tahun bekerja di akhbar yang mempunyai imej yang sangat buruk."Saya teragak-agak juga nak terima jemputan pihak penganjur ke program ni.Bukan kerana takut tapi imej Utusan itu sendiri yang berada dalam keadaan yang teruk bagi diri saya.

"Nasib baiklah saya berada di pentas PAS.Kalau berada di pentas DAP dah lama saya digelar "pengkhianat Malayu",katanya.

Menceritakan kisah-kisah sepanjang bergelar wartawan kanan Utusan, Hata mengulangi dakwaannya bahawa Utusan mempunyai agenda tetap untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat.

Apa yang berlaku di Utusan sekarang ini, mereka mempunyai agenda untuk terus kekal berkuasa, bukan memperjuangkan Melayu lagi.

"Agenda yang wajib,menyerang PAS kerana menolak kerajaan perpaduan untuk bergabung dengan Umno,menyerang DAP di Pulau Pinang berkaitan anti Melayu dan anti macam-macam lagi dan mereka sentiasa menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu agenda Utusan sekarang ini," katanya.

Hata yang diatakan akan menguruskan sebuah akhbar baru, Utusan Rakyat juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan laporan Utusan yang disifatkan sebagai "membahayakan".

Berhati-hati dengan laporan Utusan kerana agenda mereka hanya untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

"Apa yang membuatkan saya berasa benci sangat dengan Utusan bila mempermainkan isu agama.Saya bimbang kerana majoriti yang membaca Utusan adalah orang Melayu.Kalau hari-hari isu agama dimainkan, akan mempengaruhi pembaca terutamanya di kawasan luar bandar," katanya.

Bacaan lanjut kat SINI

Selasa, 10 Mei 2011

PENYOKONG TEGAR GEMBIRA SAKAN!!!

Berita RANTAU PANJANG KLANG :

Gula naik harga.
Kesihatan rakyat akan lebih terjamin.
Perangkaan singkat menunjukkan pesakit kencing manis makin berkurangan dan kerajaan dapat menjimatkan kos ubat.
Jimat dan duit tu jika tak membebankan kerajaan ianya dapat dikembalikan pada rakyat jelata jua.
Rakyat akan kurang membeli gula.
Kedai makan, restoran dan gerai-gerai dijangka tidak akan menaikan harga makanan dan minuman kerana kenaikan harga gula tidak memberi kesan besar kepada perniagaan mereka.
Pasukan pemantau harga barang yang berjumlah beribu-ribusssssssss orang telah siap sedia memantau kedai mana yang ingkar dan cuba menaikkan harga teh tarik, teh o, kopi, air masak dan sebagainya.
Tindakan tegas dan mulus akan segera diambil terhadap peniaga yang degil dan hanya nak cari untung je. Peniaga sebegini tidak mengambil kira bebanan yang ditanggung pembeli. Walaupun kenaikan cuma sedikit, ianya menimbulkan rasa kurang senang pembeli.
Apa yang penting, kenaikan ini tidak membenankan dan ianya pada tahap kemampuan rakyat.
Rakyat kena lebih bijak menggunakan sumber lain untuk menggantikan gula jika keberatan nak beli gula.
Gula naik harga, keuntungan untuk poket rakyat...
Kurang membeli kurang memakai..
sumber :AS

Isnin, 9 Mei 2011

ISU AGAMA RASMI...

1-Islam agama rasmi negara.
Tapi kenapa ada kekangan dan halangan bagi umat Islam yang nak mengamalkan perintah dan ajaran agamanya?
Memang boleh amal...Tapi sebahagiannya sahaja?

2- Benarkah ada usaha pihak tertentu nak tukar agama rasmi negara?

Semua tengok tv.
Apakah kebanyakkan rancangan tv yang dok tayang tu adalah mencerminkan Islam agama rasmi?
Rancangan hiburan yang hari-hari tv tayang tu amalan agama mana atau budaya mana?

3- Baca akhbar kat kedai mamak la pulak...
Nak beli rasa amat berharga duit tu dari beli akhbar menyebar keputusan judi nombor dan memupuk pertelingkahan sesama kaum...
Gambar artis-artis yang gemar tayang sebahagian tetek dan pangkal paha yang jadi pelaris. Sedangkan ini akhbar melayu...
Islam agama rasmi..tapi amalannya?
tepuk dahi tanya kepala hotak sendiri..tanya iman masing-masing.
kalau tahu takpa..