Pengikut

Jumaat, 11 Jun 2010

LUNCAI : LABU DIJUAL DAPAT DUIT?

Luncai...
Siapa luncai?!!
Akan ada yg panas lepas ini.
Akan ada cuba mempertahankan diri dari dikatakan "blog luncai"
Akan ada yg sengaja buat-buat tak paham seolah semua bloger adalah luncai yg punya labu-labu...
Yang bukan luncai, usahlah hanyut lantas berubah menjadi luncai bersama labu yg dijual. Kukuhkan prinsip hidup dan kekal istiqamah menyebarkan masej Keadilan Islam. Sebarkan juga betapa pentingnya menolak jahiliyah sekularisma yang meminggirkan Islam dan memisahkan urusan dunia daripada Islam,"

Bina dan kukuhkan ukhuwah sesama Islam...
Kata Al-Imam Hassan Al-Banna, kasih sayang itu adalah asas kekuatan dan nadi perjuangan...

Kenalah paham bahawa, apabila ada yg mengejar maddiyah (kebendaan ) sebagai sebab untuk berjuang dan menjadikan perjuangan itu sebagai satu cara untuk mendapat keuntungan peribadi pasti mereka hanya menyokong dan memberi wala" hanya pada waktu memperolehi kemenangan.
Bila waktu sesak dan teruji dengan kekalahan, mereka mula beralih arah dan gagal mengawal hawa nafsu. Seolahnya bila berjuang mesti menang sentiasa.
Teruk para pimpinan dihentam kiri, kanan, depan, belakang, atas bawah dan segala jasa dan pengorbanan para pemimpin akan dilupai hanya kerana gagal dalam pilihanraya.
Paling tidak para pejuang mesti beroleh kemenangan, Samada mendapat satu kemenangan atau 2 kemenangan.
Rugilah jika luncai juga yg dipilih...
*-Ini memang sah bukan luncai!!! Ini lembu yg disolekkan.

LIM KIT SIANG, ANWAR IBRAHIM HADIRI MUKTAMAR

Muktamar PAS ke 56 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan hari ini turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.

Turut hadir adalah para pemimpin kanan gerakan Islam seluruh dunia termasuklah dari Hamas yang sedang berdepan dengan tentera Zionis Israel sekarang.

Pagi ini Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan dasar dan seterusnnya merasmikan muktamar PAS ke 56.
*- gambar harakahdaily

Khamis, 10 Jun 2010

GAMBAR TENTANG KAMBING YANG BIJAK MENCARI PELUANG


Gambar kambing ini tiada kena mengena dengan sesiapa...

Subhanallah!!!
Bukannya setiap masa peluang itu menjelma, dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin...
Adakalanya ianya memerlukan keberanian mencuba dan kecekapan dlm membuat keputusan...

NAK BANTU KE MACAM NI?



Nak mencari kebaikan atau nak mengelak keburukan?

Rabu, 9 Jun 2010

BERHATI-HATILAH HAKIM-HAKIM...JANGAN JADI MACAM NI

Di Malaysia masih belum kedengaran berita macam ni. Tapi kat tempat lain dah berlaku hakim kena serang...kata Nabi : dari 3 hakim hanya 1 je masuk syurga, yg 2 lagi masuk neraka...
Apa pun pakat baca cerita ini dan ada iktibarnya :

BEIJING: Enam hakim yang mendengar kes pertikaian pinjaman di selatan China, cedera, apabila defendan menyimbah asid sulfurik ke arah mereka, di mana dua daripadanya cedera teruk.

Serangan asid di wilayah Guangxi berlaku hanya seminggu selepas seorang lelaki yang berang terhadap keputusan kes cerainya melepaskan tembakan di dalam mahkamah di tengah-tengah China, sehingga meragut nyawa tiga hakim dan mencederakan rakan sejawatan mangsa yang lain.
Dalam kejadian terbaru di bandar Wuzhou, menurut laporan Global Times, defendan yang dikenal pasti sebagai pasangan Chen Hongsheng dan Liu Fengjian, tiba-tiba menyimbah asid ke arah hakim ketika perbicaraan berlangsung.
Laporan itu yang memetik pakar perubatan yang merawat mereka, berkata hakim yang mengetuai perbicaraan itu dan seorang hakim lain mengalami kecederaan teruk dan mungkin masing-masing kehilangan penglihatan sebelah mata.

Penyerang itu sudah ditahan dan motif kejadian belum dapat disahkan. - AFP
berita asal di sini

Selasa, 8 Jun 2010

KISAH PEMIMPIN KITA


Pada suatu ketika Nabi Muhammad s.a.w.telah berpisah selama sebulan daripada isteri-isterinya kerana salah seorang daripada mereka telah menyinggung perasaannya. Selama sebulan Baginda s.a.w. tinggal berseorangan dalam sebuah bilik. Suatu khabar angin yang tersebar dikalangan para sahabat mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah menceraikan isteri-isteri Baginda s.a.w..
Apabila Umar r.a.hu mendengar berita angin tersebut, dia pun berlari-lari kemasjid. Setibanya dia dimasjid ia dapati sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. sedang duduk termenung dan kesedihan jelas terbayang diwajah mereka. Meninggalkan mereka,Umar r.a.hu berjalan pula kerumah anaknya Hafsah yang menjadi isteri Nabi Muhammad s.a.w.Dia mendapati Hafsah menangis-nangis didalam biliknya. Dia bertanya:"Mengapa kamu menangis? Bukankah selama ini aku telah melarang kamu supaya jangan melakukan sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan Nabi Muhammad s.a.w.?"
Kemudian dia berjalan kemasjid sekali lagi. Kelihatan olihnya beberapa orang sahabat sedang menangis berdekatan dengan mimbar.Disini dia duduk bersama-sama sahabat yang lainnya tetapi oleh kerana terlalu sedih dia bangun lalu berjalan kearah bilik Nabi Muhammad s.a.w. yang terletak ditingkat atas masjid itu. Dia mendapati Rabiah, seorang hamba, sedang menduduki tangga bilik itu. Melalui Rabiah, dia meminta izin hendak berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w.tidak melahirkan sepatah katapun sebagai menjawab permintaannya. Permintaannya untuk menemui Nabi Muhammad s.a.w.dibuat beberapa kali dan hanya pada kali yang ketiga sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan dia naik. Apabila ia masuk, ia dapati Nabi Muhammad s.a.w. sedang berbaring diatas sekeping tikar yang diperbuat daripada daun pokok tamar. Kesan-kesan tikar itu jelas kelihatan berbekas dibadan Nabi Muhammad s.a.w.Berdekatan dengan Baginda s.a.w. terdapat sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang dan yang disumbat dengan kulit-kulit pohon tamar.
Umar r.a.hu bercerita:
"Saya menyampaikan salam kepadanya lalu bertanya: 'Sudahkah Tuan menceraikan isteri-isteri Tuan?" Bagimda s.a.w. menafikan perkara itu. Saya merasa agak lega sedikit dan sambil berseloroh saya mengatakan:"Ya Rasulullah, kita kaum Quraish selamanya telah menguasai wanita-wanita kita tetapi keadaan berlainan sungguh dengan orang-orang Ansar. Mereka dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita telah terpengaruh." Nabi Muhammad s.a.w.. tersenyum mendengar kata-kata saya yang agak lucu itu. Selepas itu saya memerhati keadaan didalam bilik itu. Saya lihat ada tiga keping kulit binatang yang telah disamak dan sedikit barli disuatu sudut. Selain dari itu tidak ada sesuatu apa pun. Saya lalu menangis. Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Mengapa kamu menangis?" Saya menjawab:"Betapa tidak, Ya Rasulullah, saya sedih melihat bekas-bekas tikar yang Tuan tiduri dibadan Tuan dan sedih melihat keadaan bilik ini. Semuga Allah s.w.t. mengurniakan Tuan dengan bekalan-bekalan yang lebih banyak. Orang-orang Parsi dan Rumawi yang tidak menyembah Allah s.w.t. mempunyai raja yang mewah. Mereka hidup ditaman yang ditengah-tengahnya mengalir anak-anak sungai sedangkan Pesuruh Allah s.w.t. hidup didalam keadaan serba miskin."
Semasa saya mengeluarkan kata-kata tadi, Nabi Muhammad s.a.w.. sedang bersandar dibantal, Baginda s.a.w. lantas bangun dengan serta merta dan berkata:"Wahai Umar, nampaknya kamu masih didalam keraguan. Kesenangan dan keselesaan hidup yang bakal kita perolehi diakhirat nanti sudah tentu lebih baik daripada apa yang terdapat didunia ini. Kalau didunia ini mereka hidup senang dan mewah, keadaan akan berubah diakhirat kelak. Disana kita yang akan menikmati segala-galanya."Mendengar kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.saya berasa kesal lalu berkata:"Ya Rasulullah, berdoalah kepada Allah s.w.t. agar Dia mengampuni saya. Saya telah bersalah didalam hal ini."
Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aishah mengenai tikar bantal Nabi Muhammad s.a.w. Jawab Aishah:"Ianya terdiri dari sebuah bantal yang diperbuat daripada kulit binatang yang diisikan dengan kulit-kulit pohon tamar." Soalan yang sama dikemukakan kepada Hafshah. Dia menjawab:"Ianya terdiri dari sehelai kain tarpal yang dilipat dua. Pada suatu hari, untuk memberi keselesaan kepada Nabi Muhammad s.a.w.saya telah menghamparkan kain itu berlipat empat. Pada esok paginya itu Nabi Muhammad s.a.w. bertanya:"Apakah yang awak hamparkan untuk saya malam tadi?" Saya menjawab:"Kain yang sama tetapi berlainan lipatannya." Nabi Muhammad s.a.w.berkata:"Lipatkannya seperti dahulu. Keselesaan yang bertambah itu akan menghalangkan Tahajjud."