Pengikut

Khamis, 24 Januari 2013

HARUN TAIB

TG Harun Taib merupakan seorang tokoh terkemuka dalam PAS.
Ada berita beliau nak keluar PAS. Mungkin nak masuk UMNO...hahahah... Lawak la pulak..

Mari baca apa kata Subky Latif :

TIDAK sama Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS dengan Tun Dr. Mahathir untuk meninggalkan parti atas apa sebab jua.

Telah timbul fitnah Ustaz Harun dikatakan telah keluar PAS atas sebab kenyataannya tentang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu sebelum Ustaz Abdul Hadi Awang membuat kenyataan mengenainya dikira tidak sama.

Bagi  Ustaz Harun ia tidak wajar. Bagi Presiden PAS itu pula ia boleh dengan syarat-syarat tertentu. Kiranya mereka berbeda pendapat atas isu itu atau mana-mana isu, maka biasalah ulama berpandangan atas perkara tertentu. Perbedaan pandangan atas sesuatu perkara bagi ulama tidak semestinya satu keburukan, bahkan ia ada kebaikannya selagi ia dibuat berdasarkan ilmu.

Jika perbezaan itu ada, tidak terfikir sesiapa Ustaz Harun dan Dato Dr. Haron Din akan keluar parti, malah isu kalimah itu telah dimantabkan oleh keputusan Majlis Syura Ulama yang sama-sama dianggotai oleh Ustaz Hadi, Ustaz Harun dan Dr. Haron.

Tidak sampai Ustaz Harun bertindak seperti Dr. Mahathir hendak berbalah dengan parti apabila tidak setuju dengan parti.

Apabila Dr. Mahathir kalah dalam PRU 1969, dia tidak dapat menerima kekalahan itu lalu dia berbalah dengan Tunku Abdul Rahman hingga kedua-duanya berbalas surat dan semua surat itu bocor. Akhirnya dia dipecat dari UMNO.

Apabila dia tidak setuju dengan kepimpinan Tun Abdullah Badawi tentang parti dan kerajaan, dia bertindak keluar UMNO dan menyerang pemimpin UMNO  dan Perdana Menteri yang menggantikannya. Sekarang tidak dipastikan dia sudah kembali atau tidak dalam UMNO.

Ustaz Harun belum jadi sepertinya. Ustaz Harun adalah seorang menerima tarbiyah sebagai ahli parti dan aktivis gerakan Islam sebelum beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS. Dan beliau pula adalah pemberi tarbiyah tetap kepada kader dan ahli parti.

Pernah berlaku krisis kepimpinan  PAS selepas ia ditendang dari Barisan Nasional hujung tahun 70-an. Pimpinan muda PAS masa itu seperti al-Marhum Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Hadi dan Ustaz Harun tidak meninggalkan parti bagi membentuk jamaah yang lain, tetapi bekerja membangunkan parti dari dalam hingga orang-orang yang bermasalah meninggalkan parti.

Dr. Mahathir kalah untuk menjadi perwakilan UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan UMNO  antara sebab meninggalkan parti. Ustaz Harun kalah kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk menjadi Timbalan Presiden PAS, tetapi tidak meninggalkan PAS, sebaliknya menerima perlantikan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai anggota tambahan dan kekal sebagai ahli Majlis Syura Ulama.

Ustaz Harun  mengajar anak buahnya, apa nilai seseorang yang meninggalkan jamaah Islam? Amat rendah dan rosak maruah orang yang berbuat demikian. Maka tidak terfikir kita setakat ini tok guru boleh melanggar  ajarannya.

Bukanlah mustahil Allah mengubah hati manusia. Ada juga tok-tok guru di permulaan pembentukan PAS dulu meninggalkan parti, tetapi tidak ada yang terfikir setakat ini ia akan dilakukan oleh Ustaz Harun.

Ada pun timbul spekulasi dia keluar parti, adalah taktik dan strategi musuh untuk menggelabahkan parti yang selalu digunakan pada saat perang seperti menghadapi pilihanraya sekarang.

Bila orang tanya saya hal itu, saya tergelak. Reaksi saya  Ustaz Harun bukan macam Dr. Mahathir.
sumber : SINI