Pengikut

Sabtu, 2 Oktober 2010

BILA IMAM MENJERIT KESAKITAN...

Ini bukan kisah berkenaan pilihanraya DUN Galas.
Saya pun tak tahu siapa yang buat kerja ini, dan sapa yang buat cerita ini.Pi ceramah agama pun ada gak dengar cerita ni.
Wallahu A'lam samada ianya betul, benar, palsu atau sengaja direka-reka.

Tajuk :
"Aku, Ayah, Iman dan....

Walaupun citer nie dah lama tp kesannyer tetap membekas..kadang2 tgh solat jemaah aku boleh senyum sorang2...sah ke solat aku ???

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan serik bawa anak pi masjid.

UTAMAKAN GENG, JATUHKAN KAWAN BIAR DENGAN APA CARA!!!


A-Adussss!.. sakitnya,
B-Apa hal nak naik atas? hang bukan geng aku!
A-Aittt, bukan dah janji nak bersama selamanya?
B-Lain geng mana boleh kaut untung bersama...bolot jgn tak bolot..

Jumaat, 1 Oktober 2010

CERITA TIPU : ORANG BIJAK PUN TERTIPU!!!

Kisah, cerita, atau berita yang tidak diketahui sumbernya sering diguna pakai dan dianggap benar. Ini kerana tidak berhati-hati dan sikap terlalu gopoh.
Akibatnya banyak..pakat pikir sendiri la.
kisah kat bawah ni sekadar contoh yang mungkin direka untuk mengajar kita lebih berhati2 dengan maklumat yang diterima:

Sebuah tengkorak telah ditemui di tapak pra sejarah di Kedah. Para pengkaji menghadapi masalah untuk menentukan usia tengkorak tersebut walaupun telah mengkaji sekian lama.

Tengkorak itu juga dihantar kepada beberapa makmal yang berbeza namun hasilnya juga adalah berbeza diantara satu sama lain. Usia tengkorak tetap juga gagal disahkan.

Setelah 6 bulan berlalu tanpa hasil, seorang pemuda menawarkan diri untuk menentukan usia tengkorak tersebut. Dua hari kemudian pemuda tersebut mengumumkan usia tengkorak tersebut 234 tahun 3 bulan dan 12 hari.

Para pengkaji berasa hairan dan bertanya “bagaimana kamu boleh menentukan usia tengkorak tu dalam 2 hari sedangkan kami punyai alatan canggih pun tak berjaya?”

“Oh, agak susah juga, setelah saya menumbuknya hingga parah barulah ia nak bagitau umurnya yang sebenar, hehe” jawab pemuda tersebut.

BERITA BIASA :Mustaffa kena serang luar dan dalam!!!

Kat kawasan sendiri dia kalah.
Katanya, serangan cukup hebat...
Akan mengumumkan pendirian samada nak menerima tau menolak pencalonan bagi jawatan peringkat pusat.

Baca kat sini
KUALA LUMPUR, 1 Okt — Serangan hebat yang membawa kepada kekalahan di peringkat cabang minggu lalu tidak menjejaskan pertimbangan dalam menentukan sama ada menerima pencalonan bertanding jawatan timbalan presiden, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub.

Mustaffa dijadual mengumumkan pendiriannya sama ada bertanding kerusi nombor dua parti itu di sini petang ini.

Selain jawatan timbalan presiden, beliau juga dicalonkan untuk mengekalkan kerusi naib presiden.

“Saya akan mengumumkan dalam sehari dua... ya, hujung minggu ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mustaffa, antara tujuh pemimpin yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu kali ini, gagal dalam persaingan jawatan ketua cabang Pasir Salak, Perak pada 25 September lalu.

PKR mengadakan sistem pemilihan langsung julung kali membabitkan setiap ahli boleh mengundi di peringkat pusat.

Perkembangan itu mengejutkan banyak pihak tetapi dikatakan mempunyai sokongan di peringkat nasional.

Pengerusi PKR Perak itu ditewaskan oleh bekas ketua cabang tersebut Osman Abdul Rahman dengan perbezaan 17 undi.

Dalam saingan satu lawan satu Mustafa mendapat 94 undi manakala Osman pula menerima 111 undi.

Mustaffa memangku jawatan ketua cabang itu selepas Osman berundur sementara atas sebab peribadi tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mustaffa berkata, beliau sebenarnya telah berhadapan dengan “serangan yang cukup hebat” daripada luar parti sehingga membawa kepada kekalahan.

“Penyokong-penyokong saya mengatakan bahawa mereka hendak membuat bantahan... itu adalah proses biasa, dan saya izinkan.

“Namun, saya dapat melihat adanya serangan yang cukup hebat daripada musuh politik Keadilan,” kata beliau sambil menerangkan, musuh politik itu datang dari luar parti.

Katanya, selaku pengerusi PKR Perak ada usaha tersusun mahu menjatuhkannya di peringkat negeri itu sebelum pemilihan pusat kelak.

Mustaffa berkata, mengambil kira senario yang berbeza di Perak, Umno-BN yang didakwanya berada dalam ketakutan dan menyusun strategi untuk melakukan serangan bagi memastikan kekalahan di peringkat cabang.

Pakatan Rakyat yang memenangi Perak dalam pilihan raya umum Mac 2008 kehilangan negeri itu di tangan BN selepas dua wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP melompat parti awal 2009.

Mustaffa dilantik ketuai PKR Perak kemudian.

“Saya melihat ini satu cabaran,” kata beliau sambil tidak menolak ada juga serangan dari dalam parti.

“Tetapi saya melihat serangan adalah lebih besar dari luar parti,” kata beliau.

Mengenai bilangan pencalonan, Mustaffa berkata, pencalonan memang diperlukan tetapi ia berbeza daripada pengundian kelak.

“Walaupun pencalonan orang lain lebih besar, tetapi ia bukan gambaran sebenar sokongan,” katanya lagi.

Seorang lagi Naib Presiden PKR Azmin Ali mendahului dari segi pencalonan jawatan timbalan presiden dengan disusuli Datuk Zaid Ibrahim, Mustaffa, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jika Mustaffa memutuskan untuk bertanding, persaingan kemungkinan tiga penjuru.

Kesemua mereka sudah memperoleh pencalonan minimum dua yang disyaratkan oleh perlembagaan parti, tetapi Azmin berada jauh di depan.

Cabang-cabang PKR mula mengadakan mesyuarat agung tahunan sejak 17 September lalu.

Proses pemilihan cabang dan pencalonan akan berakhir Ahad lalu manakala tujuh cabang berhadapan dengan masalah.

Sebanyak 23 cabang lagi akan mengadakan mesyuarat mereka, kebanyakannya dari Selangor dan Sarawak esok dan lusa.

Khamis, 30 September 2010

BERITA DAH TAHU : UMNO TAK AKAN MAKAN KAIL!!!

Nampaknya impian Datuk Takiyuddin dan Dato Nik Aziz tidak kesampaian.
Kalau keluar berita kata Umno setuju tak nak bertanding, memang itu berita paling hot, panas dan tergempar dalam sejarah politik Malaysia.
Berita yang dijangkakan dan berita yang semua boleh agak.
"UMNO tolak saranan PAS supaya tidak sertai pilihan raya kecul DUN Galas"

KUALA LUMPUR: UMNO tidak akan termakan umpan PAS supaya parti itu tidak menyertai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Galas yang bakal diadakan, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Walaupun PAS cadang UMNO jangan sertai, tapi kita tidak makan kail yang dihulurkan, kita akan sertai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini supaya UMNO tidak menyertai pilihan raya kecil DUN Galas.
Ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Negara di sini hari ini, Zahid berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) yakin dengan pengundi baru untuk memenangi semula kerusi terbabit yang sebelum ini dipegang PAS.

Takiyuddin dilaporkan berkata, cadangan itu atas nama perpaduan Melayu dan Umno seharusnya membuktikan keikhlasannya menyatukan orang Melayu dengan tidak bertanding di DUN itu nanti.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS kerana barah usus, tiga hari lalu di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham memperoleh 4,399 undi menewaskan Mohamad Saufi Deraman dari BN dengan majoriti 646 undi. - BERNAMA

GAMBAR TERLAMPAU SAYANG


Kah kah kah, Bercinta dengan orang lain...
Berpeluk dengan binatang lain...
Tunggu waktu yg sesuai baru kot baru nak bertindak dan berkata benar?

Rabu, 29 September 2010

DUN GALAS DAN PERPADUAN MELAYU : APA KATA NIK AZIZ?


Perpaduan Melayu jadi isu yg sering disebut-sebut.
Tun Mahathir pun dah risau tentang kuasa melayu akan hilang jika BN kalah.
Perkasa pun dah berkali-kali ingatkan Umno betapa parti itu akan karam jika terus meminggirkan melayu.
Pas dah jenuh bercakap soal pentingnya melayu bersatu bawah lembayung Islam, selagi tak terima islam secara keseluruhan, melayu sedikit demi sedikit akan lingkup dan hancur.

Hari ni keluar pulak kenyataan Nik Aziz.. Apa kata dia :
"Ahli UMNO sertai PAS demi perpaduan Melayu"


2010/09/29
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli UMNO menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.
"UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.
"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu. - BERNAMA

PROTES SAMBLI MENCARUT : APA HUKUMNYA?

NGO atau parti politik mengadakan protes bagi membantah sesuatu perkara.
Mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat?
Menaikan semangat dan sebagainya...
Apa hukumnya? Bagi yang arif dan tahu, terutama Para Alim Ulama yg berdakwah semata-mata tanpa berpolitik, para ulama yg terjun berpolitik dan mereka yang tahu bolehlah menyatakan hukum supaya yang menjadi penyokong dan pemerhati tahu hukum bagi situasi ini.
Ceritanya pakat cari sendiri la...

Selasa, 28 September 2010

AHLI UMNO PUN SUKA PADANYA...


Perginya tak kembali. Semoga Allah menempatkan beliau bersama mereka yg beriman dan beramal soleh. Terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara. Moga-moga beliau terus mendapat saham yang berterusan dari 3 perkara itu...Al-Fatihah.

GUA MUSANG, 27 Sept: Rakyat Gua Musang menerima dengan tabah kematian wakil rakyat mereka, Chek Hashim Sulaima, 47, selepas menderita penyakit barah paru-paru sejak lebih dua tahun lalu.

Mereka menganggap Adun Galas terbabit seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kerana mudah mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

Beliau dikenali ramai sejak dilantik sebagai Penyelia Dun Galas pada 2004. Pada pilihan raya umum tersebut, beliau tewas kepada Mohd Saupi Deraman dari BN.

Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad berkata, arwah disukai ramai kerana mudah mesra dan sentiasa bermurah hati membantu penduduk tanpa mengira masa.

Malah katanya, pemimpin Umno juga menyenangi kerana kewibawaannya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

“Arwah mudah dilihat di mana sahaja termasuk kedai-kedai kopi bersama rakyat. Orang tidak segan datang ke rumahnya termasuk pada waktu malam.

”Penduduk di sini menyenanginya sejak sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Maka tidak hairanlah biar pun Gua Musang terkenal sebagai kubu kuat Umno namun PAS boleh bertapak pada pilihan raya umum lalu,” katanya di sini.

Chek Hashim meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Keadaannya kritikal mulai jam 10 pagi tadi. Turut berada di sisinya ketika beliau mengembus nafas terakhir kedua-dua isterinya dan anak-anak.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan lima hari lalu. Arwah meninggalkan 12 anak dan dua isteri.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di Kampung Kerinting, Gua Musang kira-kira jam 10 malam ini.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan besar kepada PAS dan pemimpin yang sukar dicari ganti.

Katanya, beliau merupakan seorang wakil rakyat yang kuat bekerja serta menjaga rakyatnya dengan baik tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Saya yakin kematiannya memberi kesan terhadap rakyatnya di Gua Musang, khususnya di Galas sendiri,”ujarnya.

Menurutnya, sikap allahyarham yang pandai menyantuni rakyat dan kuat bekerja sehingga membolehkan PAS menang di Dun Galas pada pilihan raya umum lalu.

Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyifatkan PAS kehilangan mutiara berharga.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, allahyarham bekerja keras bukan sewaktu menjadi wakil rakyat, sebaliknya sejak mula aktif dalam parti politik.

Katanya, walaupun allahyarham berkhidmat tidak sampai sepenggal, namun pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam di jiwa rakyat Gua Musang.

“Dia merupakan bekas anggota exco Pemuda PAS Kelantan, arwah memang kuat bekerja untuk parti, rakyat dan kerajaan, al-Fatihah untuk allahyarham dan sekalung takziah dari kami untuk keluarga allahyarham,” ujarnya.
dicopy dari harakahdaily

Isnin, 27 September 2010

SELEPAS KALAH...


Bayangkan, dalam mesyuarat pemilihan parti, kalah teruk, pastu bila nak balik hujan lebat.Bila redah hujan lebat, jatuh pulak dalam lubang.
Ujian betul... Kalau tak sabar dan tak ikhlas tentu ada yang buat kerja tak senonoh...
Sabar menghadapi ujian kesusahan dan kesenangan. Saat di atas dan waktu di bawah.

BILA MP KALAH BERTANDING...

"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin."
Ini antara kenyataan Datuk Kamarul Baharin dalam facebooknya. tengok kat sini
Ada beberapa persoalan:Saja je nak tanya..

1-Agaknya berapa lama beliau akan memikirkan tindakan seterusnya setelah menganggap kekalahannya sebagai isyarat ahli PKR Telok Kemang menolak kewibawaannya?

2- Berwibawa atau menjadi beban?

3- Muhasabah tentang sikap, dan cakna pada masyarakat setempat adakah ianya mencukupi dan memuaskan hati ramai orang bawahan?

4- Kekal istiqamah dengan perjuangan yang dilaungkan sebelum ini atau ada agenda nak melompat?

Kesimpulannya : Setiap pemimpin akan ditanya tentang pimpinannya. Sungguh berat tanggungjawab yang dipikul. Akan binasalah bila pemimpin dilantik dikalangan mereka yg bukan ahli, iaitu yang tidak berkelayakan dan berwibawa dalam erti kata yang sebenar.

Ahad, 26 September 2010

KALAH JUGA YE..INGATKAN LAWAN TAK TERKALAH!

Memang sukar nak kalahkan beliau. Boleh dikatakan ia pemain paling hebat abad ini.
Tapi walau sehebat mana sekalipun, ia tetap mampu dikalahkan. Samada yang mengalahkan itu turut hebat atau yang dikalahkan itu ada masalah tertentu...
apa pun tahniah diucapkan pada Pemain no1 dunia.

TOKYO: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Terbuka Jepun selepas menewaskan pemain China dan musuh utamanya, Lin Dan, pada perlawanan final, sebentar tadi.

Pemain pilihan utama dari Malaysia itu hanya memerlukan masa 81 minit untuk menang ke atas Lin Dan, 22-20, 16-21, 21-17.
Sumber dari sini

KATAK BERKAKI KUNING


Ini ialah 2 ekor katak berkaki kuning.