Selalu didengar adalah ayam tambatan. kalau kambing tambatan memang jarang...
Mungkin lebih mudah diurus dan senang dikendalikan.
Apa yang penting ada tempat tinggal dan perutnya sentiasa kenyang.
Nak buang najis? ikut suka dia je..memang peel binatang gitu...
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 31 Julai 2010
Jumaat, 30 Julai 2010
JIWA YANG RESAH!!!
Khamis, 29 Julai 2010
YANG BERCANGGAH ITU AKAN GUGUR
Nabi Muhammad saw merupakan makhluk Allah swt yang paling sempurna sifatnya dan paling utama dari segi kecerdikan. Beliau adalah pilihan Allah swt daripada jutaan manusia yang dijemput datang ke dunia ini. Baginda adalah Rasul yang terakhir. Bagindalah antara makhluk Allah swt yang dianugerahkan beberapa keistimewaan dari segi kecerdikan serta sifat-sifat wajib bagi Nabi iaitu jujur, siddiq, amanah dan tabligh. Selain itu Rasulullah SAW juga memiliki mukjizat serta dibekalkan dengan wahyu Ilahi.
Jika hendak dibezakan Nabi dengan manusia di dunia ini jauhnya bagai langit dan bumi. Oleh itu apa yang ditentukan oleh Rasulullah saw, jika bercanggah dengan ketentuan manusia, yang bercanggah itu akan gugur.
Dengan memiliki perkara-perkara di atas, akan timbul rasa kasih kepada Nabi, yang mana ini akan menyekatkan kita daripada tenggelam dalam lautan hawa nafsu, serta jauh daripada gangguan-gangguan syaitan.
Firman Allah yang bermaksud :
“Inilah satu-satunya jalanku yang lurus (iaitu Islam) maka hendaklah kamu mengikutinya. Jangan mengikuti jalan-jalan lain, nescaya kamu akan berpecah daripada jalan Allah. Yang demikian itu telah diwasiatkan oleh Allah kepada kamu supaya kamu bertaqwa” ....Surah Al-An'am ayat 153

Rabu, 28 Julai 2010
ADA JUGAK KATAK MACAM NI...
Selasa, 27 Julai 2010
GAMBAR BOLEH TENGOK , TAPI JANGAN TERPEDAYA!!!
POLITIK APA INI?
Ada yang nak mencari lebih perhatian.
Biar semua kenal betapa hebat dan lantangnya ia.
Luahkan apa jua.. Tak kira apa juga isu. Yang paling penting ada kenyataan akhbar menandakan betapa caknanya ia dengan semua isu. Semua yang datang darinya adalah yang paling terbaik.
Mana tak berterabur macam ni..
memang macam-macam hal.

Isnin, 26 Julai 2010
MUFTI PERAK : "TAK BINCANG PASAL KERJASAMA POLITIK"
Siri 3 :
Hassan Ali dah mengaku, Mufti pun dah mengaku.
Jadi tiadalah pemimpin lain yang terlibat.
baca kat SINI
Ada 2 perkara yang penting :
1- Mufti mengaku tiada perbincangan pasal kerjasama politik
2- Perpaduan melayu sahaja yang dibincangkan.
Secara keseluruhannya, Setiap ummat melayu yang mengaku Islam, yang bertelingkah atau berselisih pendapat atau sebagainya, jika nak kembali bersatu teguh dan tidak berpecah belah kenalah kembali kepada Asas pedoman dan rujukan Ummat Islam iaitu Al-Quran dan As-sunnnah nabi, Ijmak dan qias.
Selagi mana ada yang tak mahu kembali pada panduan itu, selagi itulah kesatuan dan muafakat tidak akan menjadi realiti. Apa yang ada sehingga kiamat adalah pertelingkahan antara hak dan batil.
Sesungguhnya yang HAK itu akan tetap menang.
begitulah adanya...

Ahad, 25 Julai 2010
JUMPA MUFTI : POLITIK KAMPUNG MAKIN MENJADI-JADI?
( Siri 2 )
Hassan Ali sudah mengaku bertemu dan berjumpa dengan Mufti Perak.
Masalah muncul dengan sebab pertemuan itu kononnya membincangkan soal perpaduan antara parti Umno parti Pas.
Menurut kenyataan Mufti, perbincangan soal itu memang wujud,
Manakala Hassan Ali cakap perbincangan tiada lansung babitkan soal itu.
Lagipun beliau mana ada mandat dari parti untuk membincangkan dan memutuskan apa jua perkara.
Siapa betul siapa benar dalam isu ini telah diulas mufti dengan menyatakan bahawa seorang mufti tidak berbohong.
Begitu juga dengan Hassan Ali yang turut menafikan soal perpaduan dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Telah berlaku percanggahan antara satu sama lain.
Sorang kata ada, yang sorang lagi kata tak ada.
Bukan apa, manalah tahu bukan Hassan Ali yang dimaksudkan Mufti itu?
Sesiapa pun boleh jumpa Mufti. Tiada mana-mana pihak yang boleh melarang setiap individu untuk bertemu Mufti. Terpulanglah nak bincang bab apa sekalipun.
Memang tidak ada hukum yang mengharamkan bertemu atau berjumpa dengan mufti adalah menjadi suatu kesalahan.
Cuma yang risaunya bila politik zaman kini dah macam nak haramkan bertemu dengan individu dan tokoh-tokoh tertentu?
Politik mengawal agama atau agama mengawal politik?
Sebarkan kebaikan parti anda pada setiap orang, untuk tingkatkan sokongan. Bukan hanya pada penyokong tegar.

Langgan:
Catatan (Atom)