Pengikut

Sabtu, 19 Jun 2010

KAKI JUDI DAN PEMBELA JUDI

Bila melihat sekeliling kita, memang banyak perbezaan dan banyak persamaan...

Beza antara manusia dan haiwan... Akal
beza antara manusia yg beriman dan yg kufur... Solat
Beza antara manusia buta dan celik... Ilmu

Memang berbeza antara penyokong Judi dengan penentang judi...
takde Beza antara kaki judi dan pembela judi... Sokongannya padu supaya ia terus mekar mewangi dibawah lindungan undang2.
Macam2 ada...

*- Ini larangan kencing merata-rata

Jumaat, 18 Jun 2010

GAGAL MENERAJUI WILAYAH

Bila kat kampung, memang tak boleh nak update blog. Itu bukan wilayahnya...
Memang rugi membayar. Memang betul berbaloi- baloi untung mereka...
Begitulah ceritanya...

Ahad, 13 Jun 2010

HAMBAR TAMBAH BORING vs MATANG DAN ADA PENINGKATAN

Masing-masing ada penilaian sendiri.
Hambar, boring, matang atau penuh adab?

Kalau hari jumaat waktu khatib berkhutbah dengan penuh lantang dan bersemangat, biji matanya merah menyala,bukan sebab mengantuk, tapi nak mengambarkan betapa kesungguhannya menyampaikan ingatan dan ancaman bagi yg ingkar...
Masih ada yg tetap tidur lena. Bila ditanya kenapa tidur? pantas dijawabnya, Isinya hambar dan tiada pembaharuan.
Bila ditanya pada yg khusyuk mendengar : Khatib ini lain dari yg lain, ini baru berkhutbah, penuh isi dan meliputi isu semasa...
Kalau terjumpa yg tak pergi solat jumaat pula,apa katanya : Kalau pi dengan niat nak menunjuk lebih baik dok umah tengok TV.

Itulah ragam manusia... Berbeza pendapat dah menjadi rutin.
Petunjuk sebenar dan pemandu arah adalah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah.