Pengikut

Sabtu, 25 Februari 2012

KENA PELEMPANG BARU NAK SEDAR

Kalau dibiarkan memang makin melalut.
Kena bagi pelempang baru nak sedar.
Ini merupakan kisah tauladan buat kita semua.

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin.
Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.
" Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.
" Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok.
Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa kan ?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BAAANGGG!!!
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi.
Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian Sahaje…

Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah orang tersayang..
Habis...
Aku copy dari SINI

Rabu, 22 Februari 2012

HARAM, HARAM DAN HARAM!!!

Telah terbukti sejak dari dulu, kini dan selamanya.
Kaki pembelit, penipu, pembunuh, tak pernah setia pada janji. Al-Quran dah bagi ingatan dan amaran tentangnya.
Kezaliman puak yahudi yang merekodkan membunuh para nabi dan rasul.
Menindas dan menghalau penduduk asal Palestin dan mengistiharkan yang tanah yang ditakluki adalah hak mereka.
PBB digunakan untuk menghalalkan penubuhan negara Israel.
Sampai mati aku tak sekali-kali redha dengan sebarang usaha menyokong dan mempertahankan negera haram tersebut. Hampa tengok serba sedikit gambar ngeri kata SINI
Haram, haram, haram, kata Syeikh Atiah Saqar.

Nik Aziz pulak kata apa ? :

DATUK SERI ANWAR, PALESTIN DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.


Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulamak PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.


Majlis Syura Ulamak juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.


Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.


Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak, iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.


Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.


Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.


Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.


Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PNB Darby Park, Kuala Lumpur.

29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

SUMBER : SINI




*Ahli Pas dan PKR pastinya tidak redha dengan perbuatan sebegini. Malahan setiap manusia yang ada sifat insani mengutuk sekerasnya kekejaman yang telah terbukti ini...
Sama-samalah kita renung-renungkan.. Selamat beramal

Selasa, 21 Februari 2012

ULANGAN : BIAWAK BUAT SUP

Sapa yg tak pernah tahu dan berhajat nak tahu,bolehlah melihat gambar-gambar kat bawah ni. Dapat meningkatkan pengetahuan dan bolehlah mencubanya selepas itu jika nak tahu nikmat sebenar dan khasiat hebat yang sering diwar-warkan.
Kalau nak dapatkannya kat tanah melayu ni mungkin sukar.Tapi kat tanah arab mudah la cari kat padang pasir je.Kalu kat malaya yg banyaknya mengkarung, biawak, atau buaya. Tapi tidaklah boleh dimakan. Haram hukumnya.
Binatang Dhob ni Boleh dimakan. Soalnya gamak n tak tergamak je la.



Bukan yg ini!

tapi yg kat bawah ni...








Bila dah macam tu, makan dah dengan penuh berselera n nantikan kesan2 terhebat seperti sedia maklum.:) Pehhhg.. Mantobbb
jgn lupa baca doa.
wassalam