Pengikut

Sabtu, 7 Januari 2012

ADA PHD TAPI...

Wahai kekandaku...hehehe nak tergelak la pulak... gelak gelak jugak!!! kenalah ingat...
Walau ada PHD sekalipun, ada ketika kita kena terima nasihat dari orang lain. Pandangan kita tak semestinya sentiasa betul, dan terkadang tu pandangan kita jauh tersesat dari jalur kebenaran dan melencong dari panduan sebenar.
Oleh itu janganlah cenderung pada kezaliman.
Menyokong kezaliman hanya kerana kita sukar menerima pandangan pihak lain, hingga menzalimi diri kita sendiri... oleh itu bacalah apa yg ditulis ini.. Teruk kena belasah...

baca kat SINI
moga ada unsur nasihat berguna untuk kita...

Isnin, 2 Januari 2012

TOLONG LA JANGAN TAK PERCAYA...

Kena percaya dan tolong jangan tak percaya.
Jika tidak akan ada tindakan dikenakan.
Tapi kalau tak nak percaya pun tentu ada sebab, alasan dan bukti. Yang kena tentu tahu sapa yang auta..

Video Demo Pelajar UPSI Tidak Menunjukkan Keganasan Polis

PETALING JAYA: Sebuah video yang disiarkan di YouTube berhubung demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi Ahad memaparkan adegan huru-hara ketika polis cuba menyuraikan himpunan itu.

Bagaimanapun rakaman lebih lapan minit itu tidak menunjukkan kumpulan pelajar berkenaan diserang pihak polis seperti yang didakwa banyak pihak.

Rakaman pada minit keempat menunjukkan keadaan huru-hara mula berlaku apabila ahli kumpulan berkenaan bertindak mencetuskan kekecohan dengan mengingkari arahan polis.

Sebelum ini pemimpin politik pembangkang dan aktivis mendakwa bahawa beberapa orang pelajar dipukul pihak polis selepas enggan bersurai daripada perhimpunan berkenaan.

Malah pihak polis turut menafikan dakwaan keganasan tersebut.

SUMBER : SINI