Pengikut

Sabtu, 17 April 2010

4 PENJURU DI HULU SELANGOR:APA KATA PAKAR DLM MEMILIH ?

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru. Mereka ialah calon Bebas VS Chandran, P Kamalanathan (BN), Datuk Zaid Ibrahim (PKR) seorang lagi calon Bebas Johan Mohd Diah.

*-Ramainya nak pi Parlimen

Berikut beberapa pandangan tokoh-tokoh ulung Islam berkaitan ciri-ciri dan sifat pemimpin yang baik:
"Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri )." [Al-Farabi]
"Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah." [Ibn Khaldun]

"Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna." [Al-Ghazali]
Selamat memilih pemimpin yang baik kepada seluruh rakyat Parlimen Hulu Selangor. Sudah pasti kita akan dipersoalkan oleh Allah Taala di hari akhirat kelak berkaitan setiap pilihan yang kita buat di atas muka bumi ini.

DICOPY DARI http://ibanmuslim.blogspot.com

MANGSA ATAU PEMANGSA?

Terperangkap atau diperangkap?

Jumaat, 16 April 2010

SAPA NAK BAGI KERJA KAT DEPA NI? TUKANG TAMPAL POSTER!!!

Hampa nak bawak pi mana moto aku tuu? jerit alex (bukan nama sebenar)

Pinjam kejap, kami nak pi ambil bahagian kat tempat panas..., ambil upah gantung poster!!! jawab poknyet2 (bukan nama sebenar) sambil tersengeh-sengeh menampakkan giginya yg hitam berkarat.

KAKIKU LEBIH DULU MASUK SYURGA...

Ya Allah ya Rahman Ya Rahim
Engkaulah yg maha mengetahui lagi maha mendengar...
Aku pejuang pembela agamamu...
tapi masih belum meraih kemenangan...
tapi aku gembira kerana kakiku terlebih dulu masuk SyurgaMu...

Mudah-mudahan aku terus istiqamah mempertahankan Agama dan tanah airku...

LIHAT DENGAN SIAPA DIA BERKAWAN...

Berkata Hukamak:
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu".

Rabu, 14 April 2010

SAPA UNTUNG?

Untuk makluman...
Tokey lori ni antara yang untung besar, bila musim pilihanraya kecil berlangsung...

KELUH KESAH DAN KEDEKUT...

‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’. (Al-Maarij, ayat 19-23)

Selasa, 13 April 2010

PERANG DAH BERMULA... PERANG CARI CALON!!!

Tak lama lagi perang akan bermula...
Ada yg dah istihar panglima perang...
Ada yg masih belum istihar...
Mungkin sebab ramai sangat tokoh yg nak jadi calon, maka agak sukar nak pilih yg paling mantobbb...


Yang paling utama, jgn la pulak berperang dalam kem sendiri...
Tambahan pula sampai tahap "memboikot"
Pastu siap kempen menjatuhkan sesama sendiri...

Ini dah kes jatuh ditimpa tangga,
Jatuh pula di atas tahi ayam...
pastu dipatuk ayam yang bertangungjawab membuang najis bawah tangga...
ayam tu la yang selalu diberi makan dan layanan istimewa...
memang berbaloi-baloi masalah yg menimpa...
Cobaan atau Dugaan?

KEPAKARAN LALAT


Jom jalan-jalan cari makan kat Hulu Selangor!!!

Isnin, 12 April 2010

Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama : Nak pakai buah sapa?

Hari ini ada beberapa kenyataan tentang Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama.
Yang mana satu yg nak dipilih dan diguna pakai?
samada perlu bimbang atau tidak?

Untuk lebih paham, baca kat bawah ni.

1- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta mufti dan alim ulama di seluruh negara mengeluarkan fatwa serta pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.

2- Jawatankuasa Fatwa Perak yang bersidang dari Selasa hingga Khamis lalu membantah penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Antara Agama yang diluluskan Februari lalu.

Pengerusinya yang juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata perbincangan mengenai agama Islam tidak memerlukan campur tangan bukan Islam. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Februari lalu itu diketuai bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Ilani Isahak.
Ia bertanggungjawab mengenal pasti masalah yang boleh menjejaskan keharmonian antara agama, termasuk pertukaran agama, penyebaran agama, penggunaan istilah agama, pembinaan rumah ibadat dan isu tanah perkuburan.

3- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata orang ramai tidak perlu bimbang berhubung peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Antara Agama, kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan pertikaian berkaitan agama.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata jawatankuasa itu berperanan untuk memberi ruang dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perpaduan di antara kaum dan agama di negara ini. "Jawatankuasa ini dibuat dalam bentuk pentadbiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, mungkin ada hasil-hasil perbincangan yang boleh digunakan sebagai panduan untuk tambah baik perhubungan antara kaum yang boleh kita ambil.
"Tetapi soal-soal tentang kedudukan agama Islam itu tidak akan disentuh, kedudukan dan martabatnya tidak akan disentuh, kita kena hormat antara agama dan wujudkan semangat kerjasama,"
maklumat lanjut lihat kat sini


PUNCANYA :
Pada 6 April lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Antara Agama yang dianggotai oleh wakil semua agama tanpa campur tangan mana-mana anggota politik bagi memupuk kefahaman antara penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.
*gambar ikan buntal sebagai hiasan

HULU SELANGOR : KERUSI YG MENJADI REBUTAN

Hulu Selangor : Ini adalah analisa ringkas. Tidak ada kena mengena dengan mana2 parti politik atau ahli politik.

Inilah kerusi yg menjadi rebutan ramai orang...

Sapa yg diberi hak, akan kena berkerja keras supaya tidak berputih mata...
Banyak halangan yg terpaksa ditempuh,
dan paling ketara, banyak yg terpaksa dikorbankan demi sebuah kerusi atau banyak kerusi.

Ahad, 11 April 2010

HINDARILAH DAKU DARI HASAT DENGKI...

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman”. (Al-Hasyr: 10)
*Syeikh Atiah saqar