Pengikut

Jumaat, 16 September 2011

HAMPA GAK DULU YANG DOK KATA RELEVAN!

Tahniah kerana tindakan berani..
Cuma yang perlu diingat, ianya akan diganti dengan 2 akta baru.
Maknanya 1 tiada, 2 datang.
Benda ni dah lama disaran oleh pembangkang dan NGO yang ada kesedaran tinggi.
Nak kata hampa otak lembab nanti hampa marah.
Dalil nakli dan akli dah dinyatakan tentang kemestian ianya perlu dihapuskan.
Tapi hampa gak yang cakap ianya masih relevan.
Setelah beberapa lama, sedar jua akhirnya setelah didesak.

Apapun tahniah lagi sekali.
Dan kenalah sedar betapa Pembangkang memang penting dalam menyedarkan kerajaan... ingat tu!
Pembangkang ni asyik bangkang je!!! kata hampa. Bangkang la mana yang tak relevan dan zalim...

ni aku copy dari SINI

Minda Pengarang: Pemansuhan ISA, akta tidak relevan langkah berani Najib
2011/09/16

HARI Malaysia disambut hari ini terbukti bersejarah dengan negara dibebaskan daripada belenggu kekangan sejarah lampau. Sempena ulang tahun ke-48 penubuhan Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengejutkan seluruh rakyat dengan mengumumkan beberapa langkah yang menjurus kepada pembebasan berkenaan serta memperakui rakyat negara ini sudah benar-benar matang untuk menikmati persekitaran yang lebih terbuka. Bukan saja tiga proklamasi darurat sejak seawal 1966 ditamatkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan. Selain itu, Najib dalam Perutusan Khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan TVi ke seluruh negara, mengumumkan kajian semula seksyen 27 Akta Polis 1967 membabitkan hak berhimpun dan juga Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang tidak lagi akan mensyaratkan pembaharuan lesen akhbar secara tahunan, sebaliknya berlaku sehingga dibatalkan. Semua langkah ini, selain beberapa lain yang turut diumumkan Perdana Menteri, akan secara berkesan meletakkan Perlembagaan di tempatnya sebagai undang-udang tertinggi negara dengan segala hak asasi manusia dan hak individu dihormati. Ia turut meletakkan Malaysia setara dengan sistem demokrasi lain di dunia yang demokrasinya lebih dinamik. Semua perubahan ini, kata Najib dimungkinkan berikutan pengalaman, kematangan dan kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Menurutnya, era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memonopoli kebijaksanaan sudah berakhir.

Selain alasan diberi Perdana Menteri itu, kita berpendapat antara faktor yang memungkinkan perubahan itu juga ialah keyakinan tinggi dimiliki kerajaan pimpinan Najib. Perubahan dibawanya itu sudah semestinya mempunyai implikasi besar yang boleh menggugat mana-mana kerajaan yang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi. Sebagai contoh pengumuman tamatnya proklamasi darurat dan pemansuhan ISA akan bermakna tidak akan ada ruang lagi bagi pihak berkuasa untuk membuat penahanan pencegahan tanpa boleh disemak keputusannya oleh mahkamah. Sesebuah kerajaan yang tidak mempunyai keyakinan tinggi terhadap mempertahankan tindakannya tidak mungkin berani mendedahkan dirinya dengan situasi ini. Selain itu, pindaan terhadap syarat pengeluaran lesen akhbar turut bermakna akhbar akan lebih bebas tanpa ancaman kuasa ugut tahanan pihak berkuasa. Walaupun lesen boleh dibatalkan, sudah semestinya ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan perlu mengikuti lunas undang-undang. Langkah berani Najib harus dialu-alukan oleh semua pihak. Malah, parti pembangkang seharusnya bersikap budiman dan mengakui pengumuman mengejut malam tadi ialah sesuatu yang akan menjamin masa depan negara yang lebih cerah.

Khamis, 15 September 2011

DIA KUTUK TPM PENYAMUN BESAR?


Panas! memang panas sepanasnya...
Sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan PM.
Pastu siap bagi gelaran macam-macam kat TPM.
Sedangkan mereka satu kapal...
Hampa pakat baca dan nilailah sendiri...
Hahaha... makin panas perang sesama mereka...
BACA KAT SINI
KAT SINI PUN BOLEH

Isnin, 12 September 2011

TANGGUH JE.. TUNGGU MASA AKAN ADA "KENAIKAN TIDAK MEMBEBANKAN..HAHA

Ditangguhkan!!!
Ingat baik-baik. Ditangguhkan hingga mereka dapat cari waktu yang sesuai atau alasan "kenaikan tidak membebankan" atau tiada kenaikan cuma "pelarasan".
Maknanya ada potensi bila dah menang lagi pada akan datang baru teruskan..
Apa yang penting, sama-sama kita tunggu sebelum kita semua kena auta buat sekian kalinya lagi..hahaha memang best!!!

Baca baik-baik :

TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais


2011/09/12

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (TELCO) bersetuju menangguhkan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus daripada pengguna prabayar sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata antara cadangan yang dibincangkan bersama TELCO adalah caj enam peratus itu hanya dikenakan kepada pengguna yang membeli pek permulaan prabayar.
“Setakat ini, itu saja yang kita boleh beritahu.
"Kerajaan akan mengambil kira sumbangan RM6 bilion oleh TELCO kepada sumber pendapatan negara dari 1998 hingga kini sebelum membuat sebarang keputusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama TELCO, di Angkasapuri, di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, wakil dari Celcom Axiata Berhad (Celcom), DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGiTel), Maxis Berhad, dan UMOBILE Sdn Bhd (U Mobile).

Minggu lalu, TELCO mengumumkan mereka akan mula mengutip cukai perkhidmatan enam peratus untuk perkhidmatan prabayar Khamis ini.
Sumber : SINI