Pengikut

Jumaat, 1 Januari 2010

SEDAPNYA BIAWAK PADANG PASIR (DHOB)

Assalamualaikum.
Sempena thn baru, sapa yg tak pernah tahu n nak tahu,boleh melihat gambar2 ni sekadar meningkatkan pengetahuan.Kalau nak dapatkannya kat tanah melayu ni mungkin sukar.Tapi kat tanah arab mudah la cari kat padang pasir je.Kalu kat malaya yg banyaknya mengkarung, biawak, atau buaya. Tapi tidaklah boleh dimakan. Haram hukumnya. binatang Dhob ni Boleh dimakan. Soalnya gamak n tak tergamak je la.

Bukan yg ini!

tapi yg kat bawah ni...








Bila dah macam tu, makan dah dengan penuh berselera n nantikan kesan2 terhebat seperti sedia maklum.:)
jgn lupa baca doa.
wassalam

ROTI GULA DIMAKAN SEWAKTU MEMANDU F1

Bila harga gula naik, maka rakyat terbanyaklah yg mendapat untung...
Penyakit kronik makin berkurangan kesan buruk dari gula..
hospital dan klinik kerajaan akan mengalami kejutan (bukan kejutan budaya)akibat kurangnya pesakit...
Kerajaan boleh berjimat dengan pengurangan subsidi...
Pelbagai pembangunan untuk rakyat diluar bandar akan ditingkatkan...
Sistem pengangkutan di bandara dan luar bandar akan lebih memenuhi keperluan rakyat...
Rakyat dipendalaman akan lebih bangga dengan kehebatan Malaysia dimata dunia...
Bila rakyat makin kurang membeli gula,maka rakyat akan lebih berjimat dan boleh menyimpan duit untuk membeli tiket F1 di Sepang dan menyaksikan sendiri bagaimana hebatnya pemandu orang malaysia mempamerkan aksi bertenaga dan penuh kelainan.
Barangkali Pada waktu itu pemandu F1 menitiskan air mata terharu dengan sokongan rakyat pada projek F1 yg begitu menguntungkan. Sapa Untung? lu fikir la sendiri!!!!

#Keterangan gambar : menyiang dhob.tiada kena mengena dengan kisah di atas.

Rabu, 30 Disember 2009

TG NIK AZIZ : BLOG CELAKA !!! ( BAHAGIAN 2 )

Asalnya " Dengar khabar" "dengar cerita"
pastu bila dah tersebar daripada individu ke individu,blog ke blog,sms ke sms, email ke email atau apa je la yg sepadan n sewaktu dengannya. Maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.pastu yg bacanya pulak berbeza dari tahap ilmu, aras permikiran serta kemampuan menilai yg adakalanya bagus dan ada yg kureng.
Berita panas,gempar n sensasi, terutama melibatkan individu ternama,terkenal,terhebat, terbijaksana atau tersohor akan mudah mendapat perhatian khalayak.
Bila kita dapat sedikit maklumat, terus berita itu disebarkan melalui pelbagai cara, sms, mms, email, tel, atau macam2 la lagi saluran yang ada,ia merebak dengan mudah.pantas dan cepat. Paling merana bila berita yg kita sebarkan itu hanya fitnah atau ada unsur fitnah. Lantas kita menjadi antara punca2 fitnah tersebar walau kita tidak berniat nak buat fitnah atau menyuburkan fitnah. Tetapi atas sebab kegagalan kita mengenal pasti secara lebih teliti tentang sesuatu berita menyebabkan ada yg merasa kepedihan dan kesengsaraan bahana fitnah.
Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita fitnah atau berunsur fitnah.
Terkadang tu pihak yang turut TERbabit (secara sedar atau tidak )menyebar dan menyuburkan fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan menyumbang kearah kemerebakannya seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Allah dah sebut tapi sentiasa kita lalai:
"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" - Al-Nisa':114

Allah turut menyatakan tentang bahayanya :
..Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya. (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Secara mudahnya bila adanya fitnah maka adalah dosa bagi yg buat fitnah dan penyebar2 fitnah. Alangkah celakanya bila kerja-kerja jahat ini menyebabkan kita makin menjauhkan diri dari syurga. Alangkah benarnya Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka jelaslah tiada lagi kegembiraan dan kebahgiaan bilamana kecelakaan menimpa atas hasil dari tangan2 kita.
kata ahli ilmu : Org yg paling berbahgia adalah orang yg menyebarkan kebahgian kepada orang ramai.
Allahu Akbar!!!
wassalam.
#keterangan gambar :Malang tak berbau.

Selasa, 29 Disember 2009

TG NIK AZIZ :BLOG CELAKA!!!

Assalamualaikum.
Gempar isu tentang blog celaka...antara pecat atau letak jawatan?
sapa yg kena?
Ambil iktibar dan sebagai ingatan bagi yg lalai.
Bagi blog yg suka menyebarkan fitnah (dapat berita tak siasat dulu dengan teliti) tak kisah dilebal dengan apa pun.
setakat Nik Aziz kata celaka takde bendanya bagi golongan ini.
Amaran Allah pencipta sekelian alam pun mereka tak ambil kisah, yg penting berita yg disampaikan tu panas n meletup habiss.

Biar ramai2 dapat berita dengan cepat.Soal benar atau palsu belakang kira, negara demokrasi n slogan kebebasan bersuara menjadi hujjah.
Allah sebut :Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Puncanya Jahil.Menyesal akhirnya...
#keterangan gambar : kelalaian dan terlalu suka tergesa-gesa atau gopoh antara punca kemalangan ngeri.
Wassalam

Isnin, 28 Disember 2009

paham-paham je la...

Angguk-angguk, geleng-geleng, pakat paham sendiri la ye...

Ahad, 27 Disember 2009

BILA TERLAMPAU TAKUT

"Lebih Baik Pakai Pampers"

Bagi yg ambil berat tentang perjuangan mereka dan istiqamahnya mereka mempertahankan agama dan tanah air dari ancaman dan serangan zionis pasti tahu tentang Kehebatan Pasukan Al-Qassam.
Sehingga memaksa tentara Israel mengenakan Pampers.
Bukan hanya bayi yang mengenakan diapers bahkan tentara Yahudi-Israel juga mengenakannya.
Tapi bukan karena mereka pakai saja-saja. Tapi Ini disebabkan karena mereka takut buang air di luar kenderaan kereta kebal atau kereta perisai mereka karena khuatir dan amat bimbang dengan serangan para pejuang Al-Qassam.

Gara-gara sikap kepondanan dan kedayusan tentera Yahudi ini, para pemuda Palestin memberi gelaran baru pada mereka dengan panggilan"Jaish Pampers"(tentara Pampers).

Kata pejuang palestin :

“Di mana keberanian tentara itu (Israel), yang menyerang dengan sokongan dan dokongan teknologi. Dari udara, dari atas awan, dari laut, serta dari dalam kereta kebal mereka yang tercanggih dan terhebat itu, untuk berhadapan para pemuda yang tidak memiliki banyak senjata, akan tetapi mereka mampu mengalahkan tentera ini,”
“Dan kami akan menggambarkan betapa pengecutnya para tentara Zionis itu, adalah hal yang paling pelik, bahawa yang selalu kita anggap sebagai angkatan tentera yang terkuat di dunia tapi mengenakan Pampers, dan mereka tidak mau keluar dari kereta kebal untuk menghadapi para pejuang,” tambah pejuang Al-Qassam.

Berita ini menjadi bualan hangat dikalangan penduduk palestin. Betapa tentera Yahudi ini terpaksa menempah diapers yg lebih besar ukurannya supaya lebih tahan lama dan lebih menyerap... Itulah adanya...