Pengikut

Sabtu, 11 Disember 2010

JANGAN ZALIM DAN USAH BIARKAN KEZALIMAN BERLELUASA..


"Dari Ibnu Umar Radhiallahu anhu. Bahawa Rasulullah SAW. Bersabda : Seorang Muslim itu menjadi saudara kepada seorang saudara muslim yang lain.Dengan sebab itu ia tidak boleh menzalimi atau membiarkan saudaranya itu dizalimi.Sesiapa yang menyempurnakan hajat saudaranya nescaya Allah menyempurnakan hajatnya pula.Sesiapa yang melepaskan satu kesulitan (kesusahan) saudaranya maka Allah akan melepaskan daripadanya satu kesulitan (kesusahan) pada hari khiamat kelak.Seterusnya sesiapa yang menutup keaibpan seseorang muslim itu maka Allah akan menutup keaibpannya pula pada haru khiamat kelak. (Muttafakun alaih)
"
Huraian Hadis

Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan atau persefahaman dalam perkara yang diredhai Allah. Penganutnya dikehendaki hidup berbaik-baik dan tolong menolong bantu membantu , mormat menghormati diantara satu sama lain , kerana umat Islam itu adalah bersaudara seumpama saudaranya sendiri seperti firman Allah dalam surah hujurat ayat 10:

Ertinya: "Bahawa seluruh muslim itu bersaudara maka hendaklah kamu damaikan antara saudara kamu"

Hak sesama muslim seterusnya dikehendaki menjaga saudaranya daripada terkena kesusahan dan jangan membiarkannya terkena inanya tampa mendapat pembelaan. Lebih-lebih lagi dilarang melakukan penginanyaan terhadap saudara muslim yang lain.

Hadis diatas seterunya menerangkan sesiapa diantara orang Islam yang tolong melepaskan saudaranya dari sesuatu kesulitan seperti menolong orang yang ditimpa kesusahan dan sebagainya maka pasti Allah akan melepaskan satu sesusahannya di akhirat kelak, dan mana-mana orang-orang Islam yang melindungi seseorang Islam yang lain daripada satu bahaya seperti melepaskan seseorang yang menderita hidup akibat dizalimi oleh pihak yang lain maka Allah akan melindunginya di Akhirat nanti, walau bagai mana pun tidaklah harus melindungi orang yang terang-terang melakukan kesilapan disebabkan kepentingan tertentu. Sekiranya kezaliman terus berleluasa dan sikap melindungi orang yang melakukan kesalahan yang nyata tidak dibendung maka tunggulah kehancuran pasti akan berlaku.

Demikianlah kewajipan yang mesti dilakukan oleh seseorang Islam terhadap sesama muslim, kerana setiap orang Islam adalah saudaranya, dengan bersikap suka tolong menolong , bantu membantu untuk kebaikan bersama yang mana akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan dibalas pahala di Akhirat kelak.

Sekiranya umat Islam beramal dengan ajaran ini sudah tentu hidup mereka akan terjamin dan dihormati orang ramai serta di redai Allah.

Pengajaran Hadis
1. Orang Islam mestilah hidup berbaik-baik dan tolong menolong diantara satu sama lain
2. Mereka ditegah melakukan penginayaan diantara sesama sendiri.
3. Orang yang melakukan kebaikan dalam hidupnya akan dibalas pahala di Akhirat nanti.
4. Allah menolong orang yang suka menolong saudaranya dengan ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan