Kenyataan ni macam tak puas hati je dengan apa yg berlaku kat Perak.
Baca apa kata tokoh ini :
PULAU PINANG, 15 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Katanya BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.
"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu mengulas kemelut yang berlaku dalam parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.
Mukhriz, yang juga anggota Parlimen Jerlun, berkata: "Ia hanyalah khabar angin semata-mata, dan tiada tindakan lanjut untuk mengesahkan spekulasi yang berlaku."
-- BERNAMA
*-Jambatan runtuh tidak sama dengan runtuhnya maruah diri.
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 15 Mei 2010
JUDI LAGI: NAK ELAK SAPA TIPU SAPA?!!
Hari ni terbaca lg kenyataan terbaru tentang sebab judi dihalalkan.
Nak cakap tak tahu agama, tak kan tak tahu perkara yg tidak boleh tidak org Islam kena tahu dan ambil tahu.Soal halal dan haram...Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah pastu sambung pulak kat universiti tentu pernah belajar soal halal dan haram.
Apa pun pakat baca kenyataan oleh Ahli parlimen dari parti mana entah la... tak kan parti yg bergegar2 nak membela bangsa dan agama kot...
Dan yg pastinya bukan dari PAS.
Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini.
Katanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan.
“Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.
Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.
"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.
Hampa nak bacaan lanjut : lihat kat malaysiakini.com
Ulasan : Pakat tepuk kepala kemudian pikir, siapa yg nak bela Islam dan hukum hakamnya? Org yg mengaku Islam pun dah jadi pembela Judi...
tangan mana yg masih lagi dok sokong depa ni?... murakabbb 4ever...
kita perlu praktikal...
Jgn yg haram dah jadi halal demi perut sendiri dan kroni

Jumaat, 14 Mei 2010
Piala Thomas: MALAYSIA MENANG!!!
Memang telah dijangkakan.
Malaysia akan menang pada malam ini.
Ternyata apa yg dijangkan itu terbukti.
Bukan menang perlawanan...
Tapi hanya sekadar menang sorak.
Apapun, tahniah diucapkan atas kejayaan layak ke separuh akhir.
2 tahun lagi Malaysia boleh mencuba lagi.

MEMBANTAH TINDAKAN PEMBELA JUDI...
Selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang, para muslimin yg prihatin dengan isu-isu semasa telah mengadakan perhimpunan aman, bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan memberikan lesen judi bola sepak.
Perhimpunan itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.
Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.
Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.
Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.
K
amaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.
Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.
Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.
E
koran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.
Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.
Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan.
SUMBER www.malaysiakini.com

SYURGA MILIK ORANG YG TINGGI RASA CINTANYA...
Pengukuhan iman dalam diri seseorang muslim itu dapat dibentuk melalui kecintaan kepada Allah (s.w.t.) dan RasulNya. Seseorang mukmin tidak akan dapat mengecap kemanisan iman kecuali setelah dirasakan kehangatan cinta kepada Allah (s.w.t.) dan Rasul dilubuk jiwannya. Seperti mana Nabi bersabda: maksudnya: Sesiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka ia akan merasai kemanisan iman. “Tiga perkara itu ialah mencintai Allah (s.w.t.) dan RasulNya melebihi cinta kepada yang lain. Mencintai manusia kerana cinta kepada Allah (s.w.t.) semata-mata, membenci untuk kembali kufur laksana seorang yang benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka”.
Rasulullah bersabda: “Demi diriku di tangan Allah (s.w.t.)! kamu semua tidak akan memasuki syurga sehingga kamu menjadi orang beriman, dan kamu semua tidak akan menjadi orang beriman sehingga kamu saling cinta menyintai antara satu sama lain. Inatlah, aku tunjukkan kepada kamu semua sesuatu (amalan) yang bila kamu amalkannya dapat memupuk cinta kasih, iaitu: sebarkan salam di kalangan kamu”.
Berdasarkan hadis tersebut, untuk memasuki syurga bergantung di atas iman dan iman pula bergantung di atas wujudnya perasaan cinta dan kasih sayang di antara sesama manusia. Dengan sebab itu perasaan tersebut menjadi syarat dalam keimanan, menjadi rukun dalam akidah dan menjadi asas dalam agama. Perasaan cinta dan kasih sayang ini menjadi syarat bagi menyempurnakan iman serta melengkapkannya. Ini berpandu kepada penegasan Rasulullah dalam sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: “Sesiapa yan mengasihi dan cinta kerana Allah (s.w.t.), dan membenci kerana Allah (s.w.t.) maka ia telah melengkapkan iman”.

Khamis, 13 Mei 2010
HANGAT PASAL BOLA SEPAK :BELA ATAU BELA?!!!
Bekas mufti dah bagi kenyataan,
Mufti yg sedang berkhidmat pun dah bagi kenyataan...
Bakal mufti pun turut bagi kenyataan...
Ini kenyataan terbaru dari yg memang sah tak layak jadi mufti...Ini kerana dia seorang yg bukan beragama Islam. Ikuti pandangan beliau... kalau yg bukan Islam pun tak suka judi, soalnya sekarang siapa yg suka bebenor kat judi ni..habaq mai!!!
SHAH ALAM 13 MEI: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan kelulusan lesen judi bola hanya mencambah gejala sosial dan moral di kalangan rakyat kerana ia dikhuatiri mengheret kaki judi dengan bebanan hutang apabila tabiat berjudi kian berleluasa.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga berpendapat tindakan meluluskan lesen judi ini dibuat berikutan sumber kewangan kerajaan pemerintah kian terhad bagi menampung perbelanjaan negara.
Lebih parah lagi, Charles berkata, kelulusan ini hanya melonjakkan masalah moral apabila kaki judi menambah nilai pertaruhan manakala kaki bola pula mungkin terjebak dalam tabiat berjudi.
“Ini merupakan masalah besar yang akan dihadapi rakyat Malaysia khususnya orang miskin, baik Melayu, Cina mahupun India. Mereka akan belanja lebih wang untuk berjudi khususnya pada masa Piala Dunia Jun ini.
Ini merunsingkan dan menjadi masalah serta menyusahkan keluarga miskin, malah orang kaya sekalipun dalam hal ini,” katanya.
Mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi bola kerana ia membawa musibah kepada semua kaum di Malaysia, beliau mengesyaki tindakan Umno BN ini mungkin ada muslihat tertentu.
Charles juga kesal kerana kelulusan lesen judi bola ini bukan sahaja tidak disenangi ramai, bahkan tidak melalui proses tender terbuka.
“Jelas bahawa tender untuk perjudian pada Berjaya Corporation nampaknya tidak ada apa-apa tender dikeluarkan. Maka, kita boleh mengatakan ini satu projek yang diberi untuk kawan-kawan dalam Umno," katanya.
Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
SUMBER ASALNYA DI SINI

BILA MUFTI BERDUKA...
SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak
Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.
Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.
“Saya dukacitalah, kerana kerajaan meluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.
Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.
“Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.
Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.
“Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.
Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.
“Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.
SUMBER DI SINI

Rabu, 12 Mei 2010
TERBARU DAN TERKINI:Piala Thomas:Malaysia masih bernafas!!!
Hafiz Hashim membalas kritikan dan cemuhan peminat seluruh negara dengan menjadi hero pada perlawanan penentuan di antara Malaysia dan Denmark.
Beliau menang mudah dengan keputusan : set pertama 21-12 dan set kedua 21-10
Biasalah, bila menang orang pakat puji, bila kalah orang pakat kutuk...
Nak elak kena kutuk, kenalah menang sokmo..
Apapun tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia atas kejayaan layak ke separuh Akhir Piala Thomas.
Selepas ini Pasukan Malaysia akan bertemu dan akan berdepan pasukan pilihan iaitu China.
Sama-sama pakat tunggu siapa hero sebenar antara kedua-dua pasukan tersebut.

Piala Thomas: Hafiz Hero set pertama.
Hafiz Hashim makin insaf?
Berbanding semalam, permainan Hafiz pada malam ini penuh keyakinan dan bertenaga.Dengan sokongan padu dari peminat yg membanjiri Stadium Putra malam ini.
Setakat ini, Hafiz menang pada set yg pertama.21-12
Pada set kedua? belum tahu lagi...
Kena tunggu sapa yg kena...

Piala Thomas: Malaysia Bakal lingkup?
Berdasarkan situasi terkini.
adakah malaysia akan lingkup?
keputusan terkini Malaysia seri dengan Denmark 2-2
Masih mengharapkan kepada Hafiz Hashim?

PENYAKIT
Ahli-ahli di bidang kesihatan pada umumnya sependapat bahawa penyakit-penyakit rohani mengakibatkan berlakunya kerosakan pada jantung, tekanan darah, saraf, paru-paru dan sebagainya. Gangguan mental menyebabkan orang merasa tidak enak makan, dan tidak dapat tidur. Apabila penyakit rohani itu berlarutan tanpa ada usaha pengubatan dan pencegahan, maka akan membahayakan dirinya sendiri mahupun bagi orang lain.
Apabila penyakit itu kian bertambah berat, sehingga ke tahap membahayakan orang lain serta tidak dapat lagi memahami kenyataan-kenyataan hidup maka orang itu pasti terkena tekanan penyakit gila atau separuh gila...
*-Sekadar gambar hiasan.

Selasa, 11 Mei 2010
BUKAN LIWAT : TAPI PUNGGUNG TERSEPIT!
Makluman : Ini bukan sajak patriot atau sajak hari guru.
tapi lebih kepada rintihan seorang budak yg suatu ketika berhadapan dengan musibah yg tidak dirancang.
Tolong!!!...help me!!!..
Punggungku tersepit,
Aku terpaksa, bukan kerna rela seperti andaian org ramai...
Lagipun waktu dharurat...
Tambahan pula aku tak punya kekuatan...
tak punya kekuatan untuk melawan...
melawat perut yg bersangatan sakit...
Lain pula yg terjadi...
cepat panggil bomba...
dimana lagi harusku mengadu?!!!

TERHANGAT : KISAH BELUM DILESENKAN!!!
Berita ini ada kaitan dengan kegiatan judi bola sepak yg sedang dlm proses nak dilesenkan.
Kerana tak mampu nak menghapuskan gejala judi, dadah, pelacuran, rempit, arak, rumah urut dan lain2 lagi termasuklah melanggar lampu merah, adakah semua ini akan dilesenkan juga?
Hampa pakat baca nooo...
KUALA TERENGGANU: Polis menahan sepasang suami isteri yang dipercayai terbabit kegiatan loteri haram dengan anggaran nilai pertaruhan mencecah RM500,000 sebulan dalam serbuan di sebuah rumah di pangsapuri Permit Harmoni, di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Fauzi Abduri, berkata dalam serbuan dilakukan 5.30 petang semalam, polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 59 tahun dan isterinya, 55, ditahan 20 minit kemudian sebaik pulang ke rumah.
"Siasatan awal kita mendapati pasangan itu telah menjalankan kegiatan haram itu sejak empat tahun lalu di sekitar bandar ini yang membabitkan anggaran nilai pertaruhan menjangkau RM11,000 setiap hari dan mencecah RM500,000 sebulan.
"Pasangan ini menggunakan rumah kediaman mereka sendiri sebagai tempat mengumpul pertaruhan bertujuan mengelak dari dikesan oleh pihak berkuasa.
"Hasil pemeriksaan, kita telah merampas satu unit telefon bimbit, satu unit data pencetak, mesin faks dan peralatan lain yang disyaki digunakan dalam kegiatan haram tersebut," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Selain itu, Fauzi berkata hasil penemuan dokumen komputer yang mengandungi maklumat pertaruhan judi bola sepak, polis percaya pasangan itu juga mengaut keuntungan dengan menjalankan aktiviti pertaruhan judi bola sepak.
Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(A)(a) Akta Judi Rumah Terbuka 1953 dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan. - Bernama
*Gambar ini tiada kaitan dengan lesen judi.

Ahad, 9 Mei 2010
KUDA, LEMBU DAN JUDI...
Ini bariSan kuda ke lembu?
Kurang jelas...
Tapi yg jelasnya judi lumba kuda haram hukumnya...
ada gak ke judi lumba lembu?
Kalau ada jugak, hukumnya tetap sama.
Yang mana dapat lesen tu kira macam mana pulak?
Jakim, jbatan agama setiap negeri dan agensi yg berkaitan serta orang perseorangan perlulah segera memberi penerangan secukupnya pada orang melayu, cina, india dan lain2 lagi yg beragama Islam yg masih lagi yg kurang mengerti dan tak paham hukum...
ketidakpahaman mereka ini bukan selapis... Bahkan berlapis-lapis,
ini hasil penjajahan yg begitu lama sampai sekarang, lebih kurang 450 tahun lamanya.
Yang pasti, sampai sekarang pemikiran ramai umat islam terus terjajah dengan khurafat yg menyesatkan...
begitulah adanya...
DARAH IBU : BERTAMBAH DERITA BILA TIADA KETAATAN
Andai tiada redha dan restu darinya, tiadalah redha dan kerahmatan dari Allah...
Apakah balasan yg layak bagi yg tergamak mengucapkan kata-kata kesat dan kasar terhadap ibunya?
Mohonlah keampunan dan kemaafan darinya...
Memang kita pernah tersilap dan terlalai,
jangan biarkan kealpaan itu menjadi kecelakaan berpanjangan dlm hidup...
Sesungguhnya kasih ibu dibawa ke mati
saksikan darah yg pernah mengalir ini :
Kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia berkerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas
ingin dibinanya untukmu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa punya maruah
laterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yang diwarisi
pesan ibu berpahat dihati
beringat-ingat berpesan-pesan
untuk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang..
engkau dah dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semakin dewasa
membilang usia
disaat kau berjaya
dia tiada berdaya..
Kasih saudara masa berada
Kasih ibu berkoban nyawa..

HARAPKAN PAGAR?
Langgan:
Catatan (Atom)