Pengikut

Khamis, 10 Mei 2012

HAHAHAHA...

Ramai yang menganggap perlantikan Bekas Ketua Polis Negara untuk mengetuai panel Tun Haniff Omar sebagai ketuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu sebagai tidak wajar.
Patutnya lantik la  Bekal PM kita. yang berbahagia Tun. Hehehe...
Takkan la nak lantik Aziz Bari ketuai panel?
Apapun, perlantikan ini memberi modal baru pada PR.. bukankah itu suatu yang baik disebaliknya... Moga-moga begitulah.

Selasa, 8 Mei 2012

KALAU AKU PUN TURUT SAMA BELASAH...

Kalau jumpa jenis yang macam ni, memang la kena belasah.
Selagi tak kena, selagi tu la tak sedar diri. Memang dah tak selamat lagi. Sebahagian dari Bala Allah.Hilangnya rasa aman dalam kehidupan kita semua. Hingga dalam masjid pun.

BESUT – Seorang lelaki menyangka dia bijak apabila menukar mangga tabung wang di Masjid Hadhari di Jerteh dekat sini untuk memudahkannya mencuri duit daripada tabung itu. Lelaki itu bertindak demikian selepas cubaan pertamanya untuk mencuri duit tabung itu tidak berhasil.
Bagaimanapun, taktik lelaki itu sekali lagi tidak menjadi. Cubaan kali kedua lelaki berusia 32 tahun dari Kampung Siam, Pasir Puteh, Kelantan itu untuk membuka tabung masjid itu dapat dihidu oleh pengawal masjid yang kemudian mencekupnya ketika dia sedang mengumpil tabung itu pada pukul 9.45 malam kelmarin.
Semasa diberkas, penganggur itu bertungkus-lumus menggunakan besi pencungkil tayar kereta untuk membuka mangga tabung masjid itu yang sebenarnya sudah ditukar kepada mangga lain oleh pihak masjid.
Setiausaha Masjid Hadhari Jerteh, Che Kar Awang berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati dua hari sebelum ditangkap suspek sama dilihat cuba mencuri wang di dalam tabung itu tetapi pada waktu itu tabung tersebut kosong.
“Lelaki itu kemudian menukar mangga sebuah tabung itu tetapi pihak masjid menukar semula mangga yang dipasang suspek bagi mengelakkan suspek mencuri,” kata beliau ketika ditemui dekat sini semalam.
sumber : SINI

Isnin, 7 Mei 2012

MEMANG PATUT DAN LAYAK... SUMBANGANNYA TERBUKTI SUDAH..

Terbukti layak dan memang patut dapat.
Usahlah mempertikaikan sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan.
Bukan sekadar dalam negara, bahkan ianya membuka mata dunia dan menarik perhatian seluruh dunia...
Semua itu menjadi sebab dan alasan pemilihannya..
Mai pakat baca kat SINI

PEMECAH BERITA...AWATNYA TAK PUEH HATI?

Setiap kebaikan yang dinikmati oleh orang lain janganlah pula kita berusaha nak supaya ianya hilang dari dinikmati oleh orang lain.
Setiap dari kita kena berusaha memberi sumbangan dan tidak merasa kecewa walau kurang dihargai..
Tak pernah dapat sebarang anugerah walau berkerja keras tak mengenal waktu dan ketika.
Ikhlaslah dalam membuat amal. Kerana Keikhlasan itu akan mendapat ganjaran dari Allah yang maha kaya. 
Apa yang penting kita kena sentiasa bekerjasama melawan segala kezaliman dan perkara mungkar...


KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara di sini Ahad.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini.

Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan beliau, Rosmah berkata golongan belia perlu melihat penglibatan di dalam industri sukan sebagai peluang untuk meningkatkan tahap ekonomi diri dan keluarga.

"Kesemua kemajuan dan transformasi di dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sukan akan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada belia.

"Setiap aspek penganjuran kesukanan menyediakan nilai ekonomi yang sangat tinggi dan peluang yang sangat luas kepada belia untuk diterokai," katanya.

Beliau berkata para belia harus bersedia dan memantapkan diri dengan pengetahuan dalam aktiviti sukan yang ingin diceburi.

"Para belia cenderung untuk kekal di dalam industri sukan berbanding industri lain, justeru perancangan yang teliti serta kemahiran penting bagi memastikan kelangsungan mereka di dalam industri itu," katanya.

Turut menerima anugerah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zokples Embong iaitu Anugerah Pengurusan Sukan dan atlet skuasy kebangsaan Azlan Iskandar (Anugerah Khidmat Masyarakat).

Persatuan Pengurusan Pelanggan dan Pusat Hubungan Malaysia (CCAM) meraih Anugerah Perkhidmatan Pelanggan manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) muncul penerima Anugerah Promosi Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan.

-- BERNAMA