Antara kesempurnaan puasa ialah dengan mencegah anggota daripada melakukan perkerjaan yg dibenci oleh Allah. Memelihara mata dari memandang kepada perkara yg dibenci, menjaga lidah daripada menuturkan perkataan yg sia-sia. memelihara telinga daripada mendengar perkara keji dan yg diharamkan Allah.
Demikian juga dengan anggota yg lain, seperti Kemaluan, tangan, kaki dan perut.
Perut hendaklah diisi dengan makanan yg halal,suci, baik dan berkhasiat.
Bila tibanya waktu berbuka puasa,Kebiasaannya kita mengisi perut dengan makanan yg halal dan suci tetapi tahapnya melebihi batas kadar biasa yg kita makan setiap hari. Alasannya untuk mengimbangi keadaan perut yg telah berlapar disiang hari.
Maka tidak ada bezanya antara puasa dan tidak, jika makanan yg menurut kebiasaan kita makan dua kali sehari, tetapi kita habiskannya dalam sekali makan saja. Padahal tujuan berpuasa itu untuk mematahkan nafsu dan melemahkan kekuatannya. Supaya dengan itu kita menjadi orang yg kuat dalam menjalankan takwa pada Allah.
Apabila kita telah mengetahui dan faham makna puasa yg sebenarnya, maka marilah kita perbanyakkanlah amal kita menurut kemampuan kita. Sesungguhnya puasa itu sendiri adalah asas bagi tiap-tiap ibadah dan anak kunci bagi menghampirkan diri kepada Allah.
Nabi bersabda : Puasa itu perisai. Apabila seseorang sedang berpuasa, janganlah ia berbuat perkara keji, membuat kejahatan, melakukan perbuatan dan kelakuan orang jahil. Jika ada seseorang yg hendak menyerang atau mencacinya, hendaklah ia berkata : "Aku berpuasa"
* (keterangan gambar ) : sekadar gambar hiasan.
wallahu a'lam.
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Rabu, 26 Ogos 2009
Isnin, 24 Ogos 2009
LUNAS VS P. PASIR : MERAWAT LUKA &DUKA
Assalamualaikum.
Bingkisan buat yg mengerti dan belum mengerti :
Banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yg sudah atau akan terjadi.
Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin, Tuhan telah menolongmu.
Percayalah, besok pun Dia masih akan tetap menolongmu.
Kesakitan yg engkau rasai, adalah cara meningkatkan tahap sabarmu.
maka bersabarlah menghadapi takdir yg datang.
Ketika engkau selamat dari pelbagai bencana, engkau cenderung lalai dalam keadaan itu.
Tetapi ingatlah bahawa di antara kejernihan pasti ada kekeruhan...
Berbahagialah orang-orang yg kukuh asas imannya dan menutup diri dalam kesucian jiwa.
sekian, wassalam.

Ahad, 23 Ogos 2009
LUNAS : SEJARAH BERULANG?
Mohd Radzhi Salleh dari PKR,hari ini mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat Bebas. Alasannya adalah lebih kurang sama dengan alasan yg dikemukakan oleh adun dari Changkat Jering dan Behrang tidak lama dulu.
Bagaimanapun, beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri. Macam yg pernah berlaku kat kelantan masa PAs dan Parti Melayu 46 bergabung dan membentuk APU. Waktu tu, ada ahli Ecxo yg tak nak letak jawatan walaupun dah mengistiharkan diri keluar dari gabungan. Teruk juga Tuan Guru bersilat. Hari ini sejarah itu mungkin berulang. Tempat yg berlainan tapi mengikut skrip yg sama.
Kalau umur kita panjang, kita akan dapat saksikan kembali sejarah tersebut. Bagaimana pula tindakan MB DS Azizan Razak berhadapan dengan situasi ini.Setakat ini Beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan status ecxo tersebut.
IsyaAllah semua kekalutan ini akan berakhir dengan natijah yg baik walau berdepan pelbagai kemungkinan yg mengecewakan.
Apa nak dikata? tunggu je la.
Sekian, Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)