Gempar dan memang terbukti, jelas dan terang, umpama bersuluh dalam terang waktu tengahari terik.
Tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah...
Bukannya umat Islam tak tahu semua tu.
Tapi masjid dan surau masih sepi. Yang datang cuma golongan veteran yang menjadi pengunjung setia.
Sudah berkali-kali Allah menunjukkan betapa Masjid dan surau adalah tempat yang selamat dan Mulia.
Ini salah sebuah masjid di perkampungan Pasapuat, Pulau Pagai Utara, masih teguh berdiri meskipun kawasan rumah sekitarnya hancur akibat dilanda tsunami.
Dulu masa tsunami di Aceh banyak masjid yang selamat walau segala rumah dan binaan disekelilingnya hancur dan rebah. Masjid-masjid masih lagi kukuh tersergam menandakan kekuasaanya.
Marilah kita sama-sama berlumba-lumba ke masjid dan surau bila tiap kali masuknya waktu solat. Kukuhkan iman dan ukhwah sesama Islam.
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Jumaat, 5 November 2010
Gempar :Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke HKL
Berita Hari ini :
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi bahawa
endoskopi telah dilakukan ke atas Najib dan ia menunjukkan ulser dan gastritis
ringan.
"Beliau telah mula diberi rawatan dan keadaannya beransur baik," kata Dr
Mohd Ismail, dan menambah perdana menteri dijangka berada di hospital beberapa
hari lagi. -- BERNAMA
Berita semalam :
KUALA LUMPUR, 4 Nov —Walaupun diberi cuti sakit dan dinasihatkan untuk berehat di rumah, Datuk Seri Najib Razak masih melakukan tugas-tugas sebagai Perdana Menteri.
Beliau bagaimanapun hanya mengendalikan surat-surat yang mustahak dan penting yang memerlukan perhatiannya, katanya kepada Bernama menerusi panggilan telefon di sini malam ini.
“Saya merasa rimas kerana duduk berehat sahaja. Saya (sudah biasa) sentiasa sibuk,” katanya dan menambah beliau telah mengisi masa tersebut dengan membaca.
Najib demam cacar sebaik kembali dari menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam pada Ahad lepas.
Apabila ditanya bila beliau dapat bertugas semula, Najib berkata: “Kena tunggu proses pulih sepenuhnya. Proses ini tidak boleh dipendekkan.”
Ditanya bagaimana keadaan beliau sekarang, Najib berkata: “Kena bersabar.” — Bernama

Khamis, 4 November 2010
1190 MAJORITINYA...
RASMI ; BN MENANG DI GALAS DAN BUKIT SAPI...
PAS dan PKR jangan kecewa...
Usaha lagi pada pilihanraya ke 13...
PAS dan PKR jangan kecewa...
Usaha lagi pada pilihanraya ke 13...
GALAS : PAS MASIH TARUH HARAPAN
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mendahului di kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil yang diadakan serentak.
Berdasarkan 20 peti undi yang sudah diterima BN memperoleh 3,864 undi di DUN Galas manakala PAS pula 3,048 undi

SPR : PERATUS YANG KELUAR MENGUNDI..
Peratusan keluar mengundi di Galas pada pilihan raya kecil hari ini meningkat mendadak antara 9 hingga 10 pagi selepas agak ‘dingin’ sepanjang satu jam pertama.
Seramai 24.02 peratus ataupun 2,775 orang keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang maklumatnya dikeluarkan menerusi Jabatan Penerangan.
Bagaimanapun peratusan itu tidak mengambil kira status pusat pengundian Pos Brooke, Hendrop, Belatim, Balar, Bihai dan Ladoi - yang melibatkan masyarakat Orang Asli ekoran masalah komunikasi.
Dalam pada itu, di Batu Sapi seramai 23.05 peratus atau 5,897 orang keluar mengundi sehingga 10 pagi.
Hampir 10 peratus keluar mengundi di DUN Galas antara 8 dan 9 pagi tadi.
Mengikut maklumat SPR, seramai 9.93 peratus keluar mengundi di Gala sehingga 9 pagi.
Menurut SPR, seramai 14.68 peratus ataupun 3,756 orang telah keluar mengundi antara 8 dan 9 pagi di Batu Sapi.
Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas di Gua Musang, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi di Sandakan, Sabah bermula sebaik sahaja pusat pengundian dibuka pada 8 pagi.

Rabu, 3 November 2010
TG HAJI HADI BAGITAU PERKARA PENTING
Penting dan amat berguna...
"Saya ingin melahirkan perasaan amat gembira di atas kesempatan untuk bertemu mata dan mengunjungi penduduk di kawasan Pilihan Raya Kecil Dun Galas, Kelantan dan kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah sepanjang tempoh kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan yang berhadapan dengan pilihan raya kecil ini.
Apa yang boleh saya simpulkan ialah: Para pengundi sekalian wajar menggunakan kesempatan ini untuk menjadi hakim yang adil dalam satu proses demokrasi bagi memilih untuk bersama dengan PAS di Galas dan PKR di Batu Sapi pada hari esok Khamis, 4 November 2010 untuk kesejahteraan rakyat dan masa depan yang lebih baik.
Kepada pengundi di DUN Galas: Kita sudah melihat kejayaan PAS memerintah Kelantan selama 20 tahun terbukti menerusi kepimpinan beramanah dalam menguruskan hasil negeri, menguruskan pentadbiran dan melaksanakan pembangunan seimbang kepada seluruh rakyat. Tidak ada sebarang kes rasuah atau salahguna kuasa melibatkan kepimpinan kerajaan negeri. Ia berbeza sama sekali dengan pemerintahan Barisan Nasional yang begitu mendarah daging dengan kes rasuah.
Oleh itu, sewajibnya pengundi di Galas memberi undi kepada PAS bagi meneruskan usaha pentadbiran kerajaan negeri membina kemajuan kepada seluruh masyarakat ketahap yang lebih baik.
Buat pengundi di Parlimen Batu Sapi: Tuan puan sekalian sudah melihat bagaimana penyakit pemerintah yang tidak amanah telah berlaku sehingga menyebabkan Sabah yang asalnya adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil buminya, tetapi telah dipinggirkan oleh kerajaan BN dari sudut kemudahan asas dan infrastruktur.
Jalan raya, bekalan air dan elektrik yang belum selesai dalam keadaan negara sudah merdeka lebih 50 tahun. Maka amanah untuk memimpin rakyat ini harus diberikan kepada Pakatan Rakyat.
Suara rakyat di Batu Sapi khususnya mestilah didengarkan di Parlimen tanpa ada sekatan dan kebimbangan jika wakil rakyat yang dipilih daripada Pakatan Rakyat. Jika Barisan Nasional terus diberi pilihan, maka suara mereka tidak bebas di parlimen kerana tertakluk kepada kehendak parti pemerintah.
Sekian. Terima kasih.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.
SUMBER ; harakahdaily.net

Tan Sri Muhyiddin : Dakwaan Pembangkang tidak benar...
Kerajaan BN Tidak Pernah Tabur Janji Kosong - Muhyiddin
GALAS, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menabur janji kosong dalam setiap pilihan raya kecil, malah setiap apa yang dijanjikan sentiasa dikotakan walaupun kadangkala ia mengambil sedikit masa.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas menyatakan kerajaan BN hanya pandai berjanji tetapi gagal menunaikan janji adalah tidak benar sama sekali.
"Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa kata saya munafik dalam Harakah sebab katanya janji nak buat jambatan di Manik Urai tetapi tak buat lagi.
"Saya nak tegaskan kalau kerajaan BN berjanji, ia bukan janji kosong. Projek ini kita akan tunaikan...waktu kita janji dulu kos pembinaannya hanya RM7 juta, tetapi sekarang apabila kita panggil tender dah mencecah RM17 juta, naik hampir sekali ganda.
"Walaupun ia satu jumlah yang agak besar, tetapi kita tidak mungkir janji kerana kita mampu untuk menunaikannya. Kita telah minta Perbendaharaan untuk meluluskannya," katanya ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di sini hari Rabu.
Katanya, isu yang sama juga dibangkitkan apabila beliau melancarkan projek perumahan rakyat (PPR) di sini yang bernilai lebih RM180 juta dan mereka dilihat seolah-olah cuba menimbulkan rasa sangsi terhadap kemampuan kerajaan untuk melaksanakan bantuan itu.
"Kita nak bagi pembangunan tetapi dia (pembangkang) timbulkan syak wasangka... Ini niat tidak baik. Kalau nak ikutkan kerajaan negeri turut bertanggungjawab dalam soal pembinaan jambatan dan perumahan rakyat tetapi mereka tidak lakukan kerana tidak mempunyai kemampuan," katanya.
Muhyiddin berkata, beliau tidak menafikan Kelantan mengalami sedikit pembangunan, namun kebanyakannya adalah hasil bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat.
"Saya sedar di Galas, banyak pembangunan harus dilakukan, tetapi siapa lebih mampu dan upaya untuk buat apa yang rakyat mahu. Dia (kerajaan Pas Kelantan) pitih tak dok...apabila air kotor, Pas tidak ada duit, dia jumpa Perdana Menteri untuk pinjam duit.
"Kerajaan pusat bagi pinjam RM700 bilion untuk kepentingan rakyat Kelantan supaya masalah itu dapat diatasi tetapi kita tahu dia tak atasi juga kerana dia tidak ada wang dan kemampuan untuk laksanakan pembangunan," katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu pengundi Galas yang dahagakan pembangunan supaya membuat pertimbangan wajar dalam memilih wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil pada hari Khamis.
"Kita bersedia untuk bawa perubahan besar di Kelantan dan kemenangan calon BN dalam pilihan raya esok akan memberi isyarat kepada seluruh negara bahawa BN masih terus berupaya mentadbir seluruh negara sebagai kerajaan pusat dan InsyaAllah Kelantan suatu hari nanti.
"Jadi kita minta rakyat Galas supaya dapat fikir semula selepas 20 tahun, sudah sampai masa dan ketika kita beri isyarat bahawa rakyat Kelantan sudah sedia menerima perubahan besar di bawah pimpinan kerajaan BN," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima daripada Pas meninggal dunia pada 27 Sept lepas.
Pilihan raya kecil esok akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Abdul Aziz Yusoff dan calon Pas Dr Zulkefli Mohamad.
-- BERNAMA

Selasa, 2 November 2010
POLITIK ADA HAD UMUR KE?
Adakah selepas ini setiap ahli politik yang dah mencapai umur tertentu perlu bersara? atau wajib bersara?
Seorang Muslim yang menganggap politik itu tidak terpisah dari agama akan menjadikan perjuangan menegakkan kebenaran tidak terhenti dengan sebab tidak dapat sokongan, dipulau, diboikot, atau faktor usia.Menang pun berjuang, kalah pun tetap berjuang...
Setiap gerak lakunya ikhlas mencari redha Allah. Memastikan setiap kezaliman itu ditentang, diperangi dengan pelbagai cara dan kaedah yang tidak menyalahi Syariat.
Berusaha sedaya mungkin menegakkan keadilan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Segala perit gerit,azab siksa, mehnah dan rintangan yg dihadapi bukan penyebab ia berundur. Baginya semua pergorbanan yang dilakukannya adalah sebagai ibadah.
Sesuai dengan janji ikrarnya yang menyatakan hidup, matinya hanya kerana Allah.
Ini adalah Pejuang yang benar-benar ikhlas berjuang menuntut Islam itu berada pada tempatnya.
Apakah ada dalil yang kukuh yang boleh dikemukan?

Isnin, 1 November 2010
BAHAYA : BILA DISERANG BUAYA...
Ahad, 31 Oktober 2010
KISAH 7 RIBU DARI 60 KG:HASIL TANGAN GUANG ENG???
Baca baik-baik. Jangan tersilap atau menyeleweng.
“Saya kata kajian yang dijalankan mendapati 7,000 keluarga Melayu dari 60 kampung termasuk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Permatang Damar Laut boleh diusir keluar pada bila-bila masa kerana tanah yang mereka duduki mereka sekarang ini adalah milik orang lain."
Ini kisah kat Pulau Pinang. Betapa terpinggirnya orang melayu walau dah melalui zaman yang panjang di bawah pemerintahan BN.
Bawah pemerintahan PR macam mana la pulak....?
Moga-moga ada pihak yang dapat bongkar, puak mana yang jual tanah tersebut?
Sebab apa jual sedangkan orang kampung dah lama tinggal di situ...
Dedahkan juga, kenapa sampai begitu sekali ramai yang tiada hak milik tanah?
Buah tangan siapa sebenarnya, dan apa cara penyelesaiannya?
baca bagi habis kat SINI
Farid bidas Guan Eng seleweng fakta
GEORGETOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad menempelak Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana menyeleweng faktanya mengenai isu tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang.
Menurutnya, Guan Eng memang kerap memutarbelitkan kenyataan atau fakta yang dikemukakan oleh pemimpin UMNO kononnya tidak terlibat atau bersalah dalam sesuatu isu yang dibangkitkan.
“Saya hairan dengan perangai Guan Eng. Dia akan cuba berdalih atau menyeleweng fakta apabila timbul sesuatu isu. Lain yang saya kata, lain pula yang dia komen atau menokok tambah.
“Dia tuduh kenyataan saya berbentuk perkauman dan fitnah semata-mata dengan alasan Kerajaan Negeri tidak terlibat mengusir penduduk dari kampung masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Farid berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menuduh Kerajaan Negeri mengusir penduduk dari kampung atau rumah masing-masing.
“Inilah masalah dengan Guan Eng. Tanpa membaca dengan teliti apa-apa kenyataan atau menyelidiki fakta terlebih dahulu, dia melompat dan menuduh orang lain rasis dan membuat fitnah terhadap dirinya atau Kerajaan Negeri.
“Saya minta dia buktikan di mana dia baca kenyataan saya itu. Bila saya kata Kerajaan Negeri menghalau atau mengusir penduduk dari kampung mereka.
Farid berkata Guan Eng memang tidak faham isu yang ditimbulkan olehnya dan perlu mendalaminya sebelum membuat sebarang komen.
“Saya kata kajian yang dijalankan mendapati 7,000 keluarga Melayu dari 60 kampung termasuk Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Permatang Damar Laut boleh diusir keluar pada bila-bila masa kerana tanah yang mereka duduki mereka sekarang ini adalah milik orang lain.
“Penduduk terbabit memang membina rumah sendiri tetapi bukan atas tanah milik mereka. Semua tanah itu adalah milik hak orang lain termasuk swasta dan Kerajaan Negeri.
“Takkan itu pun dia susah nak faham. Tetapi memang tidak menghairankan kerana Guan Eng memang bersikap begitu. Dia tidak akan mengakui fakta walaupun benar jika dibangkitkan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, pemikiran pembangkang masih tersemat dalam jiwa Guan Eng dan berterusan mempunyai persepsi negatif terhadap BN walaupun ia adalah satu kenyataan.
“Pembangkang memang tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO dan BN sudah banyak berjasa kepada masyarakat. Jadi dia akan terus mencari salah dan silap kami walaupun kecil sahaja.
“Jasa dan pengorbanan UMNO dan BN yang begitu besar sejak dari dahulu lagi tidak pernah disanjung sebaliknya cuba dilupakan seolah-olah merekalah juara walaupun baru dua tahun memerintah Pulau Pinang,” katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)