Pengikut

Jumaat, 12 September 2014

AWAT TAK SEDIA AWAL2 CALON alternatif?

Aku meronda sakan malam ni. Baca macam2 blog...tiba-tiba terjumpa cite tentang calon alternatif...

Ini bukan idea aku..aku copy face je..best jugak...

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam Malaysiakini berkata, Kementerian Pendidikan sepatutnya menyediakan kertas ujian alternatif bagi UPSR dalam menghadapi kes kebocoran kertas peperiksaan supaya dapat memastikan peperiksaan berjalan lancar dan tidak perlu ditunda.

Saya bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini. Ketiadaan alternatif inilah yang menyusahkan kepada semua pihak dan menyebabkan sesama rakan bergaduh, malah hingga membabitkan institusi tertinggi dalam negara. Sepatutnya mereka tidak berdegil dengan satu nama saja, sebaliknya mengemukakan senarai alternatif... ops maafkan saya, itu tentang isu nama alternatif MB!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan