Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Rabu, 14 Mac 2012
SHAHRIZAT ATAU RAFIDAH?
1-“Shahrizat mengutamakan kepentingan kerajaan dan parti mendahului kepentingan peribadi. Ini pengorbanan besar daripada seorang pemimpin yang menerajui sayap parti,”KataTPM
2-Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafee Apdal berkata langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan BN dan juga parti.
2-Datuk Ahmad Maslan pula meminta pihak pembangkang supaya tidak membuat kesimpulan mengelirukan berikutan pengumuman pengunduran Shahrizat.
Katanya tindakan Shahrizat merupakan satu pengorbanan yang wajar kerana beliau telah mendahulukan kepentingan pandangan umum daripada kepentingan jawatannya sebagai menteri.
3-Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut menyambut baik tindakan Shahrizat dan menyifatkan keputusan itu bukan sesuatu yang mudah.
Beliau yang juga menteri dalam negeri berkata beliau akan terus membantu Shahrizat dalam menjalankan tanggungjawabnya memimpin Wanita Umno.
Kesimpulannya :
Kebanyakan atau rata-rata pemimpin Umno beranggapan yang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat pengorbanan besar.
Bekas Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz pula tak setuju (tempelak) bila pemimpin Umno anggap itu satu pengorbanan.
Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April..."Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini...
*Ulasan : Rafidah Aziz begitu lantang, berani dan telus. Apa jawatan beliau sekarang? Kalau ada jawatan?? hehehe..
pakat baca la kat SINI. SINI Pastu kat SINI
*Gambar hiasan.
Isnin, 12 Mac 2012
TAUBAT DAH!!!. TAK MAU BUAT LAGI..
Setiap perkataan, perbuatan, gerak kerja mestilah tidak melanggar landasan yang telah ditetapkan.
Bertaubatlah ketika masih ada ruang untuk berbuat demikian.
RIYADH - Penulis dan wartawan Arab Saudi, Hamza Kashgari, yang ditahan di penjara Al-Hair di Riyadh selepas didakwa menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad saw di laman Twitternya, telah bertaubat secara rasmi di hadapan mahkamah di sini, Selasa lalu.
Menurut laporan akhbar tempatan, Al-Madinah, kelmarin, apa, ibu, adik-beradik dan peguamnya hadir pada sesi mahkamah itu.
Sumber yang rapat kepada kes tersebut percaya catatan dokumen mengenai pernyataan taubat Kashgari di hadapan hakim mahkamah adalah satu perkembangan yang penting dalam kes itu.
Bagaimanapun, seorang penasihat undang-undang, berkata taubat Kashgari tidak akan membebaskannya daripada tanggungjawab undang-undang berhubung kenyataan yang didakwa dibuat olehnya.
Kashgari, 23 tahun, melarikan diri dari Arab Saudi selepas kenyataannya yang disiarkan dalam Twitter dibongkar oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Dia, bagaimanapun, ditangkap di Malaysia dan dihantar pulang ke Arab Saudi menaiki pesawat khas. Sejak itu, Kashgari telah ditahan dalam penjara di Riyadh.
Dalam satu kenyataan rasminya, Kashgari telah mengumumkan bahawa dia telah bertaubat dan meminta ampun.
Kashgari berkata dia telah meninggalkan keseluruhan idea-ideanya yang salah dan kenyataan yang dibuatnya dalam Twitternya, sambil menambah bahawa dia sedang murung ketika itu.
Dia mengucapkan terima kasih kepada keluarga, saudara-mara dan rakannya, serta para ulama yang memberikannya sokongan dan cuba membimbingnya kembali ke jalan yang benar di sisi agama. -- Agensi.
Ahad, 11 Mac 2012
PENJAWAT AWAM YANG MASIH TERTANYA-TANYA...
SBPA dah dibatalkan. Tapi harga barang dah naik sejak bulan disember lagi. Tekanan yang ditanggung penjawat awam dengan bebanan tersebut tentunya sedikit terubat dengan adanya pengumuman pelarasan gaji yang baru.
PUTRAJAYA - Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini akan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Omar berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.
Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.
Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.
Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.
Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
Omar berkata, umur persaraan wajib 60 tahun dikekalkan.sumber : sini