Allah yang maha pengampun lagi maha pengasihani.
Dialah tempat kembali.
Terputuslah segala amalan anak adam melainkan 3 perkara.
Ilmu yang diberikan dan dicurahkan bila diamal dan dilaksanakan ianya menjadi saham buatnya. Maka doa dari setiap murid yang menerima tarbiahnya sentiasa berterusan.
Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong perjuangan menegakkan kebenaran.
Al-Fatihah buat Al-Marhum Ustaz Yahya Othman.
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Khamis, 14 Jun 2012
Ahad, 10 Jun 2012
JANGAN ADA KALANGAN MENTERI YANG TERASA...
Ini nasihat yang sangat baik buat semua pemimpin Umno.
Nasihat ini ikhlas dan bukan ditujukan pada menteri tertentu atau bekas menteri yang telah letak jawatan kerana habis tempoh.
Nasihat ini ditujukan kepada semua.
Alangkah baiknya jika tiada yang terasa kena sindir atau kena ketuk.
Masing-masing melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya...
BERA, 10 Jun — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja sebaliknya semua rakyat.
Beliau berkata perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.
"Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat.
"Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar hasutan serta pembohongan pembangkang yang menafikan usaha dilakukan kerajaan, sebaliknya biar rakyat tahu bahawa kerajaan BN serius membangunkan negara dan membela nasib mereka," katanya.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera mahu semua 50 cawangan Umno bahagian itu mengadakan lebih banyak aktiviti yang membabitkan semua golongan rakyat bagi mendekati mereka dan menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan.
Beliau juga mahu setiap cawangan itu melantik ketua, masing-masing bagi menjaga setiap 10 buah rumah di kawasan mereka bagi mengetahui masalah mereka dan menyalurkan maklumat itu kepada Biro Keahlian dan Pengundi Umno bahagian untuk tindakan segera.
Ismail Sabri juga berkata Umno bahagian itu sedang mewujudkan pangkalan data bagi profil semua keluarga di bahagian itu bertujuan untuk mengetahui secara terperinci mengenai latar belakang, sikap serta masalah yang dihadapi mereka..bernama
Baca kat SINI

Langgan:
Catatan (Atom)