Pengikut

Sabtu, 20 November 2010

KEKEJAMAN DAN PENINDASAN BUKAN PELEMAH SEMANGAT...

Abuzar Ghifari merupakan seorang sahabat c yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan dan kesalehannya.Kata Ali r.a.hu.: "Abuzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tak dapat diperolehi oleh orang lain"

Apabila ia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., dia telah menghantar saudara laki-lakinya untuk menyiasat dengan lebih mendalam mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari langit.Setelah puas menyiasat, saudaranya pun melapurkan kepada Abuzar yang Nabi Muhammad s.a.w. itu seorang yang bersopan-santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibaca kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair. Lapuran yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abuzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataaan.


Setibanya di Mekah, dia terus ke Baitul Haram. Pada masa itu dia tidak kenalNabi Muhammad s.a.w. dan memandangkan keadaaan pada masa itu dia berasa takut hendak bertanya darihal Nabi Muhammad s.a.w.Apabila menjelang waktu malam, dia dilihat oleh Ali r.a.hu. Oleh kerana dia seorang musafir Ali r.a.hu terpaksa membawa Abuzar kerumahnya dan melayani Abuzar sebaik-baiknya sebagai tetamu. Ali r.a.hu tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abuzar bagi pihak dirinya pun tidak memberitahukan Alitentang maksud kedatangannya ke Mekah.

Pada keesokan harinya Abuzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abuzar gagal menemui Nabi Muhammad s.a.w. kerana pada masa itu orang-orang ISLAM sedang diganggu hebat oleh kafir-kafir musrikin. Bagi malam yang keduanya Ali r.a.hu membawa Abuzar kerumahnya. Pada malam yang kedua ini pun Ali r.a.hu tidak bertanya hal Abuzar, tetapi pada malam ketiga Ali r.a.hu bertanya:"Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?"
Sebelum menjawab, Abuzar meminta Ali r.a.hu berjanji supaya bercakap benar. Kemudian ia pun bertanya kepada Ali r.a.hu tentang Nabi Muhammad s.a.w. Ali r.a.hu berkata sebagai menjawab soalan Abuzar:"Dia sesungguhnya PESURUH ALLAH. Esok engkau ikut saja aku dan aku akan membawa kamu menjumpainya. Tetapi awas bencana yang buruk akan menimpai kamu kalau perhubungan kita ditahui orang. Semasa berjalan esok kalau aku dapati bahaya mengancam kita aku akan berpisah agak jauh sedikit daripada kamu dan berpura-pura membetulkan kasutku, tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak mensyaki perhubungan kita."

Pada esoknya itu Ali r.a.hu pun membawa Abuzar bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa banyak soal-jawab, dia telah memeluk agama ISLAM. O;eh kerana takut kalau-kalau dia diapa-apakan oleh pihak musuh, Nabi Muhammad s.a.w. pun menasihatinya supaya lekas balik dan supaya jangan mengistiharkan pengislaman di khalayak ramai, tetapi Abuzar dengan berani menjawab:"Ya Rasulullah, aku bersumpah dengan Allah yang jiwaku ditanganNya bahawa aku akan mengucap KALIMAH SYAHADAH dihadapan kafir-kafir musyirikin itu."

Janjinya pada Nabi Muhammad s.a.w. ditepatinya. Selepas ia meninggalkan Bagimda dia mengarahkan langkahnya ke Baitul Haram dimana dihadapan kaum musyrikin dan dengan suara yang lantang dia telah mengucapkan DUA KALIMAT SYAHADAH "AKU MENYAKSIKAN YANG TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN AKU MENYAKSIKAN YANG MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH."

Apatah lagi, demi didengarinya ucapan Abuzar itu, orang-oarang kafir pun menyerbuinya lalu memukulnya. Kalau tidaklah kerana Abbas, (ayah saudara Nabi Muhammad s.a.w. yang ketika itu belum memeluk agama ISLAM ) Abuzar sudah tentu menemui ajalnya.Kata Abbas kepada kafir-kafir musyirikin yang menyerang Abuzar:"Tahukah kamu siapa orang ini? Dia ialah dari puak Ghifar. Khalifah-khalifah kita yang berulang alik ke Sham terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, mereka sudah tentu akan menghalang perniagaan kita dengan Sham."

Pada hari yang berikutnya Abuzar sekali lagi mengucap DUA KALIMAT SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Quraish dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.Keghairahan Abuzar mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH dihadapan kafir-kafir Khuraish sungguh-sungguh luar biasa kalau dikaji dalam kontek larangan Nabi Muhammad s.a.w. kepadanya. Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi Muhammad s.a.w.

Jawabnya-TIDAK. Dia tahu yang Nabi Muhammad s.a.w. sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya kearah menyibarkan agama Islam. Dia hanya hendak mencontohi Nabi Muhammad s.a.w. walaupun dia mengetahui dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya kepada bahaya. Semangat keislaman yang sebeginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai puncak kejayaan dalam alam lahiriah serta batiniah. Keberanian Abuzar ini sudah selayaknya dicontohi oleh umat Islam dewasa ini didalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiah. Kekejaman, penganiayaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan Dua Khalimah Syahadah.

Jumaat, 19 November 2010

NASIHAT 40 ULAMA TAK DIDENGAR @ BELUM BAGI NASIHAT?


Biarlah gambar ini berbicara tentang kejahilan umat dan ketegaq tak boleh ajar...
Tentang kelesuan ulama dan sikap tidak cakna.
Tentang bid'ah atau khurafat?
selamanya dengan sirr?

GUNALAH KEPALA HOTAK TU..JANGAN MERAPU!!


Hey, cuba guna otak kalau nak bercakap tu...
Dah kena penyakit ke?
Engkau tu pemimpin...

Selasa, 16 November 2010

KENDURI KAHWIN GUNA DAGING KORBAN DAN AQIKAH?

*Gambar bagaimana unta disembelih untuk tujuan korban.

Assalamualaikum,

Saya bercadang hendak berkongsi dengan beberapa org kaum keluarga saya untuk membeli seekor lembu untuk di buat korban dan akikah. Dalam masa yang sama, ibubapa saya kebetulannya nak buat kenduri kahwin untuk adik saya. Boleh tak lembu yang kami nak buat korban/akikah tu disumbangkan kepada ibubapa saya untuk dibuat jamuan kahwin? Untuk makluman tuan, kenduri kahwin akan dibuat pada 14/02 iaitu 2 hari selepas raya haji. Terima kasih.

Jawab:

Batalkan CADANGAN Qurban dan Aqiqah pada tahun ini dan tumpukan pada kenduri Walimah al'Urs. Berkongsi binatang utk walimah, akikah dan qurban tidak ada dasarnya dalam Sunnah Muhammad saw. (Prof Nasih Ulwan, tarbiyatul Awlad fil Islam, Jld 1) WA

SUMBER KAT SINI

Isnin, 15 November 2010

DAGING KORBAN BAGI KAT ORANG KAFIR?

DAGING KORBAN UNTUK ORANG KAFIR
Soalan;
Adakah boleh daging korban diberikan kepada orang bukan Islam? Ada pendapat mengatakan jika ada org kafir yg makan maka tidak diterima korbannya?


Jawapan;
Imam Nawawi menaqalkan bahawa Imam Ibnu Munzir berkata:
” Ulama telah sepakat bahawa harus diberikan daging korban kepada org Islam yg miskin. Adapun ahli Zimmmah (bukan Islam), ulama berselisih pendapat mengenainya. Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Tsur (seorg mujtahid mutlaq spt Imam Syafei dll)membenarkannya. Imam Malik pula memakruhkannya, malah beliau memakruhkan memberi kulit binatang korban atau dagingnya kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith (mujtahid mutlak) memakruhkannya, dan beliau berkata: Jika dimasak dagingnya tidak mengapa kafir zimmi makan bersama.” (1)
Ulama hanabilah (mazhab Imam Ahmad) juga membenarkan daging korban yg sunnat diberikan kepada org kafir. Adapun korban yg wajib ia tidak dibenarkan (2)
Adapun pandangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie;
a) Imam Nawawi mengharuskannya jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib.
b) Adapun ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie yang lain –antaranya Syeikh Khatib as-Syarbini- mereka tidak mengharuskan daging korban diberikan kepada orang kafir. (3)
Wallahu a’lam.
Ust Khairul Azmi AlMuqry
Rujukan;
1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, jil. 8, hlm. 404.
2. AlFiqh Islami Dr Wahbah Jil 3 hlm 633
3. Al-Iqna’, Imam as-Syarbini, jil. 2, hlm. 825.

SUMBER KAT SINI

BOLEH KA BAGI DAGING AQIQAH KAT ORANG KAFIR?

Soalan :
Ada pendapat megatakan BOLEH dan ada yang mengatakan TIDAK BOLEH memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam. Apakah hukum memberi makan daging akikah kepada orang bukan islam?


Jawapan :

Pendapat fuqaha’ mengenai pemberian daging Aqiqah kepada orang kafir:
1. Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging aqiqah sunat atau wajib kepada bukan Islam.
2. Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging aqiqah sunat kepada bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging aqiqah wajib, seperti aqiqah yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.
3. Mazhab Hambali berpendapat harus menghadiahkan daging aqiqah sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging aqiqah wajib.
4. Semua ulama mazhab sepakat (ijma') memberi atau memberi makan daging Korban atau aqiqah wajib kepada bukan Islam adalah haram.

Ini bererti hanya ulama Mazhab Syafi’ie saja yang berpendapat daging aqiqah sunat atau wajib tidak boleh (haram) diberi atau diberi makan kepada bukan
Islam. Majoriti ulama lainnya berpendapat harus memberi mereka makan daging aqiqah sunat, tidak harus jika aqiqah wajib. Imam Nawawi pula yang bermazhab Syafi’ie dalam kitab al Majmuk syarah al Muhazzab dalam bab al udhiyah menjelaskan bahawa, apa yang dikehendaki oleh mazhab ialah harus memberi mereka (kafir zimmi) makan daripada daging korban sunat tetapi tidak yang wajib wallahu a’lam.
Dalam konteks Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada penganut pelbagai agama, pendapat majoriti ulama yang mengharuskan orang bukan Islam diberi atau diberi makan daging aqiqah sunat lebih baik diterima pakai.

Ini adalah untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam memang ada sistem yang mesra bukan Islam dan dapat memelihara perhubungan antara agama. Wallahu a'lam.
SUMBER KAT SINI

Ahad, 14 November 2010

YANG MANA AULA?



Siapa yang terawal meninggalkan pentas politik?
Allah jua yang maha mengetahui...