Setelah beberapa ketika dan waktu kehebatan dalam berkata-kata telah termasyhur serata alam dan pelusuk tanah melayu... Maka beberapa ketika selepas beberapa purnama termaklumlah pula tentang kehebatannya dalam membuat ramalan dan tilikan. Mengelupur dan terloncat-loncatlah kegembiraan parti pemerintah mendengar hasil nujuman ini dan teramat dukacita dan teramat hampalah parti barisan pembangkang sekeliannya hingga riuh rendahlah tangisan mereka itu :
SHAH ALAM – Fenomena tsunami politik 2008 tidak wujud lagi malah
masyarakat kini melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan
Pakatan Pembangkang, kata Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan
Mohamed Ali.
Respons tersebut diterima Hasan berdasarkan pemerhatian dan maklum
balas daripada akar umbi sepanjang menjelajah ke seluruh negeri selepas
dipecat dari parti pada Januari tahun lalu.
“Imej pakatan pembangkang di sesetengah tempat termasuk kubu kuat
mereka menerima respons begitu mendukacitakan termasuklah sokongan
terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh
sendiri.
“Terlalu banyak isu besar yang menjadikan masyarakat umum dan pengundi
khasnya tidak dapat menerima penjelasan dan justifikasi yang cuba
dikemukakan pakatan pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, isu kalimah ALLAH contohnya benar-benar telah
memerangkap pakatan pembangkang hingga mereka tidak mempunyai jawapan
yang munasabah untuk meredakan kemarahan dan bantahan umat Islam dalam
hal yang menyentuh persoalan akidah ini.
“Sebahagian besar pengundi Melayu Islam khususnya merasa takut dan
bimbang sekiranya keputusan PRU13 memihak kepada pakatan pembangkang.
Jika ini berlaku, kebimbangan mereka akan jadi realiti.
“Para ulama dilihat begitu bersemangat mengemukakan pendapat dan
pandangan keagamaan dengan meletakkan isu-isu agama di dalam perspektif
yang betul tanpa dipengaruhi oleh pandangan politik,” katanya.
Malah menurut Hasan, kerja keras dan pembaharuan yang dibawa Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin diambil kira sebagai satu lonjakan sokongan kepada
BN.
“Penduduk Kelantan sendiri terpaksa mengakui bahawa rakyat negeri
ituperlu berubah agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
“Isu moral yang bertali arus melibatkan beberapa pemi mpin PKR khasnya
telah menghilangkan sama sekali keyakinan rakyat terhadap PKR yang
menjadi parti komponen pakatan pembangkang,” katanya.
Katanya, isu terkini melibatkan keselamatan negara yang berlaku di
Lahad Datu, Sabah dikatakan telah benar-benar menjadikan pimpinan
pakatan pembangkang saling menuding jari di antara mereka.
“Peranan beberapa pimpinan tertinggi PKR dan keceluparan Ahli Parlimen
Batu, Tian Chua telah menjadi faktor utama mengapa peristiwa Lahad Datu
dianggap sebagai faktor yang dijangka akan mendorong para pengundi
memberi kemenangan kepada BN,” katanya.
Oleh itu, Hasan berkata, pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan
Pengerusinya, Karpal Singh menggariskan potensi kemenangan pakatan
pembangkang menguasai tujuh negeri dan 115 kawasan Parlimen dijangka
boleh menang mudah sebagai hanyalah satu ramalan bersifat ‘syok
sendiri’.
sumber : sinarharian