Pengikut

Sabtu, 1 Januari 2011

KRITIK BUKU MUJAHID : PAS TIADA MASA DEPAN?

Ahli jawatankuasa kerja PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

"Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya.

"Tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

"PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku “Menuju Pas Baru” hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

"Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya.

- Bernama

Jumaat, 31 Disember 2010

TERBONGKAR :Dia merogol ketika memegang jawatan Kabinet!!

Memang yahudi betul...
Dia kata ini perangkap politik kerana ia dari keturunan yang berstatus rendah...
Akhirnya kena masuk jel jugak...
Kalau ada kat Malaysia yang dituduh merogol dan mencabul tapi masih bebas dan belum tertangkap, ia tidak akan terlepas dari pengadilan Allah.. Setiap amalan itu pasti akan dihitung walau sebesar atau sekecil mana sekalipun...

Baca cerita kat bawah :

BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.
Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.
Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.
Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata: “Bertenang, kamu akan sukakannya.”

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis.
Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.
Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak. – Agensi

Khamis, 30 Disember 2010

CERITA PERTEMUAN : ESOK NIK AZIZ BUAT PENJELASAN?

Mungkinkah esok ada kenyataan penting tentang cerita pertemuan pemimpin tertinggi ?
Esok Jumaat. Adakah TG Nik Aziz akan buat kenyataan tentang peristiwa tersebut?
Tunggu je laaa...
Nak tahu baca kat SINI

JAGA-JAGA!!!


*Gambar pertemuan orang atasan.

AKHLAK MUSLIM
"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda, nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati.
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)

Tujuannya :
Dalam hadis ini dibentang kepada kita beberapa garis panduan akhlak muslim yang kita perlu hayati dan laksanakan dalam kehidupan agar dapat satu bentuk hidup yang luhur, yang penuh kedamaian dan kesejahteraan.

1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin, a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan tindakan.
Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan kecenderungan hati.

2 Relakan pengurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya didunia.

3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain ahli keluarga yang lain.

4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya berlaku pada orang lain.

5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa di akhirat.

Selasa, 28 Disember 2010

IMPIAN ISA SAMAD...

Jajarkan ke Tengah
*Ini bukan gambar Isa Samad..


Impian Mohd Isa Pastikan Felda Terus Mencapai Matlamat Penubuhannya

SEREMBAN, 27 Dis (Bernama) -- Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata impian beliau ialah memastikan badan itu terus mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kerajaan ketika menubuhkannya.

"Saya tidak ada impian peribadi, cuma saya mahu mencapai apa yang dimatlamatkan kerajaan ketika menubuhkan Felda," katanya mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Felda berkuatkuasa 1 Jan 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa, 61, menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Bercakap kepada Bernama hari ini beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas kepercayaan yang diberikan.

"Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin," katanya.

Mohd Isa, yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari 1982 hingga 2004, merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden Umno.

Beliau merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Beliau menang besar dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 11 Okt 2009 mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi.

-- BERNAMA