Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 9 Oktober 2010
POLITIK SISIH MENYISIH?
Adakah sama orang yang berjuang dengan orang yang memberi komen?
Adakah sama politik menantu dengan politik anak beranak?
Adakah sama orang yang berprasangka buruk dengan perbuatan buruk?
Adakah sama orang yang beriman dengan orang yang kufur?
Bukankah telah tahu jawapannya?
Kerana bila datangnya kebenaran maka akan lenyaplah kebathilan.
Kebenaran itu ditegakkan oleh mereka yang sanggup berjuang dan berkorban kerna pengorbanan itu memerlukan keikhlasan, tentunya keikhlasan hadir dari iman dan takwa...
kalau tidak?
Jumaat, 8 Oktober 2010
ANTARA PEJUANG ISLAM DAN PEJUANG KAUM?
KISAH ANTARA PEJUANG ISLAM DAN PEJUANG BANGSA ATAU KAUM.
Baik untuk kita mendepani permasalahan yang melanda umat ketika ini.
Mana satu yang menjadi pilihan? : samada Syurga atau neraka?
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman.
Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu."Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya." "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Khamis, 7 Oktober 2010
MUKA BERUK
Ada masalah rumahtangga atau apa jua masalah yang menimpa diri usahlah mencari beruk untuk selesaikan masalah.
Begitu juga jangan cari bomoh khurafat nak selesaikan masalah anda. Ia akan menambah lagi masalah yang sedia ada.
Inilah antara akibatnya :
KANGAR: Seorang ustazah berusia 35 tahun nyaris menjadi habuan kerakusan nafsu seorang bomoh selepas dikatakan dipukau lelaki terbabit sebelum dicabul ketika mendapatkan khidmat rawatan tradisional di rumah baru miliknya, di Bintong, di sini, petang semalam.
Ustazah itu bagaimanapun bernasib baik kerana tersedar ketika bomoh berusia 51 tahun itu sedang asyik meraba alat sulitnya, sebelum terus bangkit dan berlari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Selepas mendapati bomoh berkenaan berlalu meninggalkan kediaman terbabit, mangsa kemudian keluar daripada tempat persembunyiannya sebelum terus ke Balai Polis Kangar untuk membuat laporan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan daripada mangsa kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Berdasarkan laporan itu, katanya, polis kemudian menjalankan gerakan mengesan suspek sebelum bomoh berkenaan berjaya ditahan kira-kira sejam kemudian.
Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang selepas mangsa mendapatkan khidmat bomoh berkenaan yang berasal dari Kodiang, Kedah untuk memulihkan masalah kedinginan rumah tangga yang dialami.
cerita asal kat SINI
*Ini muka beruk bukan muka bomoh

BUKAN DILIWAT, CUMA DIPAKSA!!!
Cerita tentang gambar :*tiada kaitan dengan isu dulu dan akan datang...*
Katanya:"Aku dipaksa lantas ini memaksa aku masuk perangkap yang dipasang sendiri..
Lagipun aku mana ada daya upaya, aku hanyalah pejuang yang cari makan dan memboroikan perut sendiri..." kah,kah, kah...ntah apa-apa ntah, tak paham betul...
Rabu, 6 Oktober 2010
KRONI PAS? DAP? PKR? UMNO?
Sapa suruh diam?
Kenalah nyatakan mana yang benar, tegakkan kebenaran walau dimana jua...
Mana yang tak kena, yang membolot hasil negeri, yang mengeyangkan perut kroni dan suku sakat mereka sahaja memang patut didedahkan supaya rakyat arif dan tahu keadaan sebenar, kerana masih ramai yang leka dan tertipu dengan slogan-slogan manis dan putar belit mereka.
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi amaran akan mendedahkan lebih banyak penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pemimpin yang mentadbir negeri sebelum ini terus menerus memfitnah atau memutar belit fakta.
Menurutnya, beliau tidak akan berdiam diri jika Kerajaan Negeri yang diterajuinya kini berdepan dengan fitnah daripada mereka termasuk memutar belit fakta sebenar yang didedahkan pihaknya semata-mata mahu menutup kelemahan pentadbiran sebelum ini.
“Baru-baru ini saya dedahkan mengenai hutang penggunaan bekalan air Kerajaan BN mencecah RM1.7 bilion, namun fakta itu diputar belit pemimpin BN kononnya salah. Sebelum itu, saya juga dedahkan tunggakan saman ekor RM390,000 yang ditinggalkan mereka. Mereka berhutang, kita yang terpaksa bayar,” katanya.
Azizan berkata, penafian atau pembohongan mengenai beberapa perkara berbangkit, khususnya perjanjian air yang dilakukan pemimpin BN terdahulu sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan apabila perkara sebenar cuba diputar belit.
“Jika benar mahukan fakta tepat, saya sedia berikan. RM1.7 bilion hanya hutang terkumpul bekalan air manakala hutang keseluruhan Kerajaan Negeri BN kepada Pusat berjumlah RM2.3 bilion serta RM800 juta pula hutang pelbagai termasuk pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK),” katanya.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan disiarkan semalam berkata, kenyataan Azizan sebelum ini bermotif politik kerana hutang peninggalan BN berjumlah RM1.7 bilion tidak tepat memandangkan ia merupakan pinjaman daripada Kerajaan Pusat kepada Kedah melaksanakan projek pembangunan.
Mahdzir juga dipetik sebagai berkata, tindakan Kerajaan Negeri menaikkan tarif air tiada kaitan dengan penstrukturan semula pengambilalihan aset air Kedah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (Paab), sebaliknya mendakwa boleh memilih untuk tidak menaikkan tarif.
Azizan mempersoalkan siapa yang sebenarnya memutarbelitkan fakta.
“Saya dapat fakta itu daripada Pegawai Kewangan Negeri beserta laporannya. Hutang air dahulu tinggi sebab tindakan pemimpin BN sebelum ini, yang tidak mahu memilih geran yang ditawarkan Pusat tetapi mahu berhutang. Jika mereka pilih geran, mereka tidak perlu bayar semula,” katanya.
Azizan mendakwa, Kerajaan Negeri sebelum ini menolak geran terbabit kerana tidak mahu terikat pada syarat yang ditetapkan, iaitu Kementerian Kewangan akan melantik kontraktor yang terlibat, sebaliknya jika berhutang, tanggungjawab adalah di bawah Kerajaan Negeri dan boleh memilih sendiri kontraktor.
“Saya tahu siapa yang terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air, cuma saya tak mahu dedahkan. Tapi jika mereka kacau lagi, mungkin saya dedahkan. Sebelum ini, mereka swastakan pengurusan air di Kedah manakala kita hanya korporatkan,” katanya.
Menurutnya, dua syarikat terbabit, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd diberi kontrak sehingga 2020 oleh kerajaan BN terdahulu untuk merawat air walaupun pada hakikatnya perjanjian itu merugikan Kerajaan Negeri.
“Saya pelik apabila perjanjian itu merugikan dan apabila disiasat, rupa-rupanya milik kroni BN. Untuk 2009, Kerajaan Negeri terpaksa bayar RM39 juta kepada Taliworks sedangkan kutipan hanya RM14 juta, bermakna kita subsidi RM25 juta,” katanya.
Azizan berkata, pihaknya kini sedang berunding dengan Taliworks untuk mengkaji semula perjanjian sedia ada agar kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.
“Kita juga rugi apabila 43 peratus air yang dirawat syarikat Air Utara Indah hilang sebab kerosakan paip dan sebagainya, sebab itu kita minta Paab ambil alih hingga masalah selesai. Bayaran perlu dibayar penuh walau berlaku pengurangan bekalan air,” katanya.
Perkara lain yang turut menimbulkan keraguan ialah apabila kos pembinaan loji di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.
Mengenai kenaikan tarif air berkuat kuasa 1 Oktober lalu, Azizan berkata, pihaknya tiada pilihan kerana tertakluk kepada Akta Perkhidmatan Air Negara 2006, yang antara lain bersetuju supaya lima negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Melaka mengkorporatkan pengurusan air sebelum diperluaskan ke negeri lain.
“Oleh itu tarif air bukan sahaja naik di Pulau Pinang dan Kedah, semua negeri juga akan naik secara berperingkat,” katanya.

Selasa, 5 Oktober 2010
BOTOL PLASTIK PUN JADILAH!!!
Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.
Nabi menyarankan agar kita melihat pada mereka yang lebih sukar, perit dan susah dalam menempuh ranjau kehidupan.
Bila kita melihat dan bermuhasabah, kita akan menjadi manusia yang lebih bersyukur dan sedaya upaya menjadi hamba yang taat dan patuh pada perintahnya.
Isnin, 4 Oktober 2010
AKSI CEMAS...
Langgan:
Catatan (Atom)