Mula-mula berbeza pendapat dan pandangan,
Masing-masing ada hujjah dan sebab untuk berkata begini begitu.
Berbeza kedudukan turut membezakan pandangan dan pendapat.
soal perbezaan padangan dan cadangan jika tidak ditangani dengan baik bakal menjadi penyakit yang sukar diubati. Pengurusannya kena betul dan segera.
Bertolak ansur dalam perkara yang diperselisihkan dan sentiasa berkerjasama dalam perkara yang telah disepakati perlu menjadi amalan... Moga-moganya begitulah..
Ini berita kat sinar harian :
SHAH ALAM – Kontroversi gerakan menjatuhkan Setiausaha Politik Menteri
Besar Selangor, Faekah Husin yang bermula di laman sosial Twitter
#kamisayangpkr dan #pecatfaekah kini semakin hangat apabila Ahli Majlis
Pimpinan Pusat PKR, Shuhaimi Shafie mahu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar
Ibrahim campur tangan menyelesaikan isu tersebut.
Shuhaimi yang Ketua Penerangan PKR Selangor berkata, visi menjadi
kerajaan kini dipandu dengan gandingan cukup baik antara Pengarah
Jawatankuasa Pilihanraya Pusat, Azmin Ali dan pentadbiran Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai satu
‘gerombolan meriam’ ampuh untuk mara ke Putrajaya.
“Namun, jika dalam perjalanan ini, ada satu dua ‘meriam’ yang dirasakan
sudah uzur oleh kepimpinan, rosak dan hilang kekuatan semangat
kebersamaan, elok sahaja digantikan dengan ‘meriam’ baru supaya matlamat
menakluki Putrajaya tidak tersadai di sempadan.
“Tiba masanya untuk Ketua Umum melihat perkara ini,” katanya dalam satu
kenyataan, semalam. Kempen di laman Twitter itu memaparkan pelbagai
luahan hati pengikut dan rasa tidak puas hati selepas Faekah dikatakan
mempertikaikan keputusan Majlis Pimpinan PKR melantik Azmin sebagai
Pengarah Pilihanraya PKR, selain dakwaan berkuasa terhadap pengeluaran
peruntukan di bawah Geran SelangorKu dan program pembangunan untuk
rakyat Selangor.
Shuhaimi menegaskan semua kepimpinan di dalam organisasi negeri baik
dari kedudukan menteri besar, anggota exco apatah lagi setiausaha
politik hendaklah menghormati pendirian mahupun keputusan kepimpinan
tertinggi parti.
Menurutnya, PKR Selangor memandang serius jikalau benar adanya dakwaan
terdapat individu tertentu mempertikai kepimpinan tertinggi parti secara
terbuka dan tidak akan sekali kali berkompromi kerana jelas ia
melanggar etika parti.
“Dalam keadaan saya menghormati kuasa prerogatif menteri besar untuk
melantik setiausaha politik, pandangan dan keputusan pimpinan parti
jangan sekali kali dipinggirkan kerana Kerajaan Negeri tertubuh atas
penat lelah, jasa dan keringat akar umbi PKR yang berjuang bersama sama
rakyat lain untuk kemenangan rakyat,” katanya.
Menurutnya, perbuatan ‘menyerang’ kepimpinan secara terbuka adalah satu
tindakan amat tidak matang, tidak bijak dan penuh emosi.
“Kritikan membina dan pandangan kritis hendaklah dilahirkan dalam bilik mesyuarat dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.
“Kenyataan Twitter saya yang memohon supaya pihak tertentu yang
mengecam Kerajaan Negeri Selangor di Twitter #kamisayang pkr agar
berhenti adalah sebagai satu langkah yang difikirkan perlu supaya isu
ini dapat ditangani dengan berhemah dan tertutup sambil tidak membuka
ruang kepada kejadian ‘malang’ yang berlaku di Kedah,” katanya.
Shuhaimi turut bersedia menjadi ‘orang tengah’ mengatur pertemuan
semuka untuk mengenal pasti apakah masalah dan saranan akar umbi PKR
bagi memperbaiki lagi perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor
yang mungkin tidak sesempurna pada pandangan mata kepimpinan parti.
“Jika ada kekurangan dan perlukan pembaikan, hatta sehingga perlu
melantik pegawai lain bagi membantu tugasan menteri besar, maka kerajaan
negeri yang tertubuh atas lingkaran parti, mestilah akur dan mengambil
tindakan pembetulan dengan segera.
“Jika benar ada satu dua pegawai parti yang jelas mengkhianati mandat
dan tidak menghayati kehalusan perjuangan parti, tindakan keras wajar
diambil bagi memelihara keutuhan parti,” katanya.
Beliau turut berharap pemimpin PR kini fokus memberikan tumpuan bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila
masa sahaja.
“Kita perlu berjiwa besar dalam mendepani percubaan Umno yang
senantiasa mengambil peluang dengan ‘sedikit perbezaan pendapat’ yang
mungkin wujud di kalangan kita,” katanya.
sumber : SINI