KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.
Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi.
"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.
"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," katanya ketika dihubungi di sini.
Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.
Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.
SUMBER : Berita harian
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 22 Mei 2010
LEMAHKAN LAWAN WALAU APA CARA SEKALIPUN!!!
Jumaat, 21 Mei 2010
TENANGNYA HATI...
Dalam tafsir Al-Manar mengatakan, bahawa beriman kepada Allah S.W.T dan hari akhirat itu asas sumber kebajikan. Oleh itu, keimanan yang sebenar adalah jalan menuju kepada kebajikan dan kebahagiaan yang sebenar. Dengan beriman bukan sahaja bererti segala perbuatan manusia itu mendapat ganjaran dari Allah (s.w.t.) bahkan iman juga mententeramkan jiwa dan menenangkan hati seseorang itu. Ketenangan hati merupakan suatu kebajikan dan kebahagiaan kepada manusia itu sendiri.
Firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-Ra’du 13:28:
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Dengan itu jelaslah kepada kita bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat iman yakni beriman kepada Allah S.W.T, malaikat, kitab, nabi, hari akhirat itu merupakan salah satu jalan dan pokok segala kebajikan. Dengan kata lain keimanan adalah kunci segala amalan baik kepada semua manusia.
Diakhir ayat 177 surah al-Baqarah, Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya:
mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.
Ini bermakna orang yang melakukan dengan apa yang tersebut di atas adalah orang yang benar dalam keimanan kerana mereka melaksanakan iman hati dengan perkataan dan perbuatan. Dengan itu, mereka dikatakan orang-orang yang benar dan bertaqwa yang seterusnya akan mencapai kemenangan dari Allah (s.w.t.).
KISAH 23SX :MALAM JUMAAT
Malam itu malam Jumaat. Ahmad Albab ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai Tujuh orang anak. Tiga daripada mereka masih kecil. Yang bongsu masih lagi menyusu
"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Ahmad Albab pada Soleha Salwani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.
" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"
" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Ahmad Albab, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah memakai songkok hitam bersepuh habuh kelabu, dia mendapatkan Kitab al-quran di atas rak dan sebelum itu meminum seteguk air sejuk bagi menghilangkan haus, maka Ahmad Albab pun bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya..
Mudah-mudahan Allah memelihara aku dari gangguan syaitan yg kena rejam, bisik hati Ahmad Albab...
"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"
" Bang!! o bang...Anak dah tidur" Terkejut Ahmad Albab mendengar suara Soleha Salwani yg mendayu-dayu dihujung telinga, walau dia selalu mendengar suara itu saban hari, tapi malam ini ianya begitu merdu dan seolah suara itu membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
" SODAQALLAHULAZEEM "
Itulah hebatnya ibadah dimalam jumaat...
Rabu, 19 Mei 2010
DR. HARON DIN MENERANGKAN PASAL JUDI SEJAK DULU LAGI!!
Sejak sekolah rendah dan menengah lagi aku dah dengar tentang judi ini haram pada Ummat Islam. Pastu pernah pergi ceramah Dato' Dr Haron Din waktu zaman persekolahan dan isu judi antara yg pernah disentuhnya. Maknanya isu ini bukan sekarang saja diperkatakan, bahkan sejak dari dulu lagi. Cuma kedegilan dan keangkuhan yg menghalang dari kembali ke jalan yg benar lagi lurus.
Baru-baru ni pulak ada yg persoalkan tentang mengapa Dr Haron Diam dlm soal judi?
Adakah mereka yg mempersoalkan hal ini buta mata dan buta hati atau sengaja mencari alasan supaya masyarakat Islam yg gopoh terus menerus memberi persepsi buruk pada tokoh agama ini?
Hakikat yg sebenarnya kalau yg rajin pergi kelas pengajian agama pasti tahu betapa penentangan terhadap judi ini bukan hanya berlaku bila ianya menjadi isu, bahkan merupakan suatu perkara yg disebut2 sepanjang waktu sebagai ingatan dan amaran pada yg masih leka dan lalai...
Soalnya adakah penerangan tentang haramnya segala jenis judi dan penentangan Ulama-ulama nak masuk surat khabar utama dan media seperti TV?
Yg pasti, pasti tidak akan ada dimuka utama akhbar, melainkan ada agenda yg bertujuan nak melaga-lagakan sesama ulama dan adu domba semata2...
Takkan itu pun tak boleh fikir?!!
Ini antara kenyataan yg terbaru :
SHAH ALAM 18 Mei - Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan kelulusan lesen judi oleh pemimpin Umno-BN sebagai suatu keputusan yang amat malang bagi masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.
"Apabila usaha yang dilakukan untuk mengajak ummah kepada nilai murni khususnya penerapan nilai Islam telah berkecai apabila kerajaan dengan rasa tidak bertanggunggjawab meluluskan lesen judi tersebut.
"Perkara sebegini ingin dipandang remeh oleh sebahagian orang, tetapi ianya amat besar kepada umat yang berjiwa besar, menghormati dan menjunjung hukum Allah," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Dr Haron menyifatkan tindakan tersebut merupakan simbol kehancuran nilai kehidupan yang paling asas, iaitu dengan meruntuhkan lambang ketaatan kepada Allah dan dengan sengaja mempamerkan keangkuhan terhadap hukum Allah.
Perlu difahami bahawa keruntuhan akhlak yang sepatutnya menjadi fokus pemerintah di saat gejala sosial dan perlakuan yang menunjukkan rendah moral manusia telah ditambah dengan perkara sebegini tambah beliau.
Tindakan tersebut akan menjadikan kehidupan manusia lebih parah.
"Judi adalah satu amalan yang ditolak oleh semua agama malah oleh seluruh masyarakat manusia yang menghormati nilai keharmonian hidup berumahtangga.
"Walau apa pun alasan, kita tetap tidak boleh lari daripada hukum Allah. Kita perlu memahami membiarkan perkara yang haram tinggal haram dengan memejamkan mata itu berbeza dengan menghalalkan yang haram".
"Menghalalkan perkara yang haram dengan sengaja boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. Seolah-olah manusia itu lebih pandai dari Allah," jelas Dr Haron Din.
Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahaya ketika dihubungi menyifatkan tindakan kelulusan lesen judi tersebut tidak menggambarkan pentadbiran sebuah negara Islam.
"Tindakan tersebut bercanggah dengan hukum syarak. Dalam Al-Quran dan hadis jelas mencatitkan perkara yang jelas haram antara lain adalah judi, arak dan zina," katanya.
Hashim menyeru kepada NGO Islam dan pertubuhan tanpa mengira latar belakang politik dan pendirian untuk bangkit dan membantah kelulusan lesen judi tersebut.
Kata beliau ini jelas mencemarkan nama Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam contoh.
"Jika kita tidak membantah, seolah-olah kita bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan tersebut. Kalau unsur judi yang tersembunyi pun kita bantah, apatah lagi yang diadakan secara terang-terangan dan lesen diberikan secara rasmi" katanya lagi.
Beliau mencadangkan kepada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan kenyataan dan pendirian mereka dalam isu ini.
Beliau turut memohon kepada Majlis Raja-Raja untuk bersidang dan membincangkan perkara ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada kehidupan umat Islam.
"Sebagai penaung kepada orang Melayu dan ketua Islam, Majlis Raja-Raja diharap dapat memberikan pembelaan kepada orang Islam," kata Hashim.
Beliau optimims bahawa pembatalan lesen judi tersebut akan dipersetujui oleh ramai pihak.
"Bahkan ramai orang bukan Islam yang turut menentang cadangan usaha tersebut", katanya lagi.
Sumber : kat sini

Selasa, 18 Mei 2010
LESEN JUDI : PENYOKONG PUN DAPAT SAHAM
Bagi yg kuat ingatan dan bukan yg jenis otak lemah, lembab dan sewel pasti ingat tentang "kaki arak dan judi kuda" yg hangat diperkatakan masa kempen pilihanraya Hulu Selangor tempoh hari. Surat khabar berbahasa melayu dan TV tak berbayar antara wira yg menghangatkan isu tersebut.
Isu judi bola sepak?
Jgn harap!!!
Pakat baca sebahagian kenyataan Dr Asri pasal lesen judi bola sepak ini :
..."Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?
Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.
2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.
Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.
Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.
Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).
Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.
Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.
3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.
Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.
Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.
4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.
Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.
Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.
Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.
5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.
Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.
Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.
6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.
Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?
Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!
Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!
Bacaan lanjut di Malaysiakini.com

Isnin, 17 Mei 2010
HEHE, AKU AKAN KONGSI DENGAN PENUH IKHLAS!!!
Aku tahu apa tujuanmu, walau kita lain spesis, tapi aku tahu keikhlasan dan kekuatan yg ada padamu... Aku juga ikhlas dan prihatin, tapi kalau berminat nak dapatkannya, kenalah bantu aku, kalau tidak, jangan harapla aku nak bagi, walau dihujung nyawa... Ujar Burung besar pada burung kecil itu.
Begitulah adanya...
ANALISA AWAL PILIHANRAYA SIBU: KENAPA BN KALAH?
Pada pilihan raya umum 2008, peratusan mengundi ialah 67 peratus
Manakala Peratusan pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu selepas proses pengundian berakhir pada pukul 5 petang adalah seperti berikut:
Jumlah pengundi berdaftar sebanyak 54,695 (termasuk 2,537 pengundi pos).
Jumlah yang mengundi: 32,742
Peratusan pengundi: 59.86 peratus
Faktor penurunan peratusan pengundi antara punca kekalahan BN pada pilihanraya kecil kali ini.
Dan satu lagi faktor yg perlu diberi perhatian adalah mengenai isu lesen judi bola sepak yg sedang hangat diperkatakan kini.
Ada kemungkinan kemenangan DAP ini berpunca dari kemarahan masyarakat cina yg menentang judi bola sepak yg baru-baru ini dilesenkan kerajaan.
Bagi masyarakat yg bermoral dan sedar tentang bahaya judi dan kesannya pada diri, keluarga dan masyarakat isu ini sangat memberi kesan pada kehidupan harian.
Menolak BN adalah suatu cara supaya BN menilai semula keputusan meluluskan judi bola sepak dalam negara Malaysia.

Ahad, 16 Mei 2010
KEPUTUSAN RASMI : BN TIDAK MENANG
DAP merampas kerusi Parlimen Sibu
Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 398 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

BERITA BETUL DARI SIBU : SIARAN LANSUNG SEKARANG
Memang telah dijangkakan sejak dari awal. Akan ada siaran lansung.
Bukan keputusan rasmi pilihanraya kecil Sibu,
tapi siaran lansung mentor yg berfaedah pada remaja dlm mendidik anak bangsa sayangkan agama menjadi lupakan agama...

Langgan:
Catatan (Atom)