Pengikut

Jumaat, 17 Julai 2009

TAMBANG NAIK : TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT?

Assalamualaikum...

Agak2 ada tak ayat ini akan diguna pakai, "TIDAK MEMBEBANKAN RAKYAT"..
sama-sama pakat fikir n buat kesimpulan sendiri. Anda layak berbuat demikian..



gambar hiasan : Anda dilarang meniru aksi dalam gambar berikut, melainkan terpaksa atau dipaksa...


KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu.

Antaranya:

# Pemberian diskaun 50 peratus untuk orang kurang upaya dan warga tua berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti, manakala 25 peratus bagi bas ekspres.

# Kadar tambang bas ekspres di Sabah dan Sarawak diseragamkan.

# Pengusaha bas ekspres diwajib mematuhi syarat pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam.

# Menghapuskan kategori bas ekspres tanpa hawa dingin.

# Memperluaskan perkhidmatan bas mini di kawasan desa yang diperlukan.

# Mempertingkatkan program latihan bagi membangunkan nilai etika perkhidmatan dan kemahiran pemanduan melalui penubuhan Institut Latihan Pengangkutan Awam Malaysia.

# Mempamerkan jadual tambang dalam setiap kenderaan pengangkutan awam.

# Menyenaraihitamkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut dan yang dipecat kerana melakukan kesalahan melanggar undang-undang.

# Mewujudkan Bank Data Pemandu bagi memudahkan pengusaha membuat semakan rekod pemandu.

# Mengkaji penetapan gaji minimum untuk pemandu.

# Mengkaji pemasangan pengikat kelajuan bas pada had tertentu.

Pada sidang akhbar selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Mohamed Nazri yakin rakyat tidak terkejut dengan kenaikan tambang itu kerana ia sudah diwar-warkan lebih dua bulan lalu.

"Mereka sudah tahu. Pada masa itu, sudah tentu pandangan diberikan dan akhirnya kita umumkan," katanya.

Beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dan berhenti-henti sebanyak 30 peratus juga bukan kenaikan baru, sebaliknya dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa atau surcaj yang diluluskan sebelum ini.

Mohamed Nazri berkata, penentuan kadar tambang itu mengambil kira inisiatif serta subsidi diberikan kerajaan, di samping mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikannya tidak membebankan.

"Kadar tambang baru adalah had kadar maksimum (siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar ditetapkan. Bagi tujuan kemudahan dalam operasi perkhidmatan bas, teksi dan kereta sewa, kadar tambang akan digenapkan kepada nilai RM0.10 terdekat.

Kenaikan itu membabitkan 32,921 teksi, bas sekolah (16,343), kereta sewa (19,128), bas berhenti-henti (9,061), bas ekspres (4,998), bas mini (3,168), teksi lapangan terbang (2,814) dan bas pengantara (195).

Beliau berkata, tambang bas ekspres di seluruh negara bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan, manakala bas sekolah berhawa dingin di Semenanjung dan Sabah dibenar mengenakan tambahan tambang 30 peratus.

Bagi teksi dan kereta sewa di Semenanjung pula, perkhidmatan antara 12 tengah malam dan 6 pagi dikenakan caj tambahan 50 peratus ke atas kadar yang ditetapkan, manakala tambahan RM2 untuk sewaan melalui telefon.

Penumpang teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Tambang Murah juga dikenakan caj tambahan RM12, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (RM7), manakala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang dimansuhkan.

Caj penumpang melebihi dua orang, bagasi yang diletakkan dalam but kenderaan dan tiga kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga dimansuhkan.

Mohamed Nazri berkata, kaliberasi meter teksi mengikut kadar baru itu boleh dilakukan sehingga Disember depan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memberi diskaun pemeriksaan khas dengan bayaran hanya RM10 berbanding RM50 sebelum ini.

Beliau juga meminta pengguna yang ingin membuat aduan terhadap pemandu atau pengusaha pengangkutan awam, melakukannya secara bertulis kepada beliau atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukan melalui telefon bagi memudahkan siasatan.

sumber : www.bharian.com.my

Rabu, 15 Julai 2009

MANEK URAI: DAH TAHU... MUHASABAHLAH!!!

Assalamualaikum...

Semoga perjalanan hidup kita sentiasa dilingkungi rahmat dan di bawah peliharaan-Nya jua. Tasbih dan tahmid hanya untuk khaliq yang Maha Pencipta segala sesuatu. Selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasih-Nya, Al-Amin, para sahabah yang setia bersama baginda serta para duat yang sedang dalam perjalanan ke nokhtah kebenaran bersama bebanan tanggungjawab yang terpikul di bahu-bahu mereka.

Saudaraku,

Marilah kita renung kisah pada zaman sahabah. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sabahat terdekat yang kehausan, lalu diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar pula rintihan sabahat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhir pula sayu melihat keadaan kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.
Demikian manisnya persaudaraan dalam perjuangan yang tidak didasarkan kepada kepentingan diri. Tidak terdiri atas sikap haloba harta dunia dan tidak tertegak dengan kata-kata manis semata-mata. Akan tetapi, itulah persaudaraan yg menguatkan pasak perjuangan yang hakiki.
Hayatilah Persaudaraan ketika berjuang mencari ridha Allah

Saudara dan saudari yang dihormati,

Renungi sejenak firman-Nya yang mulia yang mafhumnya:
"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.". (Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah (persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.Maka perjuangan sentiasa dinaunggi rahmat dari Allah.

Saudara yang disayangi,

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabah, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran.


Lantaran itu,
Kembalilah merengungi hakikat kita hari ini. Persaudaraan yang kita laungkan untuk Allah, yang berdasarkan keimanan yang hanya kepada Allah hakikatnya terlalu jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun, tidak mampu kita realisasikan.

Persaudaraan yang sejati adalah bertitik tolak daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar, semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu dijadikan sebagai iktibar dan tidak harus diulangi. Pohonlah bantuan daripada Allah, moga-moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredai oleh-Nya.

Akhirnya : Dah tahu pun keputusannya, maka kembalilah semua para pencinta perjuangan Islam merapatkan saf, bina semula hubungan sesama para pejuang demi kerana Allah...
sekian, wassalam...

MANEK URAI: PAS MENANG, UMNO KALAH : SPR AKAN BERTINDAK??

KUALA KRAI 14 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang mengkaji semula undang-undang berkempen pada mana-mana pilihan raya akan datang berikutan berlakunya pelanggaran syarat berkempen seperti di Manik Urai.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, arahan tidak mengadakan sebarang kempen pada hari pengundian sepatutnya dipatuhi oleh semua parti politik yang bertanding.

“Ya, saya kecewa apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Manik Urai hari ini apabila parti politik yang bertanding masih lagi meraih dan merayu undi (pada hari pengundian).

“Bukan itu sahaja mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat dan beberapa perkara lain yang tidak elok,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah di pusat penjumlahan undi di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 di sini, malam ini. - Bernama

Selasa, 14 Julai 2009

MANEK URAI : PEMENANGNYA IALAH...



Assalamualaikum...


Ini ada berita tentang Manek Urai...


Peratus yg keluar mengundi adalah melebihi 85%, melebihi sasaran awal SPR. Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan peratusan tinggi yang dicatatkan sehingga tengahari ini memberikan petanda yang positif kepada peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil berkenaan.


Manakala bagi Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.




Apapun jua keputusan yg akan diketahui malam nanti, samada BN kalah atau PAS menang atau sebagainya, yg pasti dan menjadi keyakinan bagi orang yg beriman bahawasanya parti Allah yg akan menang. Samada pendokong parti Allah ini akan mendapat kemenangan di dunia atau akhirat. jika ia menang di dunia, kat Akhirat pun pasti menang..maka ia akan mendapat 2 kemenangan... Apa sahaja yg berlaku Allah maha mengetahui... Sambutlah kemenangan dengan memohon keampunan, kemenangan adalah suatu amanah, kekalahan adalah suatu nikmat untuk terus menerus berusaha mendapat pahala berjuang dan mencari kemenangan, bila dah menang, berusaha mempertahankan maruah kemenangan...


Mereka yg beriman sentiasa yakin dan percaya pada janji Allah, bahawa Parti Allah akan beroleh kemenangan... Bagi para pendokongnya mestilah sentiasa rapatkan saf dan bijak menyusun strategi paling ampuh dan mengukuhkan tahap keyakinan dan tawakal pada Allah.


Allahu Akbar!!!

Allahu Akbar!!!

Allahu Akbar!!!


sekian wassalam

Ahad, 12 Julai 2009

MENCARI KETENANGAN...

Assalamualaikum...
"Sungguh aku melihat air yg bergenan dan terhenti memercikkan bau yg tidak sedap. Andaikan saja iaengalir, air itu akan terlihat bening dan sihat. Sebaliknya jika engkau biarkan air itu menggenang, ia akan membusuk...

Singa hutan dapat menerkam mangsanyya, setelah ia tinggalkan sarangnya, dan anak panah yg tajam tidak akan mengenai sasarannya, jita tidak terlepas dari busurnya...

Andaikata mentari berhenti selamanya di tengah langit, nescaya seluruh umat dari hujung timur akan merasa jemu kepadanya...

Pohon cendana yg masih tercacak di tempatnya tak ubah pohon-pohon untuk kayu bakar...

jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yg baru, dan kau bagaikan emas yg sudah terangkat dari tempatnya...


ada kemuliaan dalam pengembaraan, kerna ada lima manafaat pengembaraan, iaitu menghilangkan kesedihan ,mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa dan dapat bergaul dengan orang ramai dengan pelbagai perangai...

aku?
aku akan pergi merantau, Akan ku raih cita-citakun, atau aku mati di tempat orang. Jika aku mati kepada tuhan aku kembali. Namun jika aku selamat, aku akan kembali ke kampung halamanku..."

#nasihat dari : Mohammad bin Idris bin Al-Abbas bin As-Syafi'i


sekian, wassalam