Memang cari nahas.
Rasanya ramai dah boleh jangka dan sangka.
Sapa yang kena. Pemandu atau artis?
Takpun masa inilah waktu terbaik nak kenakan menteri... hahahaha..
Kalau nasib baik anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang bakal kena saman nanti...
Berani betul dia "mempersoalkan" mana menteri tu dapat duit... Dah nama menteri dari BN, mestilah duit banyak..hahaha ketawa lagi..
Para petugas parti yang jenuh panjat tiang dan segala jenis pokok, pacak bendera waktu kempen hanya dapat air botol dan nasi bungkus je... nasibbb kau la labu... rujuk SINI
Pastu kalau rajin baca lak kat SINI
Mana nak tau dengan dakwaan ini tarikh pilihanraya terpaksa ditangguhkan...hehehe
Begitulah adanya...
Tazkirah : Kekayaan yang Allah kurniakan jika tidak digunakan dengan cara yang betul bakal membinasakan. Sebaliknya jika digunakan pada jalan kebaikan dan mengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran pasti ianya memberi manafaat dunia dan akhirat...
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Khamis, 19 April 2012
Ahad, 15 April 2012
INI BERITA GUMBIRA SEBELUM PILIHANRAYA..
Sebelum ini sering kedengaran "kenaikan tidak membebankan"
"Tiada kenaikan, cuma pelarasan harga" dan kenaikan masih pada aras kemampuan rakyat.
Oleh kerana terlalu hampirnya pilihanraya umum ke-13, maka yang kedengaran : "Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.
Ini menunjukkan betapa caknanya kerajaan pada rakyat hingga tiada sedikit pun hasrat nak naikkan harga minyak setakat ini.
Tak macam pembangkang yang hanya nak mufliskan negara dengan janji nak turunkan harga minyak bila dah menang. Pastu siap nak mansuhkan PTPTN lagi.
Mai pakat baca berita gumbira:
BERA, 15 April (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.
"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.
Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RON 95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.
Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.
Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.
"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.
"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya.
-- BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)