Kelantan dah menang Piala Malaysia.
Pilihanraya Dun Galas belum tahu siapa yang akan jadi pemenang.
Ini pula ingatan Presiden MIC :
SUNGAI SIPUT, 30 Okt — Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mengingatkan Umno — parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) — tidak boleh menang di hampir 70 kerusi Parlimen tanpa sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13.
Sehubungan itu beliau menegaskan, pemangku ketua Umno Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani yang mengatakan partinya tidak memerlukan sokongan bukan Melayu sebagai tindakan tidak sensitif dengan senario politik semasa.
Samy Vellu (gambar) merujuk kepada prestasi BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen pada Mac 2008.
Kata Samy Vellu, pemimpin Umno itu pada hakikatnya tidak harus jadi ahli politik sama sekali.
“Bagaimana dia boleh bercakap yang Umno tidak memerlukan sokongan orang Cina dan India?” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
“Tanpa sokongan orang Cina dan India, BN menang di hampir 70 kerusi,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Siput yang pernah menyebut beliau menang di kerusi itu pada 1990 kerana sokongan pengundi Melayu.
Sebaliknya pemimpin veteran ini yang menerajui MIC sejak tiga dekad lalu juga menegaskan, undi orang India sangat penting dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ucapan pada satu majlis tertutup seperti yang tersiar di You Tube baru-baru ini, Johari didakwa berkata Umno Titiwangsa tidak memerlukan undi kaum Cina dan India jika mendapat 70 peratus pengundi Melayu.
Sebelum ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga meminta pemimpin Umno Titiwangsa itu agar bersara dari politik.
Beberapa pemimpin Umno khususnya dari Wilayah Persekutuan juga melihat pandangan Johari itu boleh menjejaskan sokongan pengundi kaum Cina dan India kepada BN kelak.
Kata mereka ini bermakna di kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu sekitar 20 hingga 30 peratus, BN sukar untuk menang.
Malah kata mereka bukan semua pengundi Melayu mengundi BN atau Umno kerana undi Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu Umno, PAS dan PKR.
Kata Samy Vellu, dalam persekitaran di mana masyarakat India mula kembali kepada BN secara beransur-ansur, jangan memandang rendah keperluan sokongan mereka kepada perikatan tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
“Dia menyebabkan kemudaratan besar ke atas budaya politik baru Perdana Menteri yang mahu menyatukan kesemua kaum bersama BN.
“Kita tidak memerlukan ahli-ahli politik macam ini yang menganggap bahawa BN boleh menang dengan hanya pengundi Melayu,” kata Samy Vellu sambil menambah, beliau terkejut untuk mengetahui pemimpin dalam BN sanggup bercakap demikian.
Titiwangsa, majoritinya pengundi Melayu, salah satu bahagian Parlimen di Wilayah Persekutuan yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dua tahun lalu.
SUMBER : KAT SINI
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 30 Oktober 2010
AKHIR PIALA MALAYSIA : KELANTAN JUARA
Tahniah pasukan Kelantan. 2 KELANTAN -1 N. SEMBILAN.
Akhirnya Pasukan Negeri Sembilan tidak lagi mampu mengekang asakan dan kehebatan pasukan Kelantan.
Kemenangan ini merupakan suatu sejarah buat pasukan Kelantan kerana ini ada kali pertama kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia.
Inilah kemaraan keempat Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia (termasuk Piala Malaya) selepas 1955, 1970 dan tahun lalu yang kesemuanya dihampakan Singapura, Perak dan Negeri Sembilan.
Tahniah sekali lagi buat pasukan Kelantan.
Lepas ini boleh pergi Galas...
PIALA MALAYSIA : KELANTAN KETINGGALAN
Berita terkini 09.23 PM : Negeri Sembilan 1, Kelantan 0.
Kehadiran ribuan penyokong bola sepak menyebabkan jalan sesak menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil dari Plaza Tol Sungai Besi sejak 2.30 petang tadi bagi menyaksikan perlawanan final Piala Malaysia, malam ini.
Jumlah kenderaan yang mendadak itu dijangka berlarutan hingga lewat petang menjelang sepak mula pertembungan antara Negeri Sembilan dengan Kelantan.
Dengan 60,000 tiket sudah habis dijual, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 15,000 lagi untuk dijual di Stadium Nasional bermula jam 9 pagi tadi.

APA KATA PROF... MERANGKAP PENGANALISA POLITIK
Hiburan sopan?
Sopan ikut landasan Islam atau sopan ikut hawa nafsu?
Sapa nak pantau? Cukup ka penguatkuasa hiburan sopan?
Yang dah ada ni pun tak terdaya nak serbu. Serbu hari ni, esok buka macam biasa. Walau dah tertangkap puluhan pelacur kat tempat yang sama.
Atau kena tegur secara sirr juga?
Mari pakat baca apa kata prof ini. Betul atau tak betul pakat fikir sendiri :
SHAH ALAM - Pelaksanaan hab hiburan harus menekankan aspek hiburan yang sopan dan bersih serta tidak menyelitkan hiburan berat melibatkan minuman keras, maksiat dan pergaulan bebas.
Penganalisis Politik, Prof Nizamuddin Sulaiman berkata, terdapat pelbagai aktiviti yang dikaitkan dengan hiburan dan ia tidak semestinya hanya tertumpu pada satu bentuk sahaja.
Menurutnya, di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) terdapat pelbagai program dan salah satunya menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan yang menarik di Asia.
“Kebanyakan yang datang ke Malaysia terutama dari Barat bukan untuk ke pusat hiburan sebaliknya mereka lebih berminat untuk mencuba hiburan yang menjurus kepada sukan dan rekreasi.
“Sebaliknya, mereka yang berada di Asia Tenggara ini lebih cenderung datang ke Malaysia untuk mengunjungi pusat hiburan di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Beliau berkata, Malaysia wajar dijadikan pusat hiburan terkenal di Asia Tenggara asalkan tidak keterlaluan dan memberikan kesan yang tidak baik terhadap perkembangan masyarakat.
“Banyak aspek hiburan yang boleh dimajukan seperti membuka taman tema seperti di Genting Highlands, dan yang lebih berbentuk santai yang boleh dikunjungi oleh mereka yang telah berkeluarga.
“Kita mahukan hiburan yang bersih dari unsur-unsur yang boleh menjejaskan nilai moral masyarakat,” katanya.
sumber : sinarharian
Peristiwa Tsunami banyak memberi pengajaran dan peringatan bagi yang mahu mengambil iktibar.

LIM GUAN ENG DAH MULA BERKEMPEN
GUA MUSANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang pertama kali hadir membantu jentera Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kelmarin memperjelaskan beberapa isu berkaitan beliau dan Kerajaan Pulau Pinang, termasuk isu khutbah Jumaat dan pemberian wang judi.
Beliau berkata, UMNO telah mengelirukan rakyat dalam isu-isu tersebut yang disifatkannya sebagai mainan politik pihak lawan untuk menjatuhkan beliau dan DAP di Pulau Pinang.
Menurutnya, judi menjadi perkara utama membawa kehancuran kepada rakyat. Judi bukanlah amalan rakyat berbilang kaum di Malaysia, sekalipun di antara mereka yang bukan Islam.
“Oleh itu, setelah Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan judi, mereka sudah tiada isu lagi untuk mengatakan bahawa tindakan kerajaan adalah untuk menjaga sensitiviti kaum lain.
“Ini kerana Lim Guan Eng itu orang Cina dan Kerajaan Negeri haramkan judi,” katanya pada ceramah perdana di Kampung Sungai Terah, dekat sini semalam, semalam.
Dalam isu khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang Dipertuan Agung dengan nama beliau, Guan Eng menjelaskan khatib tersebut hanya mendoakan beliau supaya memeluk Islam.
“Saya tidak berani ganti Agung. Siapa berani ganti Agung?,” katanya.
Beliau turut meminta seluruh pengundi di DUN Galas supaya bijak memilih pemimpin agar tidak tertipu.
SUMBER : SINAR HARIAN

Jumaat, 29 Oktober 2010
MEREBUT RUANG DAN PELUANG...
Khamis, 28 Oktober 2010
SAH : INI BUKAN KAKI KIPAS TAPI SUKA KIPAS..
Memang dia suka kipas.
Tidak syak lagi.
Aksinya ini berkemungkinan nak memastikan angin kipas lebih tepat mengenai sasaran.
Supaya lebih terarah dan tidak melilau-lilau.
Jangan sampai angin kipas menjadi ribut yang kurang menyenangkan.
Biarlah angin itu bagaikan sepoi-sepoi bahasa...Enak lagi lunak gitu...
Dia memang sayang kipas.
"Anda buat anda dapat"...begitulah ungkapan penceramah wanita yg bergelar datuk.
KES LIWAT ANWAR IBRAHIM : TANGGUH LAGI?
....
9.05am: Ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar masuk ke mahkamah dan duduk di galeri awam.
Masih terdapat banyak ruang kosong di mahkamah hari ini. Hanya terdapat kira-kira 40 orang. Kebanyakan wartawan asing dan penyokong Anwar yang biasanya hadir tidak kelihatan.
9.23am: Semua pihak yang terlibat keluar dari kamar hakim Zabidin.
9.26am: Mahkamah bersambung.
9.27am: Karpal terus mengasak Dr Razali mengenai keberatannya untuk merujuk kepada nota perubatan.
9.31am: Mahkamah sekali lagi berehat apabila Karpal berkeras mengasak saksi bertubi-tubi mengenai perkara berkenaan.
Karpal membantah apabila pihak pendakawaan menuntut beliau supaya berhenti berbuat demikian. Sankara Nair, seorang lagi peguam bela bangkit dan bertanya mengapa pihak pendakwaan cuba mengahlang peguam menyoal Dr Razali.
Karpal berkata beliau percaya apa yang Dr Razali tuturkan di mahkamah adalah berlainan dengan apa yang tercatit dalam nota klinikal.
Hakim Zabidin meminta semua pihak terlibat sekali lagi ke kamarnya untuk berbincang - ini kali kedua pagi ini, mereka berbuat demikian.
9.55am: Semua pihak kembali ke mahkamah.
10.02am: Hakim Zabidin memasuki mahkamah. Perbicaraan disambung semula.
10.10am: Karpal bertanyakan mengenai laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008. Beliau ingin tahu sama ada terdapat laporan yang dikemukakan oleh dua ahli kimia.
Dr Razali semalam memberi keterangan bahawa hanya terdapat satu laporan kimia.
10.20am: Dr Razali mengakui terdapat kesilapan dalam laporan terakhir berhubung wujudnya tiga laporan ahli kimia.
Satu daripada laporan kimia itu, PJ F atau 6334/08-2, tidak dinyatakan dalam laporan itu.
Menurut Karpal, that PJ F atau 6334/08-1 tidak diberikan kepada pihak pembelaan meskipun ia ditimbulkan dalam laporan terakhir itu.
10.25am: Mahkamah dihentikan seketika lagi - ini kali ketiga pagi ini. Kali ini bagi membolehkan pegawai mahkamah untuk menyemak laporan ahli kimia.
Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof berkata pihak pendakwaan tidak bercadang untuk menenderkan laporan kimia 01, dan atas alasan itu ia tidak dibekalkan kepada pihak pembelaan.
10.52am: Perbicaraan masih belum diteruskan. Peguam Karpal dan Sankara sedang berbincang dengan Anwar di luar mahkamah.
sumber : malaysiakini
HANTU MENYAMAR...?
KES 1 :
*Manakah hantu yang sebenar?
Memang payah nak kesan...
Siap boleh isi minyak sampai melimpah...
Tak boleh tahan panas...
kadang-kadang sampai boleh masuk masjid...
KES 2 :
*Mendidik anak supaya kenal Allah dan Rasulnya... Supaya sentiasa memelihara amanah
KES 3 :
Kat sini

Rabu, 27 Oktober 2010
OH BEGITU!!! PATUT LA SENYAP...
"Sekiranya orang alim pakat diam, membiarkan umat manusia kekal dalam kejahilan sampai bila kebenaran nak tertegak... lebih kurang gitulah kata-kata Imam Ahmad.
Baik diam dari berdebat - Mufti
MELAKA 26 Okt. - Mendiamkan diri lebih baik daripada memperdebatkan sesuatu isu semasa yang bukan berkaitan dan akhirnya boleh mengelirukan masyarakat.
Begitulah reaksi Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md. Salleh ketika diminta memberi reaksi kenyataan wakil Perak, Datuk Rosli Husin pada Perhimpunan Agung UMNO, kelmarin.
Menurut beliau, sesetengah mufti lebih selesa mendiamkan diri daripada 'sibuk' memberi ulasan atau memperdebatkan pelbagai soal isu semasa.
"Jika isu semasa yang dipersoalkan berkaitan dengan agama, saya sendiri lebih gemar merujuk perkara itu dengan Majlis Fatwa terlebih dahulu sebelum membincangkan perkara ini kepada umum," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Ketika membentangkan usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO kelmarin, Rosli meminta institusi agama bijak menangani isu berkaitan agama terutama yang ditimbulkan parti pembangkang agar mereka tidak dilihat seperti dilanda 'sindrom bisu.'
Perkara itu turut diulas oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang menyatakan bahawa sikap membisu kebanyakan ulama di negara ini adalah disebabkan mereka tidak mahu terlibat dalam mana-mana parti politik.
Rosli bimbang, jika isu-isu yang dibangkitkan itu tidak segera diperjelaskan kepada rakyat, ia boleh menimbulkan perpecahan umat serta persepsi negatif terhadap Islam.
Dalam hubungan ini, katanya lagi, Majlis Agama Islam di negeri-negeri perlu agresif dan senada ketika memberi penjelasan berkaitan soal hukum dan fatwa agar difahami umum.
Selain itu menurut Rashid Redza, beliau berpendapat golongan mufti bukan sengaja mahu dilihat bersikap membisu tetapi hakikatnya mereka lebih selesa merujuk atau membincangkan isu semasa berkaitan agama dengan pihak berkuasa yang sewajarnya.
"Jika mufti di satu-satu negeri beri pandangan sendiri, setiap negeri berlainan peraturannya, ia tidak sama.
"Kalau mufti beri pandangan berbeza mengikut negeri, kita bimbang ia akan mengelirukan masyarakat," katanya.
Menurut beliau, bagi mengelakkan keadaan itu berlaku, sesetengah mufti membuat keputusan untuk tidak membincangkan isu yang berkaitan secara umum selain merujuk perkara berkenaan dengan Majlis Fatwa.
sumber kat SINI
*Gambar hiasan

Selasa, 26 Oktober 2010
Hub hiburan: Sengaja @ Tidak sengaja?
Jangan ada yang nak jatuhkan hukum, nak mengata atau mengeji...
Siasat dulu...
Selidik dulu...
Biar jelas samada ianya secara "sengaja atau kurang sengaja" ?
Yang paling afdal tubuhkan majlis "pomen" supaya dapat siasat dan memberi padangan dengan berhikmah dan lebih menepati kaedah menasihati tokey bus dan pemandu bus.. ujar beberapa orang penumpang sebuah bus ditepi jalan yang sedang mengalami kerosakan.
Betul ka macam tu?
cerita diatas tiada kena mengena dengan cerita kat bawah :
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
NONEIni akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.
azlanSatu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Kriteria berkenaan adalah:
* Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
* Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
* Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.
Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.
NONEUntuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
bukit bintang prostitutes 291005 bukit bintangLangkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
NONEMenerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

KISAH CINTA TANPA RESTU? @....?
Kisah ini banyak pengajaran dan iktibar sebenarnya pada kita semua.
Hubung kait pasal cinta, pengorbanan dan redha...
Bagi yang bakal berumahtangga, yang telah berumah tangga, dan yang telah mempunyai anak-anak.
Semaikan benih-benih iman dan takwa pada jiwa-jiwa mereka. Biar jelas arah tujunya, biar ia tahu betapa dunia ini hanyalah sementara dan penuh dengan godaan dan cobaan..
Barangkali juga ada hubung kait dengan banggunan 100 tingkat yang bakal dibina, samada secara lansung atau tidak lansung...entahlah...
KUALA LUMPUR, 25 Okt — “Mak, saya minta maaf banyak-banyak, dari hujung rambut hingga hujung kaki,” kata Siti Faezah Abu Bakar, 27, ketika menerpa dan memeluk ibunya yang pertama kali ditatapnya setelah enam tahun mereka berpisah.
Suasana sedih bercampur gembira itu turut disaksikan oleh suami Siti Faezah, Hazmain Abdul Jalil, 28, dan anak mereka Siti Nur Rafidah yang berusia 1 tahun 5 bulan di pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di sini hari ini.
Cerita Siti Faezah, suami dan anaknya yang tinggal di bawah jambatan Lebuh Raya Timur Barat (Metramac) sejak enam bulan lalu kerana kedaifan telah menjadi titik tolak kepada pertemuan Siti Faezah dengan ibunya Rohani Abdullah, 52.
Kisah tiga beranak ini yang disiarkan di dalam berita oleh sebuah stesen televisyen Jumaat malam lalu telah memeranjatkan ibunya yang seakan-akan mengenali wajah wanita yang disiarkan itu.
“Saya terkejut dan sama sekali tidak menyangka orang yang dimaksudkan dalam berita itu adalah anak saya yang sudah lama menghilangkan diri.
“Setelah mengamati wajah wanita dalam berita itu, saya menyedari dia adalah anak saya Siti Faezah. Saya lalu memaklumkan kepada anak lelaki saya (abang kepada Siti Faezah).
“Memang saya harap sangat Siti Faezah menelefon saya sebelum ini. Saya rindu sangat kerana dia sudah lama menghilang. Tiap hari mengharap, inilah yang akhirnya terjadi.
“Bila saya lihat dalam televisyen, tak sangka langsung dia jadi macam tu, “ kata Siti Rohani yang di bawa ke sini dari Segamat, Johor.
Beliau memberitahu anaknya melarikan diri kerana percintaannya dengan Hazmain tidak direstui.
Katanya mereka menghubungi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno setelah membaca berita mengenai Siti Faezah dan keluarganya di dalam akhbar pada pagi Sabtu.
“Semalam saya berhubung secara peribadi dengan Puan Siti Rohani dan memaklumkannya tentang usaha kami mahu mempertemukannya dengan anaknya.
“Beliau amat berterima kasih atas usaha kami kerana dapat membela nasib anaknya,” kata pengerusi biro aduan berkenaan, Datuk Muhd Khairun Aseh.
Beliau berkata pihaknya juga menghantar Siti Nur Rafidah untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit paru-paru yang kronik kerana jangkitan kuman.
“Bayi ini sebenarnya tidak pernah menerima imunisasi dan apa juga ubat-ubat yang sepatutnya. Keadaan kesihatannya agak kronik dan memerlukannya pemeriksaan lanjut,” kata Muhd Khairun.
Siti Faezah, suami dan mereka kemudiannya mengikuti Siti Rohani untuk pulang ke Segamat. — Bernama

Isnin, 25 Oktober 2010
BERITA PELIK :BETUL KA MACAM TU?
Nak percaya pun tak tergamak. Macam cerita rekaan je...
Apatah lagi ianya bukan diperintah pembangkang yang tak pandai nak membangunkan negeri dan tak pandai mewujudkan peluang perkerjaan.
"Kalau nak negeri mundur, undilah pembangkang" ujar beberapa pemimpin yang memang terkenal di dalam negara.
Tak nak percaya pun yang cakapnya ustaz...Ada master lagi..
Apa pun nak percaya atau tak nak percaya tu terpulang la pada pembaca sekelian.
Ada akal, fikir, dan buat penilaian sendiri... tak paham tanya yang lebih paham.
Benar atau fitnah? malu atau tak tau malu?
Apa pun mai kita pakat baca cerita ni :
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.
"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.
"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.
“Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.
"Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.
"InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010," katanya.
Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.
Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.
"Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.
"Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan," katanya.
Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.
Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.
Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam yang lalu.
"Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.
"Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin," katanya.
sumber asal kat SINI
Ahad, 24 Oktober 2010
WANG HARAM?
Bukan setakat pemimpin UMNO di Pulau Pinang je, pemimpin-pemimpin kerajaan atau pembangkang kena tahu, begitu juga bakal-bakal pemimpin pun kena tahu, supaya setiap tindakan itu berasaskan kebenaran dan bukanlah hawa nafsu.
Supaya tidaklah nanti dilihat tak cerdik atau kurang cerdik...
Baca bagi habis :
BERMULA daripada isu sumbangan kerajaan Pulau Pinang kepada beberapa penerima, kelihatan timbul kekeliruan dan keserabutan dalam memahami letak duduk isu wang haram dan sumbangannya kepada pembangunan awam serta fakir dan miskin.
Walaupun isu itu sudah padam dan tenggelam, masih ada kekeliruan belum terjawab, akibatnya mungkin ada yang berkata: “Jika harus diberikan wang haram itu kepada fakir miskin, bolehlah kita teruskan aktiviti haram itu kerana hasilnya masih boleh dimanfaatkan.
“Kerana hukumnya harus, mana-mana kerajaan pun yang naik selepas ini masih boleh membiarkan aktiviti haram.
“Oo... bolehlah kita beri lagi banyak lesen kepada pusat judi, pelacuran dan riba, sebab untung mereka lebih besar dan kemudian kita boleh ambil manfaat daripada harta mereka untuk membiayai fakir miskin dan pembangunan negara.” Itu mungkin persoalan yang terdetik dalam diri pembaca apabila melihat situasi yang berlaku dan jika itulah kefahaman selepas membaca hujah ulama mazhab yang silam dan kontemporari, mereka sebenarnya sungguh terkeliru.
Yang sangat perlu difahami adalah, konteks sebenar yang disebut ulama mesti difahami dengan tepat. Mereka semua memberikan fatwa itu ketika mengulas ‘ke manakah perlu disalurkan hasil harta-harta haram yang berada di dalam pemilikan individu’. Konteksnya adalah, jika seseorang itu memperoleh wang haram sama ada daripada hasil judi, perniagaan haram, pelaburan haram dan kini ingin bertaubat, ke manakah ia patut disalurkan.
Adakah ia perlu dilupuskan atau dibakar dan dibuang debunya ke dalam sungai atau lautan? Ulama hampir sepakat mengatakan melupuskannya seperti cara di atas, tanpa memberi manfaat kepada sesiapa pun adalah bercanggah dengan pelbagai dalil, Maqasid Syariah dan logik akal. Ini kerana dosa perolehan harta haram itu bersifat hukmi dan bukan ‘aini (jisim).
Berbeza jika sekiranya barang dimiliki itu adalah haram pada ‘ain’ dan zatnya seperti sebotol berisi arak, semangkuk sup daging babi, sepotong daging kambing tidak sembelih untuk makan tengah hari dan yang sepertinya. Ketika itu, baru hukumnya wajib melupuskannya dengan cara buang serta diharamkan untuk diberi kepada sesiapa juga, termasuk menjualnya, menjadikan bahan perhiasan, walaupun kepada orang bukan Islam.
Haram Secara Hukmi
Manakala harta haram secara hukmi (menurut hukum kerana caranya bercanggah dengan syariah seperti judi, rasuah, rompak, riba dan lain-lain) yang dimiliki individu adalah haram digunakan untuk dirinya dan keluarganya.
Cara melupuskannya adalah dengan menyalurkannya sama ada kepada Baitul Mal, pusat zakat atau terus kepada fakir dan miskin. Itulah konteksnya.
Setiap hasil cukai dan pendapatan daripada hasil yang haram, pemerintah yang bertanggungjawab mesti menyalurkannya kepada fakir, miskin dan kemaslahatan awam menurut nilai jumlah pendapatan itu. Ini kerana harta haram itu, jika terus dibiar berada dalam pemilikan individu, bakal merosak keberkatan kehidupannya dan rezekinya.
Di peringkat Negara, membiarkan negara bergantung kepada hasil haram tanpa justifikasi betul daripada sudut hukum syariah akan menjerumuskan pemimpin ke dalam kehinaan, dosa dan balasan azab di akhirat.
Justifikasi dimaksudkan di atas adalah, sesebuah kerajaan pimpinan Islam dibenar meluluskan sesuatu yang diterima agama lain dengan syarat ia khusus untuk penduduk setempat itu dan tidak membabitkan penduduk beragama Islam.
Pada masa sama kerajaan dibenar mengutip cukai hasil pemberian lesen itu.
Contohnya, dalam sesetengah agama, arak dibenarkan, justeru pemerintah Islam menghormati kebenaran itu, justeru ulama menyatakan keharusan bagi kerajaan meluluskan pembukaan kedai arak khusus untuk penganut agama terbabit saja. Itulah namanya siasah syariyyah. Demikian statusnya dengan babi dan makanan tidak sembelih, disebabkan agama mereka membenarkan, kerajaan Islam mesti membenarkan pembukaan kedai jual babi, penternakan babi dan gerai menjual makanan tidak sembelih setelah dipohon penganut agama yang membenarkan tetapi secara terhad dan berhati-hati. Pada masa sama juga, kerajaan boleh mengenakan cukai biasa daripada lesen dan perniagaan itu.
Yang Dipersetujui Haram
Namun begitu, perlu diingat tiada agama mengharuskan pelacuran, pengurusan kewangan riba dan perjudian. Sebarang kebenaran bagi pembukaan premis sebegitu dan pengambilan cukai daripadanya adalah haram. Apabila ia masuk ke dalam pendapatan negara, keberkatan dalam negara akan hilang, tatkala itu ia memerlukan proses pembersihan. Menurut perspektif Islam, jika tidak dibersihkan, bebanan hukuman haram itu akan ditanggung pemerintah terbabit. Justeru, dalam keadaan itu dosa terlekat di bahu pemerintah jika dia Muslim.
Oleh itu, persoalannya bagaimana pula untuk menguruskan wang berkenaan.
Wang daripada sumber haram boleh berganda haramnya jika tidak disalurkan dengan betul.
Saluran terbaik menurut dalil dan perbincangan ulama adalah kemaslahatan umum, fakir dan miskin. Golongan ini sentiasa diharuskan oleh Islam untuk menerima wang daripada sebarang hasil atas kapasiti mereka selaku fakir, miskin dan sangat memerlukan.
Justeru, mereka adalah penerima harta sumbangan kerajaan dan individu secara yang sah daripada sudut pandangan Islam. Tiada syubahah untuk mereka menerimanya dan tidak lagi haram. Sebarang momokan mengatakannya syubahah dan haram adalah kegagalan dalam memahami dalil dan fatwa mazhab yang empat.
Menerusi penerangan itu mungkin ada pula yang akan bertanya, jadi adakah digalakkan industri serta perniagaan yang jelas haram ini.
Tidak sama sekali! Jika difahami sebegitu, pembaca terbabit silap memahami konteks.
Fatwa keharusan untuk disalurkan kepada tiga kumpulan tadi bukan satu galakan, sokongan atau sengaja membiarkan pimpinan meluluskan premis jualan arak, perjudian, pelacuran, riba dan sebagainya.
Pimpinan itu tetap berdosa meluluskan sesuatu aktiviti tetapi fatwa keharusan itu adalah satu pemberitahuan kaedah pelupusan sumber wang haram yang diperoleh oleh individu dan kerajaan bagi melepaskan bebanan haram yang ditanggung oleh negara dan individu.
Kesimpulan
Dalam isu ini, jika terjadi pada peringkat individu, ahli keluarga yang lain wajib menegur. Manakala di peringkat kerajaan, sebagaimana diajar nabi, wajib pula bagi ahli kepemimpinan lain atau penyokong mereka menegur. Jika teguran tidak dilakukan, dosa terbabit dikongsi bersama oleh pimpinan lain dan penyokong, berdasarkan banyak dalil, antaranya hadis nabi.
Riwayat Muslim dan Ibn Majah menjelaskan bahawa: “Barang siapa menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya hinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” Mungkin selepas ini ada yang bertanya: “Ustaz sebelum ini sibuk mengajak orang makan makanan dan harta halal tapi kali ini, adakah ustaz ingin kumpulan fakir miskin memakan wang syubahah dan haram?” Sebenarnya ini satu kekeliruan kerana saya sentiasa bersama kempen menjauhkan umat Islam daripada syubahah dan haram sama ada daripada judi, riba, penipuan, rasuah dan sepertinya.
Namun individu yang berkata di atas bercakap dan memahami dalam konteks yang salah.
Ini kerana kita menyentuh soal cara pelupusan wang haram yang bertujuan membersihkan pemilikan harta haram sama ada individu atau kerajaan.
Ia bertujuan untuk membawa berkat dan tanda taubat mereka.
Untuk melakukan taubat itu, wang haram dan syubahah yang dimiliki perlu disalurkan atau dipulangkan kepada mangsa (jika ia dicuri darinya). Namun jika tidak diketahui pemilik asal, penerima yang dibenarkan hanyalah maslahat awam, fakir dan miskin.
Bagaimana untuk bertaubat jika kemaslahatan awam, fakir dan miskin juga tidak boleh menerima wang tersebut.
Adakah ingin dilemparkan ke dalam lautan atau dibakar.
Itu sebuah pembaziran yang tidak perlu sebagaimana telah diterangkan di atas dan semua keterangan ini adalah berdasarkan pandangan ulama mazhab kontemporari selain mengajak kepada tatacara urusan wang secara halal dan tepat, yakni menjauhi syubahah dan haram.
Ditegaskan sekali lagi, harta tadi tidak sama sekali menjadi haram dan syubahah ke atas penerima sama ada yang termasuk dalam golongan maslahat awam, fakir dan miskin. Harapnya, persoalan ini mampu difahami dengan baik oleh semua pembaca
Oleh : Ust. Zaharuddin

BEGINIKAH CARA TEGUR PEMIMPIN?
Umum pastinya tahu serba sedikit kisah dari Al-quran tentang bagaimana Para Nabi dan Rasul berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran ketika berhadapan dengan pemimpin dan rakyat pada zaman tersebut.
Feel dan perangai pemimpin dan para pendokong setia para pemimpin pada ketika itu sentiasa membawa hujjah betapa segala ajaran baru yang bertentangan dengan ajaran Nenek moyang perlulah ditentang, dilawan hingga keringat akhir dan dianggap pemecah belah perpaduan sesama mereka.
Itu dulu....
hari ni terbaca lak cerita pasal adab menegur pemimpin,
baca bagi habis ye..tak paham boleh tanya si penulis asal :
Petikan Kitab Jawi Mengenai Adab Menegur Pemimpin
(Kitab ini dibaca dan diijazahkan kepada semua pelajar pondok Ontah Dimano oleh Tok Guru Tahful Hari. Baca dengan hati-hati sebab tiada titik dan koma.)
bermula ini adalah satu kitab pada menyatakan akan adab menegur akan pemimpin ada pun pemimpin itu orang mulia-mulia jua maka menegur mereka itu tidaklah harus dengan sebarangan jika adalah salah sekali pun mereka itu bahkan jika adalah salah mereka itu besar sekali pun maka sayugialah ditegur mereka itu dengan seelok-eloknya
bayugia diingat bahawa menegur akan pemimpin itu hendaklah dengan caranya dan adabnya maka ada pun adabnya dan caranya itu banyak sekali setengah daripadanya ialah hendaklah dimulakan akan tegur akan pemimpin itu dengan puji-pujian jua
maka misal puji-pujian itu banyak sekali seperti katanya perkara yang dilakukan ini tidak salah juga pada pandangan hamba cuma adalah ia tidak betul sahaja atau pun dikatanya begini tidak mengapa buat salah ini jika buat salah ini adalah sekali-sekali sahaja atau tidak salah buat salah begini jika adalah buat itu untuk satu malaysia jua
maka qiaslah akan lafaz puji-pujian untuk pemimpin itu mengikut kadar upaya kita jua dan sayugia hendaklah diingat puji-pujian itu hendaklah setara ia dengan makam pemimpin itu pula jika besar dia maka tinggilah pujinya dan jika kecil dia maka patut padanlah dengan kecilnya itu
begitu juga jika pemimpin itu berada ia di tengah-tengah orang banyak maka pujiannya juga hendaklah banyak dan jika tiada ia ditengah orang banyak maka cukuplah sekadarnya sahaja dan jika dibanyakkan akan puji-pujian pun adalah baik jua
maka ada pun jika mengherdik dia akan pemimpinnya itu maka salahlah dia kerana pemimpin itu sama sekali tidak layak diherdiknya seperti mengherdik dia akan kerbau yang dipeliharanya
dan lagi puji-pujian itu seperti katanya perkara ini tidak mengapa tidak berdosa kalau dibuat kerana satu malaysia atau seumpamanya
Maka jika tidak memulai ia akan dia dengan puji-pujian maka jadilah tegur itu tidak beradab dan berdosalah dia jika tidak beradab dia dengan pemimpinnya lebih-lebih pula jika pemimpinnya itu adalah wanita pertama pula
ada pun sebab mengapa isteri pemimpin itu tidak boleh diherdik dia akannya adalah kerana dia bukanlah seperti isteri-isteri orang lainnya misalnya isteri fak fandir atau isteri si luncai
maka ada pun jika menegur kita akan isteri siluncai atau isteri fak fandir maka tidak memulai kita dengan memuji-mujinya itu tidaklah bersalah jua kerana Si Luncai dan Pak Pandir itu bukanlah layak keduanya untuk dipuja-puji akan keduanya
(Edisi berikut adalah kitab jawi yang telah dimodenkan dengan titik dan koma).
Maka jika isteri selain keduanya, seperti isteri PM misalnya, atau isteri TPM atau mana-mana isteri atau isteri-isteri mana-mana satu daripada mereka, maka menegur mereka itu hendaklah dimulai dengan puji-pujian jua, tidak boleh dengan selainnya.
Dan lagi adab menegur akan pemimpin itu, hendaklah memegang ia akan tangannya sama ada kiri atau kanannya. Dan sayugia dengan tangan kanan kerana kanan itu mulia jua. Ada pun tujuan memegang akan tangan pemimpin itu hanya sanya untuk melahirkan kemesraan jua, bukan kerana selainnya.
Setelah dipegang elok-elok akan tangannya, maka berbisiklah pula di telinganya. Seelok-eloknya telinga kanan sebab kanan itu lebih mulia juga. Ada pun jika telinga kanannya pekak maka tidak mengapa berbisik ia di telinga kirinya.
Ada pun tangannya, jika ia tidak ada tangan kanannya, seperti putus ia, atau lumpuh ia, atau apa jua kerana yang dikeranakan ia akan tangannya, maka bolehlah dipegang tangan kirinya. Jika tiada tangan kiri jua, maka bolehlah dia memegang dimana-mana sahaja kecuali tempat yang geli ia akannya jika dipegangnya.
Ada pun berbisik jua ada adabnya. Janganlah berbisik itu sampai terhambur akan air liurnya kerana sayugia diingat bahawa telinga yang dibisikkan itu adalah telinga pemimpin bukan telinga siapa-siapa. Adalah tidak elok jika terkena air liur orang berbisik itu akan telinga pemimpin.
Maka ada larangan air liur terkena telinga pemimpin itu adalah kerana mulianya pemimpin itu jua.
Maka jika dipegang tangannya dan dibisikkan ke telinganya, maka tidak mengikut pemimpin itu akan teguran itu, maka memeluknya para pujangga lama berselisih pendapat mengenainya. Pendapat taifah Satu Malaysia katanya, adalah boleh peluknya kerana untuk tujuan menasihati juga. Bahkan jika peluknya itu kuat sekali pun…
… Kalau ada orang rajin boleh sambung. Lepas ini kita hantar cetak dan kita hadiahkan kepada Ketua Ulama Muda Umno untuk jadi rujukannya. Demikianlah adanya…
Posted by Zolkharnain Abidin
BOLEH BACA KAT SINI

Langgan:
Catatan (Atom)