Pengikut

Jumaat, 22 Oktober 2010

SELEPAS PILIHANRAYA : MUNASABAH DAN TIDAK MEMBEBANKAN.

Bila ada berita tentang kenaikan atau akan naik, pasti tak dapat tidak akan ada perkataan "Munasabah" dan "tidak membebankan"
Dah jadi macam kentut dengan taik kata Abang Mat sabu...

Ceritanya pasal tol... hampa pakat baca kat sini

SEBARANG kenaikan tol di lebuh raya kendalian PLUS Express-ways Bhd selepas tempoh lima tahun tanpa kenaikan seperti dijanjikan kerajaan akan dibuat pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, perkara itu bagaimanapun belum diputuskan dan hanya akan diteliti selepas tamat tempoh lima tahun tanpa kenaikan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2011 minggu lalu.
Click Here
“Selepas lima tahun nanti, kita akan lihat macam mana, tetapi jika (kadar tol) naik sekali pun ia adalah pada kadar munasabah dan tidak membebankan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan bertajuk “Rancangan Malaysia Ke-10, 2011-2015: Program, Perancangan dan Impak kepada Ekonomi, Negara dan Pertaliannya kepada Rakyat Malaysia” pada majlis jamuan tengah hari anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di Kuala Lumpur, semalam.

BELIT, PEMBELIT DAN MANGSANYA...


Selalu sangat belit,
Bila pembelit pun kena belit...
memang sama-sama suka belit...

Khamis, 21 Oktober 2010

GAMBAR -GAMBAR CALON GALAS?

Malam ni kalau tidak ada aral melintang, akan diumumkan siapakah calon PAS bagi pilihanraya DUN GALAS. Samada Dr Zulkefli Mohamad atau ketua perhubungan Orang Asli DUN Galas, Pandak Panjang Ey.

Salah seorang daripada mereka disebut-sebut akan dipilih sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

UMNO masih belun mahu umum calonnya.

Apa yang pasti... gambar kat bawah ini bukanlah calon-calonnya.




cerita berkaitan calon : kat sini

BILA KAKI RASUAH BUAT JAMUAN..


ADA yang bertanya saya sama ada boleh atau tidak seseorang itu menghadiri jemputan kenduri rumah seorang kenalan bagi meraikan rakan-rakan lamanya.

Bila saya bertanya mengapa tidak. Sahabat itu tadi memberitahu bahawa tuan rumah berkenaan memang dikenali sebagai seorang yang terbukti kaki rasuah dan kaki judi serta diyakini memiliki harta yang haram.

Jadi, dia bertanya, bolehkah makan di rumah seseorang yang mempunyai lambakan harta haram.


JAWAPAN



Sebahagian para ulama terdahulu kelihatan cukup tegas ketika menerangkan hukum menerima jemputan dan berurusan dengan orang yang memiliki harta haram.

Di sini, dinyatakan beberapa pandangan mereka membabitkan undangan pemilik harta haram termasuk segala urusan perniagaan dengan individu sedemikian.

Jika harta haram hasil rompakan, rampasan, curi atau riba, tatkala itu tidak harus berurusan dengannya sama ada jual dan beli.

Tidak halal untuk memakan hidangannya serta tidak harus menerima hadiah yang diberi serta mengambil atau berhutang dengannya.

Namun, sebahagian ulama ‘mengharuskan’ setiap urusan dengan pemilik harta haram dan ada pula yang hanya menyebutnya sebagai makruh. (Al-Qawaid, Izzudin Abd Salam: ihya Ulumuddin, Al-Ghazzali)

Majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim daripada mazhab Maliki, mazhab Hambali dan Ibn Taimiyah menetapkan bahawa hukumnya adalah ‘harus’ melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram jika majoriti modal itu datang daripada sumber yang halal.

Imam Ibn Nujaim berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatannya adalah halal, maka tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama tiada tanda yang jelas menunjukkan ia adalah haram.

“Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya adalah haram, maka tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali disahkan kebersihannya (halal).” (Ibn Nujaim, Asybah Wa An Nazair)

Imam Ibn Quddamah pula berkata: “....jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) sesuatu komoditi, makanan itu adalah daripada sumber atau modal yang halal, maka ia adalah halal.” (Al-Mughni, 4/334)

Ulama terkenal seperti imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat bahawa adalah dibenarkan secara mutlak untuk berurusan dengan pemilik yang memiliki pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian yang halal dalam modal tersebut adalah majoriti atau minoriti. (As-Saylur Jarar; Al-Makasib Wa Al-Rizq Al-Halal)

Jadi, dalam hal ini, bolehkah seseorang itu tahu semua harta yang dimiliki seorang lelaki itu adalah haram.

Saya kira agak sukar bagi kita untuk mengatakan harta dan pendapatan seseorang itu semuanya haram.

Mungkin kerjanya dalam bidang yang haram tapi itu tidak semestinya seluruh pendapatannya dan wang simpanannya haram.

Jika pandangan yang mengatakan haram berurusan dengan individu yang hartanya bercampur dibuat dan difatwakan, kita akan dapati sudah tentu seluruh umat Islam akan ditimpa kesusahan yang tiada taranya lagi.

Ini kerana, tidak dapat dinafikan terlalu ramai umat Islam yang hartanya bercampur apatah lagi orang bukan Islam.

Ibn Masud pernah ditanya: “Aku mempunyai seorang jiran dan tidak ku ketahui berkenaan hartanya kecuali semuanya haram dan kotor, dan dia menjemput aku (ke rumahnya). Jadi aku merasa sukar untuk hadir dan sukar juga untuk tidak hadir.”
Jawab Ibn Masud: “Terima dan hadirlah jemputannya sesungguhnya dosa-dosa (daripada harta haram tadi) adalah tanggungannya saja.” (Riwayat Al-Baihaqi, sanad riwayat ini tidak kukuh)

Mengamalkan pandangan tegas seperti pengharaman sudah pasti boleh menyebabkan kehidupan umat Islam dan lainnya akan terhenti.

Tidak dinafikan, adalah amat baik untuk mendisiplinkan diri dengan hukum yang lebih tegas, tetapi saya kira mengamalkan pandangan tadi menyebabkan anda tidak akan ke kedai, kenduri kahwin, aqiqah, korban, rumah jiran dan pelbagai. Pastinya ia akan membantutkan kehidupan manusia biasa.

Tiadalah juga jual beli di pasar kerana majoriti manusia sememangnya bercampur yang haram dalam pendapatannya.

Penjual di pasar belum tentu semua modalnya halal malah kebanyakan peniaga atau pengusaha berkemungkinan terbabit dalam pinjaman riba dengan bank untuk menjalankan perniagaannya.

Jiran kita juga mungkin diketahui kerjanya tidak halal sebagai pegawai promosi produk riba dan insurans, penjual rokok dan lain-lain.

Jadi, adakah akan terhenti hubungan yang membabitkan makan dan harta dengan mereka? Ia sangat sukar.

Imam Al-Ghazzali pernah berkata: “Sesungguhnya sekiranya harta haram telah tersebar luas di tempat dan sukar untuk berpindah dari tempat itu maka harus hukumnya berurusan walaupun melebihi had darurat, kerana jika manusia hanya dihadkan sekadar ‘alas perut’ (had darurat) maka pastilah akan terhenti kehidupan manusia, rosaklah sistem dan tatkala itu urusan agama juga akan rosak dan jatuhnya syiar Islam (kerana semuanya tidak boleh dilakukan tanpa peranan harta). (Shifa Al-Ghalil, Al-Ghazzali)

Apa yang disebut di atas adalah bagi individu yang diketahui pendapatannya ada yang haram, namun bagi yang tidak diketahui sumber pendapatan hartanya, hukumnya tetap pada yang asal iaitu harus dan halal selagi mana tiada diketahui pembabitannya dengan haram, tidak juga menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik harta dan sumber pendapatan rakan kita.

Sebagai kesimpulan, adalah harus berurusan dan hadir ke rumah orang yang menjemput walaupun diketahui hartanya bercampur.

Jika tidak diketahui terdapat hartanya yang haram secara jelas, hukum menghadiri kenduri tadi menjadi sunat dan mendapat pahala berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apabila seorang kamu dijemput suatu majlis hidangan (kenduri makan) hendaklah ia sahut dan terimanya.” (Riwayat Muslim)

Malah menerima hadiah daripada musyrikin yang kemungkinan besar harta yang diperolehnya daripada sumber haram juga diharuskan di dalam Islam, sehinggakan imam Al-Bukhari menyatakan perihal Rasulullah SAW yang menerima hadiah pakaian daripada kaum kafir musyrik.

Apabila sahabat memuji kecantikan pakaian itu, Rasulullah SAW menyatakan pakaian Saad bin Muadz di syurga jauh lebih cantik daripada pakaian yang diterimanya.

Imam Ibn Hajar pula menyatakan hadis ini membuktikan harus menerima hadiah daripada si kafir musyrik. (Fath Al-Bari)

Malah, imam Ibn Hajar juga menyatakan hadis berkenaan lebih kuat daripada hadis larangan menerima hadiah daripada musyrik bahawasanya telah datang seorang lelaki musyrik menemui Rasulullah dan memberi hadiah kepada baginda namun baginda menjawab: “Aku tidak menerima hadiah daripada kaum musyrik.”

Ibn Hajar mengatakan bahawa Rasulullah menolak hadiah daripada musyrik itu adalah berdasarkan satu situasi yang mempunyai niat dan maksud tersirat.

Ia bermaksud untuk mendapatkan sesuatu pengiktirafan daripada Islam yang tidak boleh diberikan, meminta dilantik menjadi kepimpinan utama dan lain-lain. (Fath Al-Bari)

Terdapat satu lagi hadis yang boleh menambah kefahaman kita iaitu, Asma binti Abu Bakar RA pernah dihadiahkan barang makanan seperti susu yang dikeraskan (makanan biasa Arab) oleh wanita musyrik dan Asma menolaknya.

Kemudian Aisyah ra bertanya hal itu kepada Nabi lalu turunlah ayat yang bermaksud: “Kamu tidak dilarang oleh Allah SWT daripada mereka (kafir) yang tidak memerangi agama kamu (terus terang).

Justeru Aisyah kemudian mengarahkan Asma untuk menerima hadiah wanita musyrik itu dan membenarkannya memasuki rumahnya (Tuhfatul Ahwazi, Syarah Tirmidzi, Al-Hakim, Ahmad)

Oleh itu, jika sesuatu hadiah yang diberi tadi membawa sesuatu maksud yang bercanggah dengan hukum dan objektif Islam, maka haram diambil dan diterima hadiah berkenaan.

Satu lagi hadis juga boleh menambahkan lagi kefahaman, bahawasanya: “Ada orang yang membawa kepada kami daging, dan tidak diketahui pula sama ada mereka menyebut nama Allah SWT (semasa sembelih) atau tidak.

Rasulullah SAW menjawab: “Sebutkanlah pada diri kamu, dan makanlah. (Riwayat Bukhari)

Oleh itu, jika sesuatu hadiah yang diberi tadi membawa sesuatu maksud yang bercanggah dengan hukum dan objektif Islam, maka haram diambil dan diterima hadiah berkenaan.

Malah, jika hadiah atau pemberian itu datang daripada bukan Islam yang memusuhi dan memerangi Islam, hukumnya juga adalah haram diambil.

Namun, jika ia sekadar hadiah walaupun hartanya bercampur atau tidak diketahui, ia boleh dan harus untuk diambil.

Berkenaan hidangan daripada orang yang bercampur hartanya dan tidak pula diketahui sama ada disembelih atau tidak, hadis Al-Bukhari tadi boleh memberikan jawapannya.

Bagaimanapun, sebaik dan seeloknya-eloknya makan itu hendaklah dipastikan halal.

Oleh Zaharuddin Abd Rahman
sumber kat sini

Rabu, 20 Oktober 2010

ITIK DAN PERANGAI ITIK

*Ini bukanlah itik yang dimaksudkan.

Cerita pasal itik dan perumpamaannya.

Sumber asalnya kat Sini :

Mesyuarat agung tahunan Pemuda Umno hari ini ditangguhkan dengan dengan kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan itu sepakat menolak 'politik cucuk' dan atau 'politik sate'.

Memulakan ucapannya dengan menegaskan "hubungan serasinya" dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim menegaskan mereka sepakat berkhidmat bersama demi parti dan negara.

"Jangan cucuk (kami berdua). Bab cucuk ini yang tak tahan," katanya sambil meminta semua pihak memberitahu perkara sebenar daripada 'mencucuk' orang lain.

Ketika menyampaikan ucapan penggulungannya lewat petang ini, Razali yang juga timbalan menteri beliau dan sukan itu berkata anggota pergerakan itu tidak sepatutnya membiarkan bosnya itu "pening kepala".

"Jangan biar beliau celaru sebab dia ada musuh lagi di luar sana," katanya.

Sementara itu, Khairy pula tambil di pentas selepas itu dengan mengaku pemimpin Pemuda Umno di semua peringkat mestilah nampak macam itik yang sentiasa nampak gah.

"Di atas nampak steady (bersedia), tetapi tuhan sahaja yang tahu (gelora) di bawah paras air," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada perwakilan Pemuda Umno yang berani melontarkan buah fikiran dan menegurnya dengan ikhlas dengan tujuan mempertingkat prestasi bersama.

Menyenaraikan sepuluh sikap negatif di kalangan anggota Pemuda, Khairy menegaskan menolak politik sate yang didefinisikannya sebagai budaya "cucuk, api dan kipas."

"Terima kasih pada saudara Razali kerana tidak hendak jadi politik sate dengan saya," katanya.

Menurut Khairy lagi, antara sikap buruk yang perlu dikikis itu: sikap elitis dan ego, syok sendiri, budaya punch card depan pemimpin, 'masuk frame' untuk publisiti, menjadi pak turut kepada bos, talam dua muka dan sikap oportunis.

DIA KENA TUMBUK..AKU PUN TERASA!!!


Saling berkerjasama, saling bantu membantu, tolong menolong dan sentiasa menjaga persaudaraan dan adab-adab ketika berselisih pandangan...
Bersepakat dalam perkara yang diputuskan serta bertolak ansur ketika berlaku pertikaian.
Bersama bergandingan mencari redha Allah tak kira waktu senang atau saat kesusahan...

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim).

Selasa, 19 Oktober 2010

KISAH IBU MUDA YANG TERLAMPAU..

*Ini yang dikatakan wajah ibu muda tersebut.

Kisah ibu muda nak jadi samurai..
dicopy kat SINI :

FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.

Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.


Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.


Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.


Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital.

Isnin, 18 Oktober 2010

KISAH PEMBELOT, KHIANAT DAN BERPALING TADAH

Bukan perkara baru.Kes ni dah lama berlaku...Sejak zaman nabi lagi.Dulu, kini dan akan datang...
Yang belot, khianat, bocor rahsia dan sebagainya.
Bagi yang ikhlas, sebarang celaan, kutukan, boikot, penindasan dan kepungan dari segenap penjuru bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Bahkan itu menjadi penguat semangat dan menebalkan lagi pergantungan mereka kepada Allah dan bertambah yakin akan datangnya pertolongan Allah.


Maha benarlah firman Allah :
“Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa dalam kalangan kamu berpaling tadah dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat rendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan diri terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang Dia diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya”. (Surah al-Maidah, ayat 54).

Ahad, 17 Oktober 2010

AWAS! PERANGKAP SYAITAN

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub.

Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi).

Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah.

Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.