Keputusan rasmi dah diumumkan.
Tahniah pada yang berjaya memegang tampuk kepimpinan.
Tugas seterusnya, betulkan saf, memacu arah yang sama dan biar rentak itu senada menuju kemenangan.
Bagi yang tewas, teruskan bersama kepimpinan yang terpilih...
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 4 Jun 2011
berita harian melaporkan HADI MUNCUL PENYELAMAT..
Tengah hangat bermuktamar, muncul berita macam tu.
Ingatkan Berita Harian dah ubah haluan. Dalam laporan muka depannya hari ini : PAS ubah haluan.
Berita lain : "Hadi Muncul penyelamat"
...PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam.
Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66. Begitupun, anak buah K Rajagobal tersentak apabila lawan yang tewas 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Shah Alam Februari lalu, merobek gawang lawan yang dikawal Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-60 menerusi Chan Siu Ki...
bacaan lanjut kat bharian.com.my
Ingatkan Berita Harian dah ubah haluan. Dalam laporan muka depannya hari ini : PAS ubah haluan.
Berita lain : "Hadi Muncul penyelamat"
...PENYERANG Terengganu, Abdul Hadi Yahaya menyelamatkan reputasi dan rekod baik skuad Harimau Malaya daripada tewas apabila jaringannya membantu mengikat Hong Kong 1-1 dalam perlawanan persahabatan di negara itu, semalam.
Penyerang 26 tahun dan menduduki tangga kedua carta senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang Norshahrul Idlan Talaha itu, menunjukkan bisanya apabila menyamakan kedudukan selepas enam minit masuk menggantikan Safee Sali pada minit ke-66.
bacaan lanjut kat bharian.com.my
Jumaat, 3 Jun 2011
TIMBALAN PRESIDEN : HARAPAN DAN IMPIAN
Esok pukul 10 pagi, dapat lah tahu siapa yang bakal memikul amanah.
Samada jawatan Timbalan, Naib dan Ahli Jawatankuasa kerja.
Keputusan sahih, tepat dan sah belum diketahui pun.
Tapi, biasalah...macam-macam ramalan yang muncul.
Ada pelbagai teori diguna pakai bagi menguatkan hujjah masing-masing.
Aku pun tak terkecuali membuat tekaan dan menjangkakan siapa yang bakal menang pagi esok.
Sapa yang kalah dalam permilihan esok pastinya terus teguh dan kuat mempertahankan perjuangan hingga akhir hayat...
Sapa yang menang, lagi besarlah tanggungjawabnya.
Semoga Amanah yg diberi terlaksana dengan baik dan sempurna.InsyaAllah..

Khamis, 2 Jun 2011
Timbalan Presiden Pas..?
Pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Pas memang sengit.
Masing-masing ada penyokong yang sedia memberi undi dan ada yang turut sama berkempen samada secara terang mahupun secara halussssssssssss.
Adakah Ust. Nasha mampu mengekalkan jawatan tersebut?
Adakah Mat Sabu bakal memecahkan tradisi?
Adakah Dato' Tuan Ibrahim bakal membuat kejutan?
Setelah meneliti, mengamati dan menghalusi dari sudut pandang yang berbeza dan pelbagai unsur, dapatlah dirumuskan, bahawa setiap dari mereka ada kelebihan masing-masing.
Bagi aku, siapa pun yang terpilih memegang amanah tersebut, adalah mereka yang terbaik dikalangan yang terbaik.
Paling penting, tugas menentang wajah, warna, dan segala bentuk fahaman sekularisme merupakan tugas yang mesti diutamakan dan berterusan hingga akhir hayat...
Perjuangan mestilah berdasarkan kepercayaan bahawa semua perkara dalam dunia ini milik Allah dan ekoran itu perintah-Nya dalam Al-Quran dan Hadis mesti dituruti.

PAKAT TUNGGU : NAK IKUT ATAU TAK TEPAKAI?
Mereka ini bukannya ahli dewan ulama Pas Pusat.
Adakah seruan ini akan dituruti atau hanya menghangatkan hati sesetengah pihak?
Tunggu dan lihat.
Bacaan lanjut kat SINI
....Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan 'al-Ansab' atau berhala.
Keputusan tegahan itu yang dibuat berdasarkan kepada petikan ayat 90 surah al-Maidah, dibangkitkan jawatankuasa berkenaan kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) sebelum ia diperakukan dalam satu mesyuarat yang bersidang pada 19 April lalu. Ayat 90 surah al-Maidah bermaksud "wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan al-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya".
Adakah seruan ini akan dituruti atau hanya menghangatkan hati sesetengah pihak?
Tunggu dan lihat.
Bacaan lanjut kat SINI
....Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan 'al-Ansab' atau berhala.
Keputusan tegahan itu yang dibuat berdasarkan kepada petikan ayat 90 surah al-Maidah, dibangkitkan jawatankuasa berkenaan kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) sebelum ia diperakukan dalam satu mesyuarat yang bersidang pada 19 April lalu.
Isnin, 30 Mei 2011
AWAT KELAPAQ SANGAT?!!
Isu "Beer halal" muncul lagi.
Pengguna Islam kena tipu dan sering tertipu. Kena tipu dengan syarikat pengeluar. Samada dikalangan pengeluar yg mengaku Islam atau yang memang dah sah, nyata lagi terang bersuluh bukan Islam.
Isu DNA babi dalam makanan yang diistiharkan halal dah jadi rutin dalam berita dalam negara sejak dulu lagi.
Yang paling tensennya hanya bagitau ada DNA babi, tapi selalunya tak pulak bagitau nama jenama dan syarikat pengeluar.
Umat Islam setiap detik terdedah dengan permakanan yang haram dan meragukan statusnya.
Bila asyik makan benda haram je, macam mana doa nak makbul?
Hari-hari mohon pada Allah, minta bantuan dan hajat. Tapi, makan minum dari sumber yang haram?
Macam gak isu makan kat kedai-kedai berjenama tertentu...
Kawan-kawan yg prihatin dah bagitau tentang soal halal haram. Tapi dia nak jugak makan kat situ.
Siap bawak anak bini, anak pinak, ahli keluarga pi makan kat situ.
Bila dah terjumpa kaki katak, sisik ular, kepala babi dalam sup sebagai contoh, baru nak sedaq? baru nak marah? pastu nak saman sana, saman sini?
Kaedah ada sebut :" Tinggalkan apa yg meragukan dan ambil apa yg tidak meragukan."
Masalahnya, umat Islam makin tidak ambil berat lansung soal syubhah lagi. Bahkan yang haram pun balun sama..
Sedangkan yang halal itu jelas, yang haram pun jelas...
Macam isu beer halal ni la.. yang kelapaq sangat awatnyaa?
Banyak lagi minuman yang jelas terlihat kehalalannya.. banyak lagi yg sedap, sebagai contoh, air tebu ke, air kelapa, air jambu batu ke, dan macam-macam lagi yang halalan toiyiban..
Mencari yg halal itu fardu bagi umat Islam. Carilah yang halal lagi baik untuk kesihatan dan kehidupan kita.
Tepuk kepala dan fikir-fikirkan lah.

Langgan:
Catatan (Atom)