Pengikut

Jumaat, 15 Oktober 2010

MADU, BERMADU DAN SENGAT LEBAH



"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu,
dan di tempat yang dibuat oleh manusia" [Surah An-Nahl, ayat:68]


"Dari perut lebah itu ke­luar minuman [madul yang bermacam ­macam
warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi
manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar
benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi
orang-orang yang memikirkan."
[Surah An-Nahl ayat:69]

lebah memberikan madu yang baik, dengan cara yang baik iaitu tidak merosakkan bunga, malah membantu proses pendebungaan, dan lebah hanya memakan makanan yang baik baik sa­haja (sari bunga). Tetapi ada hal lain dari lebah ini yang menarik dan memberikan pelajaran berharga bagi manusia.

Antaranya, lebah madu hidup berkumpulan dan mengeluarkan salah satu makanan paling sempurna di dunia, iaitu madu. Mereka menyimpan madu dalam sarang (kantung) yang mereka buat dalam betuk segi enam. Pernahkah kita terfikir, mengapa lebah membuat kantung madu dalam bentuk segi enam? Para ahli matematik mencari jawapan atas persoalan ini, dan setelah melaku­kan penghitungan yang panjang ditemukanlah jawapan yang menarik.

Rahsia Kantung Segi Enam, antaranya:

Cara terbaik untuk membangun gudang simpanan dengan kapasiti terbesar adalah dengan membuat dinding berbentuk segi enam. Andaikan lebah membuat sarang penyimpan tersebut dalam bentuk silinder atau seperti prisma segi tiga, maka akan terbentuk 'gap' [celah] antara kantung yang satu dengan yang lain, dan lebih sedikit madu tersimpan di dalamnya.

Khamis, 14 Oktober 2010

CIUM ISTERI




KITA SERING MELIHAT DAN MENYAKSIKAN KES PERCERAIAN DAN KES SUAMI ISTERI YANG GAGAL MEMAHAMI PASANGAN MASING-MASING WALAU SUDAH BERTAHUN BERKAHWIN...

INI SEBAHAGIAN KISAH TENTANG PERGOLAKAN RUMAH TANGGA:

SEORANG ISTERI MENGATAKAN KEPADA SUAMINYA:

“ABANG CUBA TENGOK JIRAN KITA TU. SI SUAMI TU SELALU MENCIUM ISTERINYA SEBELUM KE KERJA. BILA ABANG NAK BUAT BEGITU?”

JAWAB SI SUAMI ” AKU TAK KENAL PUN ISTERINYA , MACAM MANA AKU NAK CIUMNYA!!!!!”

ISTERI ITU PUN PENGSAN SERTA MERTA...

Rabu, 13 Oktober 2010

BERITA GEMPAR : IBRAHIM ALI HILANG .....?



Berita ringkas, tapi agak memeranjatkan.
Terkejut bila baca : Terbaca kat SINI
Juga boleh baca cerita lanjut kat sini

KOTA BHARU: Istana Kelantan hari ini merarik balik anugerah Datuk kepada empat individu, termasuk Presiden PERKASA, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud

Selasa, 12 Oktober 2010

TENGOK BURUNG!!!



Mari kita mengambil iktibar dan pengajaran dari ciptaan Allah...

BURUNG DAN TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH.

Antara keunikan dan kehebatan burung ciptaan Allah :

-Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayang.

-Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.

- Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.

- Paru-parunya sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.




"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang di angkasa lepas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Allah bagi orang yang beriman"
(Surah An-Nahl : 79 )

Isnin, 11 Oktober 2010

SUAMI KELUAR MASUK DISKO..

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya,

“Aku terpaksa minta cerai dari suamiku.”

“Kenapa..?” tanya temannya kehairanan.

“Habis, hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko,” jawab si ibu muda.

“OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?” tanya temannya lagi.

“Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !” jawab si ibu muda.