Pengikut

Rabu, 31 Ogos 2011

ANTARA BARUA BRITISH DAN BALACI BRITISH

Bagus jugak Mat Sabu cerita bab ini. Supaya generasi baru dapat menyingkap/menyelak kembali kisah perjuangan para pembela dan pejuang tulen yang menghalau penjajah dari terus bermaharajalela.
Kat atas tu salah satu gambar yang mengukir sejarah penting.
Memerlukan kita menilai siapa yg jadi barua penjajah sebenarnya?
Dan siapa yang rela berjuang dengan mengorbankan harta benda, nyawa dan darah?
Pakat-pakatlah buat penilaian..
Begitulah adanya sejarah yang telah berlaku...
Al-Fatihah buat para pejuang kemerdekaan yang tulen...

Isnin, 29 Ogos 2011

KESEDIHAN DALAM KEGEMBIRAAN...



Perutusan sempena hadirnya 1 Syawal :
Alhamdulillah, Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi kita..
Syukur kepada Allah atas limpahan nikmat kepada kita semua..
Antaranya nikmat kehidupan..
Allah yang mengeluarkan kita dari perut-perut ibu-ibu kita, dalam keadaan kita tidak mengetahui apa pun. Kemudian Allah kurniakan pendengaran, penglihatan dan perasaan..
Maka ini semua ini nikmat yang wajib kita syukurinya..
Bagaimana?
Gunalah pendengar itu dengan sebaik mungkin,
gunalah penglihatan sepertimana waktu kita berpuasa,
gunalah hati nurani kita untuk berfikir dan menilai pada asas iman.
Jadilah hamba yang taat, patuh, tunduk dan setia pada ketetapan Allah dan Rasulnya,
meninggalkan segala larangannya, samada waktu sukar atau waktu senang.

Sahabat-sahabat sekelian...
Setiap yang datang itu, pasti akan berlalu...
Setiap yang pernah hadir pasti akan pergi meninggalkan kita...
Ramadhan akan berlalu pergi...Syawal pula menanti..
Kesedihan meninggalkan ramadhan, mengharapkan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan,
gembira menyambut kemenangan melawan hawa nafsu pada hari yang diharamkan berpuasa.

Sesiapa yang beriman dengan Allah, sesungguhnya Allah itu maha hidup, tidak sesekali mati..
Maka teruskanlah amalan yang baik itu dilaksanakan, biarlah ramadhan menjadi titik pengukuhan amalan dalam kehidupan kita seharian.
Semoga kita dapat mengekalkan dan menambah baik setiap amalan kita bersempena dengan kehadiran Syawal ini.

Maka pada kesempatan ini, Saya memohon ampun dan maaf, kepada semua yang sudi melawati laman blog ini, yang sudi menjadi pengikut setia atau tanpa setia sekiranya ada yang terasa, tersinggung dengan penulisan yang dibuat. Apa yang baik dari Allah jua. Dan yang silap dan salah itu dari kelemahan diri ini jua..
Semoga ada kebaikan dalam perkongsian ini.
SELAMAT HARI RAYA.. AIDILFITRI AL-MUBARAK..
Jumpa lagi setelah berlalunya Aidilfitri..

Begitulah adanya..Sekian
Wassalam

ABG MAT SABU MALU BESAR?...HIDUP MELAYU 3X!!!


Mat Sabu tersalah cakap ke?
Mat Sabu cukup marah pasal apa?..
Apa Mat Sabu cakap :

"Sepatutnya yang melawan British adalah Hero , tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah Penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero."


Jangan hukum dulu, kena baca banyak baru tahu.. baru tertepuk dahi melayu merdeka. Dah 54 tahun merdeka rupanya. Baru dapat tadbir secara rasmi. Walau dalam negara sendiri. Tanah melayu lagi.. Hidup melayu!!!

Abg Mat Sabu tak tahu kot?
Berita ni ramai yang tak tahu lagi
Abg Mat Sabu kena baca kuat-kuat..
Biar didengar oleh orang Singapura, Ini kejayaan besar setelah merdeka!!!
Abg Mat Sabu barangkalinya malu kerana hampir lupa pasal Pulau Batu Putih yang telah hilang.
Mat Sabu tentu tersipu-sipu malu bila diberitahu tentang pencerobohan ruang udara Johor beribu-ribu kali.
Memang Abg Mat Sabu patut malu-malu semalunya...

JOHOR BAHRU: Selepas 50 tahun, empat kemudahan loji air dan rumah pam di negeri ini yang selama ini ditadbir dan diuruskan Public Utilities Board (PUB) Singapura akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Johor, bermula Khamis ini.
SUMBER : SINI
Hari Khamis ini tentu Abg Mat tidak malu lagi...
Abg Mat Sabu akan 'lebih terkasima'



Ahad, 28 Ogos 2011

SELEPAS RAMADHAN : TV3 BANYAKKAN PROGRAM MEMANTAPKAN AKIDAH?


Isu murtad adalah antara yang kedengaran dalam berita tv3, tv1 dan lain-lain lagi.
Macam-macam komen muncul.
Seolah-olah mereka akan menjadi penggerak bagi membendung gejala murtad dari berleluasa.
Barangkalinya, makin banyak program dan agenda yang dirancang bagi menangkis budaya murtad berlaku....
Pastu tentang gejala sosial yang makin membimbangkan.
Geng melayu menjadi johan dalam gejala rempit, dadah, buang anak, ponteng sekolah, lari dari rumah dan sebagainya.

Pastu bila baca tentang program ini yang jadi santapan setelah bulan tarbiah Ramadhan.
Mana pergi padangan pakar-pakar agama sebelum ini?
Nasihat, teguran tak lagi laku. macam terompah jamban. Guna bila kena dengan nafsu serakah depa:

SHAH ALAM: Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan program Hari Raya muzikal istimewa berjudul 3 Gegaran pada 4 September depan, pukul 5 petang.

Program yang menampilkan tiga kumpulan rock legenda seperti May, Lefthanded dan XPDC ini menyaksikan persembahan yang julung kalinya diadakan secara rakaman langsung untuk sempena sambutan Hari Raya.

Menurut penerbitnya, Khalijah Mohamed, TV3 terus mengekalkan tradisi dengan menyiarkan pelbagai rancangan untuk penonton setianya tanpa mengira lapisan masyarakat.

"Program ini akan mengubat kerinduan para peminat muzik tanah air terhadap zaman kegemilangan rock kapak dengan persembahan hebat daripada penyanyi-penyanyi lama yang akan membawakan lagu-lagu hit dan popular kumpulan masing-masing.


"Uniknya, kali ini pihak produksi dan pereka set program 3 Gegaran ini dengan menyediakan tiga buah pentas mini yang berasingan di dalam studio Sri Pentas 2 yang bersesuaian dengan corak persembahan yang ingin ditampilkan oleh May, Lefhanded dan XPDC," katanya.

Dalam pada itu, kumpulan XPDC menghangatkan suasana di studio dengan membawakan lagu Selendang Merdeka, diikuti kumpulan Lefthanded membawa lagu Debunga Wangi sebelum kumpulan May menutup segmen pertama menerusi lagu Hakikat Perjuangan.

Segmen kedua memberi peluang kepada para peminat mengimbau kembali kenangan silam dan sama-sama menghargai kisah suka dan duka ketiga-tiga kumpulan bukan sahaja menerusi lagu-lagu yang didendangkan dan diselang seli dengan klip dan footage ketiga-tiga kumpulan di waktu zaman kegemilangan lewat tahun 80an dan awal 90an dahulu.

Manakala penutup konsert menyaksikan ketiga-tiga kumpulan itu, bergabung beraksi menerusi lagu Smoke On The Water (Deep Purple).

sumber : SINI

Ahli Parlimen PAS Hulu Langat dan Lynas

Pas pusat akan memanggil beliau bagi mendapatkan penjelasan.
Macam-macam cerita timbul.
Ada jugak yang guna peluang ini untuk menyebarkan sesuatu yang tidak benar tentangnya...

Ini pandangan dari yang kenal dengannya :

Isu Lynas yg panas? : Dr.Rosli yg ku kenal

Kepada pengikut blog al-brangionline......maaf dipohon kerana meinggalkan blog ini 3 hari tanpa update.

Ini kerana perut ini bermasalah memulas-mulas sudah 3 hari......hari ini mula nampak reda.

Terlalu banyak isu yang perlu diulas atau dicelotehkan tapi badan ini tidak dapat menumpukan pada PC kerana keadaan perut yang meradam ini.

Isu YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat nampak meng'gegar'kan politik tanah air khususnya di Gebeng dan amnya di Malaysia.

Ada suara-suara sumbang kononnya Dr. Che Rosli telah dibeli oleh BN.

Saya berani mengatakan di sini, Dr.Rosli bukan orangnya yang boleh dibeli dengan tidak bermaruah begitu.

Saya telah mengenalinya selama 21 tahun kerana kami berkongsi surau yang sama. Beliaulah yang menarik saya ke dalam kumpulan usrahnya.

Ketika itu beliau masih menjadi pensyarah di UKM dengan pangkat Profesor Madya, tapi kerana aktifnya beliau dalam PAS beliau di'nafi'kan mendapat Profesor penuh.

Beliau melepaskan jawatannya untuk bertanding di DUN Perlis pada tahun 1999 dan 2004 dan kalah tipis kepada BN.

Pada PRU12 2008, beliau bertanding di Parlimen Hulu Langat dan menang.

Beliau adalah sorang pemimpin yang tegas dan kami amat 'takut' untuk bergurau ber'lebih-lebih'.

Beliau selalu marah-marahkan kami kalau lambat memulakan usrah kerana menunggunya......beliau selalu berkata, "Jangan tunggu naqib.....jangan buang masa."

Petang tadi beliau sempat meluangkan masa memberi penerangan kepada sahabat sebaik saja solat zohor berjemaah.

Terlalu teknikal untuk dicerita di sini......tapi beliau menegaskan beliau terpanggil pergi ke TV3 setelah dipujuk oleh Karan Singh Walia kerana beliau terpaksa menceritakan perkara sebenar tentang isu Lynas hanya dari aspek sains dan teknikal semata-mata dengan tidak berniat untuk menjatuhkan nama baik sesiapa samada dari kalangan Pakatan Rakyat atau PAS sendiri.

Kami semua amat berpuashati dan merasa lega dengan penjelasan beliau petang tadi.

Jika anda ada mendengar suara-suara sumbang serta tuduhan melulu......buangkan jauh-jauh......jauhilah fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

SUMBER : SINI
Pastu baca kat SINI pulak.