Pengikut

Sabtu, 3 Julai 2010

SPERMA GAJAH



Semua tahu bahawa gajah lebih besar dari tikus. Tapi tahukah anda, walaupun mempunyai badan yg besar, menurut kajian, tikus mempunyai sperma yg lebih panjang dari sperma gajah...Subhanallah..
Begitulah kisahnya..

Jumaat, 2 Julai 2010

LELAKI TAK GUNA DAN GURU YANG PALING RUGI

Kata pepatah Arab lama dulu:
"Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah"
Alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

NAK BAGI LEBIH PAHAM, BACA HURAIAN INI :

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.
Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
*-Gambar ini tiada kaitan dengan isu di atas

Rabu, 30 Jun 2010

ULAMA' MUDA DAN ULAM MUDA

Memang heboh dimuka depan akhbar arus perdana tentang ramainya ulama'muda menyertai satu parti politik. Selepas tu kecoh pulak pasal kena perdaya dan kenyataan berbalas antara sesama ulama muda yg hadir dalam majlis tu...
Ini bukan cerita lawak "pi mai tang tu" asalnya...
Tinggalkan soal itu dulu...

Baik kita bicara pasal Ulam lagi best.
Ulam muda memang sedap dimakan begitu saja.
Nak dapatkan khasiat yg lebih, makan mentah2, usah masak...

Apa pun, jangan sampai kita jadi ulam dah la.Mudah dimakan begitu saja...
Memang tak patut jatuh lubang yg sama dan dipatuk ular yg sama.

MELAMPAUI KEUPAYAAN


Ada banyak yg boleh ditafsirkan pada gambar ini.

Selasa, 29 Jun 2010

ANTARA PENCURI DAN PEMILIK


Berusaha sedaya mungkin bagi mengelak kena curi...
setelah itu, bertawakallah kepada Allah.
Bagi pencuri pulak, mereka berusaha untuk beroleh hasil dari kerja mereka. Kerja keras mereka pastinya berjaya dengan izin Allah tapi tanpa redha Allah.Bahkan mendapat murka dan kehinaan dari Allah.
Pastinya ada balasan bagi tiap amalan, samada sekecil zarah atau sebesar gunung uhud.

Ahad, 27 Jun 2010

BEKAM : ILMU YG MAKIN DILUPAKAN OLEH UMAT ISLAM



berita baik... Jangan lepaskan peluang ini... kita berusaha menjadi pewaris ilmu yg makin hilang dari dada umat Islam..

KURSUS BEKAM -AL HIJAMAH DI IPOH

Bekam merupakan sunnah Nabi yang ditinggalkan. Tak ramai masyarakat di luar sana yang ingin merawat diri mengikut kaedah Nabi. Justeru Perubatan JAWI HPA mengambil tanggungjawab menyuntik kefahaman dalam masyarakat tentang kehebatan bekam sebagai pencegah dan merawat penyakit serta mengekalkan kesihatan. Bekam adalah rawatan terbaik untuk masalah darah tinggi, migrain, lumpuh, saraf, ghout, toksid dalam badan dan menguatkan imuniti. Banyak lagi faedah bekam yang terkandung dalam amalan para Nabi yang perlu diangkat kembali untuk menjadi amalan dalam masyarakat Islam.

Atas permintaan pengedar HPA sekitar Komuniti Ipoh, Kursus Bekam 10 Titik Sunnah, akan dianjurkan lagi seperti maklumat berikut:
Tarikh: 4 Julai 2010
Tempat : Hpa caw Ipoh
Masa : 9.00 pg - 4.00 ptg
Tentatif:
9.00- Kenali Syarikat dan Misinya.
10.00-Konsep Perubatan Jawi
11.15 Rehat
11.30 -1.00 -Teori 10 Titik Sunnah
2.15-4.00 -Amali
Yuran : Rm75 sahaja (termasuk makan pagi, tengahari, nota dan alatan untuk praktikal dan sijil penyertaan)

Penganjur : Unit Herbalis Komuniti Ipoh
Pembimbing: Herbalis PJ Shafariah Ibrahim
PJE Cikgu Sani Ibrahim
Pendaftaran: Hubungi 013 6641872 (Shafariah-Ketua Unit Herbalis)

BILA TIBA WAKTU YG SESUAI, AKU TELAN!!!!


Bila-bila masa je aku boleh bertindak...
Ini bukan soal politik atau ada helah politik...
Ini perut punya hal daaa...

Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut, suka hati,
jika ada yg sudi,
silalah turuti.

Begitulah adanya...