--Diriwayatkan oleh al-Baihaqi

Huraian :
Menyebut ni'mat ialah mengenang dan membuat pengakuan lisan terhadap ni'mat-ni'mat kesenangan, kesihatan, kejayaan, dan keselamatan yang dikurniakan Allah kepada dirinya dan keluarganya.
Kesediaan untuk menyebut dan membuat pengakuan seperti itu dengan jujur merupakan pernyataan bersyukur yang disanjung dan dihargai tinggi oleh Allah sebaliknya kelalaian dan keengganan untuk berbuat demikian merupakan pertanda ketandusan budi bicara yang tidak mengenal kebaikan dan rahmat Allah. Kerana itu, kesyukuran merupakan tugas utama seorang hamba terhadap Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah.
Dengan lain-lain perkataan, kesyukuran adalah baja pertama yang menyuburkan pertumbuhan dan perkembangan iman dan amalan yang soleh, tanpa kesyukuran bumi hati dan bumi roh menjadi begitu kering. Di dalam ibadat sembahyang, kita disuruh membaca surah Al-Fatihah dalam setiap raka'at dan permulaan surat Al-Fatihah ialah "Alhamdulillah" iaitu kata-kata yang melambangkan kesyukuran mutlak, mendalam, tinggi dan meliputi seluruh aspek. Selepas sembahyang disunatkan membaca "Alhamdulillah" sebanyak 33 kali agar semangat bersyukur kepada Allah itu menjadi darah daging kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan