Pengikut

Sabtu, 12 Februari 2011

PAKWE N MAKWE : APA AGENDA UTAMANYA?

Masih ramai wanita yang tak paham dan masih tak sedar...
Begitu juga lelaki...
Mencari cinta, tapi bala yang ditemui...
Awasi diri kita, ahli keluarga kita, jiran-jiran kita, seakidah dengan kita dari terperangkap dan terjebak dengan sambutan hari kekasih.
Dakwah adalah urusan setiap umat Islam.
Kita mampu melakukannya...

HOSNI MUBARAK : ANTARA KASIH DAN DOA RAKYATNYA..



Dulu kebanyakan rakyat mesir beranggapan hampir mustahil ia dapat ditumbangkan.
Tetapi tiada kerajaan yang kekal selamanya...
Bila tiba ajalnya, ia tidak mampu lagi bertahan.
Rebah terpaksa juga..
Pelepah kelapa, bila tua ia akan jatuh dengan sendiri,
tapi kalau pelepah pisang, lagi tua lagi liat. Memang kena rentap bagi tercabut atau cantas guna apa saja yang patut...
Begitulah adanya...

Khamis, 10 Februari 2011

AKU BUKANNYA BODOH!!!

Jahil atau dalam bahasa melayunya disebut "bodoh"
Bodoh boleh terjadi dengan sebab tiada ilmu.
Orang berilmu juga boleh bertindak macam orang jahil.
Bodoh juga boleh berlaku dengan lain-lain sebab.
Bagi pelajar yang kurang paham dengan sesuatu yang disampaikan oleh guru akan menyebabkan tindakan yang dilakukannya akan dilihat macam tindakan orang jahil.
Tambahan pula berguru melalui telefon. Makin tinggilah risiko kurang jelas dan kurang paham..

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menafikan laporan AFP yang mendakwa beliau mengatakan pihak berkuasa agama di negeri Pakatan Rakyat akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sebaliknya, beliau hanya berkata, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam Valentine’s Day tersebut.

Katanya, ianya sesuai dengan amalan rutin pemuda PAS yang sering kali turun menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat khususnya beragama Islam pada malam sambutan tahun baru atau Valentine’s Day, agar tidak melakukan perbutan tidak bermoral.

"Saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri.

"Saya tidak buat arahan kepada kerajaan negeri supaya ikut pemuda PAS.

"Wartawan yang menelefon saya itu telah tersalah faham," jelasnya kepada Harakahdaily.

AFP dalam laporannya semalam meletakkan tajuk “Pakatan states plan Valentine’s Day crackdown”.

Agensi berita itu memetik kenyataan Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sejak kenyataanya disiarkan AFP semalam, Nasrudin menerima kritikan hebat dari rakan komponen parti Pakatan Rakyat lain termasuk Pemuda DAP.

Mereka mendakwa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan bersama dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS juga dakwa mereka, telah melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri dengan mengeluarkan 'arahan' tersebut.

Bagaimanapun, Nasrudin hari ini menafikan laporan tersebut dan mendakwa berlaku sedikit salah faham dalam laporan agensi berita tersebut.

"Saya hanya menyatakan kami bersedia bekerjasama dengan negeri yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami.

"Saya yakin tidak ada negeri yang suka gejala sosial berleluasa, termasuk DAP Pulau Pinang.

"Jadi atas dasar itu lah kami membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri, itu pun kalau mereka mahu," jelasnya.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memfatwakan haram bagi umat Islam menyambut Valentine’s Day, atau Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.
sumber : sini

BILA KANCIL BERTUKAR JADI MPV...

Macam mana jika perkara ini berlaku kat kita?
Pasti ianya akan memberi kesan pada kehidupan kita.
Rasanya kes macam ni dah banyak kali dilaporkan...

KUALA KANGSAR - Seorang pembantu kedai makan, Zuraida Abd Rahman, 49, terkejut apabila menerima surat daripada pihak berkuasa meminta dia menjelaskan saman di atas kesalahan memandu melebihi had laju sedangkan dia tidak pernah melakukan kesalahan itu.

Lebih mengelirukan apabila surat saman itu dikeluarkan menggunakan nombor pendaftaran keretanya, Perodua Kancil sedangkan berdasarkan surat berkenaan, rekod kesalahan dilakukan oleh sebuah MPV.

Zuraida berkata, beberapa hari lalu dia menerima surat saman ketika berada di pejabat pos yang menyatakan dia melakukan kesalahan lalu-lintas memandu laju di Kilometer 23 Jalan Ipoh menuju ke Lumut.

Menurutnya, kesalahan yang dinyatakan adalah mustahil dilakukannya kerana dia tidak pernah melalui jalan itu pada 3 Disember lalu sepertimana kesalahan yang direkodkan melalui surat berkenaan.

“Berdasarkan surat saman ini, kesalahan dilakukan kenderaan jenis Toyota Avanza pada jam 9.57 pagi dikesan memandu pada kelajuan 106 Kilometer sejam melebihi 90 kilometer had laju ditetapkan di laluan itu.

“Berdasarkan rekod, MPV ini menggunakan nombor pendaftaran kereta saya dan ini menyebabkan saya terkejut kerana saya tidak pernah ke sana, malah sedang sibuk bekerja ketika itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Pekan Kuala Kangsar, di sini, kelmarin.

Zuraida berkata, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Kangsar supaya saman yang dikeluarkan dapat dibatalkan.

“Saya risau sekiranya nombor pendaftaran kereta saya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan jenayah atau sebagainya.

“Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini akibat kesilapan ini saya juga enggan dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan, oleh itu saya segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, dia kesal dengan kesilapan seumpama itu dan berharap ia tidak berulang kepada orang lain kerana boleh mendatangkan kesan buruk.
sumber: sini

Rabu, 9 Februari 2011

PALING GELABAH, RISAU DAN MULA NAK TUKAR STRATEGI..

Apa kata Hizbullah berkenaan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia dan timur tengah?

"Rejim Zionis tersepit"

BEIRUT: Setiausaha Agung Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah (gambar) semalam berkata, Israel mengenakan tekanan terhadap semua institusi politik di seluruh dunia untuk melindungi Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Beliau berkata, revolusi di Mesir dan Tunisia baru-baru ini memaksa Israel mengkaji semula strategi keselamatannya apabila mendapati dirinya terpencil di Timur Tengah selepas kehilangan satu demi satu sekutunya.


Sayyed Hassan bagaimanapun memberi amaran mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa revolusi di kedua-dua negara Arab itu adalah rekaan Amerika Syarikat (AS) dan agensi perisikan serta tenteranya.

Ketua Hezbollah itu menyifatkan anggapan itu sebagai tidak adil dan menghina kedua-dua negara Afrika Utara itu.


“Siapa yang boleh percaya bahawa AS akan berusaha menggulingkan rejim yang memenuhi segala permintaannya, rejim yang melindungi kepentingan dan projek Amerika di rantau ini?” katanya.


Beliau mengingatkan orang ramai dan kumpulan pejuang: “Mereka (AS) cuba menonjolkan diri mereka sebagai pelindung rakyat serta hak dan kepentingan mereka selepas puluhan tahun menyokong seorang pemerintah kuku besi paling teruk pernah kita lihat di rantau ini.”

“Seperti yang ditunjukkan dalam keputusan kajian pendapat yang dijalankan oleh institusi akademik Amerika, majoriti penduduk di rantau ini menentang dasar AS.

“Jika rakyat menentang rejim sesebuah negara, pentadbiran Amerika akan berdiri di tengah-tengah dan tidak akan menyokong sengketa berdarah dengan rakyat kerana ia tahu kesan amat buruk akan menimpanya dan juga sekutunya,” kata Sayyed Hassan.

“Ia akan cuba mempamerkan dirinya sebagai pelindung rakyat dan memberi jaminan beberapa bentuk peralihan kuasa kepada pihak yang akan mengekalkan hubungan dengannya dan melindungi kepentingannya,” kata pemimpin Hezbollah itu.


Jutaan penduduk Mesir mengadakan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu untuk mendesak Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

sumber :Sini

PATUT LA AMERIKA SOKONG..

Sokongan mesti mengambil kira kepentingan rejim Zionis.
Kalau menguntungkan dan lebih mudah memberi kerjasama untuk memusnahkan orang Islam, pemimpin inilah yang akan ditonjolkan.
Pemimpin yang sentiasa sanggup menerima tunjuk ajar Zionis walau dalam apa jua keadaan...

WikiLeaks dedah talian panas pengganti Presiden Mesir

KAHERAH: Fail sulit diperoleh WikiLeaks mendedahkan Naib Presiden baru Mesir, Omar Suleiman, mempunyai ‘talian panas’ rahsia dengan Tel Aviv dan menghubungi rejim Zionis itu setiap hari.

Suleiman yang dijangka ramai akan menggantikan Hosni Mubarak sebagai Presiden ialah calon pilihan Israel, dedah pegawai Tel Aviv kepada pegawai Washington pada 2008, kata fail sulit berkenaan.

Bekas ketua risik rejim Mubarak itu yang memainkan peranan utama dalam rundingan damai Palestin-Israel, pernah mencadangkan tentera Yahudi menceroboh Mesir. Butiran itu terkandung dalam fail sulit diperoleh laman web WikiLeaks dan diserahkan kepada akhbar Britain, The Daily Telegraph.
Suleiman kini berunding dengan kumpulan pembangkang dan penunjuk perasaan bagi menyelesaikan kemelut politik negara itu selepas rakyat membuat bantahan di bandar besar sejak dua minggu lalu menuntut Mubarak berundur.

Sabtu lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton memberi sokongan kepada Suleiman untuk mengetuai peralihan ke era demokrasi.

Dokumen sulit dari Kedutaan AS di Kaherah dan Tel Aviv mendedahkan kerjasama rapat antara Suleiman dengan kerajaan AS dan Israel. David Hacham, penasihat kanan di jabatan pertahanan (Pentagon) memberitahu pegawai Amerika bahawa Israel berharap Suleiman dapat menggantikan kepemimpinan sekarang.

“Hacham memberi pujian melambung tinggi kepada Suleiman, bagaimanapun memberitahu hubungan baik Pentagon dengan Perkhidmatan Perisikan Am Mesir sekarang digunakan setiap hari,” kata kabel yang dihantar dari Kedutaan Amerika di Tel Aviv.
“Hacham memberitahu Israel percaya Suleiman bakal menggantikan Mubarak sekurang-kurangnya sebagai presiden sementara jika beliau meninggal dunia atau tidak mampu,” kata nota bertarikh Ogos 2008 itu.

Dokumen itu turut mendedahkan Suleiman mahu kumpulan Palestin, Hamas disisihkan dan berkata, Gaza harus ditekan agar kelaparan tetapi tidak kebulur.

“Kita mempunyai masa yang suntuk untuk mencapai kedamaian,” Suleiman dipetik memberitahu diplomat AS.

“Kita harus bangun pada waktu pagi tanpa sebarang berita mengenai keganasan, letupan dan tidak ada sebarang berita mengenai kematian,” kata naib presiden berusia 75 tahun itu yang adalah penganut Kristian Koptik. – Agensi
sumber: SINI

Selasa, 8 Februari 2011

WARGA EMAS YANG TERLAMPAU...

Makin tua, makin banyak amalnya..
Makin tua makin hebat..
...

BAGAN SERAI - Seorang warga emas ditahan selepas memiliki 1,300 pil eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM19,000 di Jalan Pantai Kuala Kurau, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian yang diketuai oleh Inspektor Mohd Sofian Kasudin kira-kira jam 2 pagi hari yang sama.

Katanya, polis tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang ketika pemeriksaan ke atas badan suspek dilakukan, bagaimanapun polis menjumpai satu beg plastik hitam di dalam bakul motosikal milik lelaki berkenaan.

“Kita dapati ada 20 foil aluminium di dalam plastik itu dan setiap satu foil berisi 10 biji pil dipercayai pil Erimin 5,” katanya ketika dalam satu sidang media semalam.

Beliau berkata, suspek berkenaan turut membawa polis ke rumah di No.429 Jalan Pantai, Kuala Kurau dan menjumpai beberapa lagi pil.

“Hasil pemeriksaan di rumahnya polis menjumpai, satu bekas cecair pencuci yang mempunyai 110 foil aluminium, yang setiap satu Foil berisi 10 biji pil dipercayai Eramin 5.

Beliau berkata, suspek berasal dari Kuala Kurau dan mempunyai empat rekod kesalahan jenayah dan dadah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

“Suspek direman sehingga 10 Februari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Mat Fuazi, anggaran nilai pasaran dadah yang dirampas lebih kurang RM19,000 yang boleh menampung pasaran dan bekal untuk 200 -300 orang penagih Erimin 5.

Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil risikan Bahagian Narkotik Kerian dengan bantuan maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek itu dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah jenis Erimen 5 di kawasan Utara Daerah Kerian.
Sumber : sinarharian

Isnin, 7 Februari 2011

CARI JALAN SUPAYA PENENTANG TERIMA KEBENARAN

Dari Abdullah r.a, katanya: “Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w menceritakan seseorang di antara nabi–nabi yang dipukul oleh kaumnya hingga mengalir darahnya dan nabi itu menghapuskan darah di mukanya sambil berdoa: “Wahai Tuhan! Ampunilah kiranya kaumku kerana sesungguhnya mereka belum tahu.”

(Bukhari)

Huraian:
Kebenaran (hak) itu datangnya daripada Allah S.W.T. Pemimpin kebenaran khususnya para rasul wajib menyampaikan kebenaran itu kepada seluruh manusia. Bahkan salah satu sifat wajib bagi rasul ialah menyampaikan (tabligh). Mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran walaupun satu huruf.

Apabila datang penentangan terhadap yang hak itu, maka kebenaran sikap mereka tetap tidak berubah, melainkan terus mencari jalan bagaimana kebenaran itu boleh sampai dan diterima oleh para penentang. Sekiranya sudah tidak ada lagi jalan untuk penentangnya menerima kebenaran, maka didoakannya pula. Doanya kepada penentang ialah agar menerima kebenaran dan Tuhan ampunkan segala kesilapan dan dosa-dosa mereka.

Begitulah mulianya hati dan jiwa insan yang Allah anugerahkan sebagai pemimpin umat. Inilah hati para rasul. Lihatlah sikap Rasulullah s.a.w yang memaafkan penduduk Thaif yang menghina baginda. Malah baginda mendoakan agar mereka nanti akan menerima kebenaran dan beriman kepada Tuhan suatu masa kelak.
Sumber : SINI

Ahad, 6 Februari 2011

TEMAN TUNANG SAKIT SAMPAI ATAS KATIL...


Waktu sakit pun masih buat maksiat.
Status tunang seolah menghalalkan segalanya...
Masuk bilik air bersama, tidur bersama dan macam-macam lagi...

Bila ditegur, memekakkan telinga, membutakan mata...

Baca kisah tentang maksiat yang berlaku di wad : SINI