Pengikut

Sabtu, 8 Ogos 2009

SAPA YG NAK BELA?


Assalamualaikum.


Telah kita saksikan betapa kebenaran itu pasti akan memusnahkan kepalsuan.

Kepalsuan dan kebatilan tidak akan kekal lama.

Bila cahaya kebenaran itu datang, maka lenyaplah kebatilan.


Islam mesti dibela oleh orang Islam.

Jangan harap org bukan Islam nak bela Islam.

Islam tertegak dengan adanya pembela yg tak takut pada cercaan,makian atau apa sahaja yg semaksud dengannya.

Golongan yg membela Islam hanya takut pada Allah.

Jawatan, pangkat, kemulian atau kemegahan tak mampu memujuk jiwa dan diri para pejuang dan pembela agama Allah.

Bagi mereka, Kemulian, kemegahan, kekuasaan adalah disisi Allah.

Jika Allah memberi ruang pada mereka memperolehi kuasa, mereka berusaha sedaya mungkin disamping tawakal pada Allah untuk mempertahankan prinsip dan asas perjuangan demi mencapai dan mencari keredhaan Allah.

Biar hilang jawatan, jgn hilang hidayah dalam hidup.


"Bagi pembela Islam mereka rela kalah kerana melaksanakan Islam.

rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"......


Redha Allah adalah matlamatnya.

Jgn pula org Islam jadi pembela kemungkaran, pendokong kemungkaran dan penyebab kemungkaran berleluasa...


Kita semua telah dan akan menyaksikan kebenaran itu cuba dipadamkan dengan lidah dan tangan penentang Islam.


Kita juga tahu apa natijahnya.


tapi keyakinan itu semakin pudar.

hakikatnya, apa yg berlaku Krisis keyakinan melanda ummat Islam.

Kembalilah...


“Sesungguhnya orang yang harus kamu berikan wala’ kamu kepada mereka hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka tunduk-patuh (kepada hukum-hakam Allah). Dan sesiapa yang memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan orang-orang beriman, maka sesungguhnya golongan (yang mendokong agama) Allah itulah yang pasti menang”.........(al-Maidah: 55)


sekian. Wassalam


Khamis, 6 Ogos 2009

WASIAT BERGUNA



Assalamualaikum.
Kita merenung nasihat @ wasiat berguna yg pernah diberikan oleh ulama terkemuka ini. Ada kebaikan pada perkataannya. Limpahan Ilmu yg Allah kurniakan kepada beliau disampaikan kepada kita semua sebagai peringatan. Semoga kita dapat manafaat darinya.


10 WASIAT HASSAN AL-BANNA

1. Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu di kala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat? Juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.



2. Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada kesalaman. Jadilah hamba yang sejahtera.



3. Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!



4. Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!



5. Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan.



6. Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.



7. Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita? Jangan keraskan suaramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.



8. Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.



9. Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci tidak mengenali tapi tak sepi.




10. Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret? Tanpa haluan dan noktahnya.

Isnin, 3 Ogos 2009

PERMATANG PASIR : ANWAR IBRAHIM PULANG PAKU BUAH KERAS PADA PAS PULAU PINANG?

Assalamualaikum.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat permintaan daripada pemimpin dan akar umbi parti itu supaya ia meletakkan calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir." Demikian lapor mStar Online.

Setiap keyataan yg dikeluarkan mempunyai maksud yg tersirat. Tambahan ianya keluar dari mulut orang besar pakatan rakyat.

Ianya menjadi Isu yg akan dimainkan media massa untuk melaga-lagakan orang pakatan rakyat. Atau mungkin nak ketuk sesiapa yg bising pasal nak letak calon di Penanti tempoh hari.

Hebat betul orang kita.

Kesimpulannya: Berpeganglah pada janji.
disitu ada kedamaian
jgn ada lak yg melompat tak puas hati. Sekadar 1,2,3 ketuk, 4,5 dan 6 kena lekuk.

sekian wassalam.