Usahlah bersangka buruk dan sengaja tak mahu terima hakikat.
Pemuda PAS kena belajar terima penjelasan dari pihak Polis tanpa ragu, was-was.
Dan usahlah cuba memperlekehkan usaha pihak tertentu untuk memberi apa jua kursus kepada mana-mana pihak. Semuanya atas dasar tolong menolong, bantu membantu kearah kebaikan.
Kursus ini mampu memberi ruang yang lebih luas kepada mereka untuk terus bantu Malaysia mencapai tranformasi yang dilaungkan.
Pemuda PAS patutnya turut membantu memberikan kursus-kursus yang sesuai pada mereka agar mereka tidak terkapai-kapai dan kehilangan arah di negara kita yang tercinta. Ramai lagi warga-warga negara lain yang begitu mengharapkan kursus-kursus sebegini demi meneruskan hidup dirantau orang.
Janganlah bising dan kecoh dengan isu ini.
Buat rakyat Malaysia yang masih lagi dilanda kemiskinan, kemelaratan, kesengsaraan usahlah bimbang dan berasa dipinggirkan. Walaupun seolah-olah "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan" itu semua andaian dan sangkaan yang sengaja direka oleh pihak pembangkang yang sengaja nak cari isu setelah belanjawan yang dibentang kerajaan begitu bagus dan amat mantobb.
Ayuh rakyat malaysia,
Langkah kita biar senada,
Bicara kita biar sekata,
Kita kukuhkan kursus-kursus disetiap negeri,
Setiap daerah memacu usaha agar tiada yang tercicir. Biar semua merasa dapat pi kursus..
Biar semua terbela, dari semua negara..
Salah satu kursus yang patut diberikan pada warga asing ialah "kursus kahwin" supaya tiada lagi berita warganegara Malaysia dilarikan kerna tiada restu...
Patutnya kena baca gak apa yang ada kat SINI
Kemuliaan di sisiNya adalah apabila Allah memuliakan seorang hamba dengan memberikannya ketaatan dan taufik yang membolehkan mendapat habuan akhirat. Apabila diberi kesenangan dunia, dia bersyukur dan memuji Allah.
Pengikut
Sabtu, 15 Oktober 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
NAK PI KURSUS KEUSAHAWANAN JGN LA SAMPAI BOGEL..
Simpang lima :Oleh kerna amat teruja dengan tawaran kursus keusahawanan yang ditawarkan pihak tertentu, beliau tidak sempat memakai baju dan seluar. Bila disoal siasat, dia mengaku dia terlalu gopoh dan begitu teruja dan amat takut tidak sempat mendaftar kursus keusahawanan yang disediakan khusus untuk pendatang dari serata alam. Untung bangat teriak beliau...begitulah adanya..
*gambar sekadar hiasan sungai
*gambar sekadar hiasan sungai
KENA SERBU WAKTU MANDI BOGEL..
Simpang ampat : Kerana tidak tahan, ramai pemuda yang geram melihat aksi mandi bogel di sungai berhampiran kilang dan rumah kedai bertindak mengejar si perlaku tersebut. Lintang pukang la ia menyelamatkan diri demi mengelakkan dirinya dari ditangkap...begitulah adanya...hehe budak-budak..
gambar hiasan
gambar hiasan
Khamis, 13 Oktober 2011
JAHAT MACAM ISRAEL...BINATANG PUN MENYUMPAH!!!
Rabu, 12 Oktober 2011
SUAMI MENYESAL KERNA TERCERAI BINI...
Berkongsi tentang hukum hakam:
SAYA menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isteri ketika beliau dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak seperti berikut: "Selepas habis pantang, maka jatuh talak satu ke atas engkau!" Ketika kejadian, saya boleh dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. Soalan saya, adakah sah talak dihantar melalui SMS ketika saya tidak normal?
SUAMI MENYESAL,
Kuala Lumpur.
Jawapan
ISU yang perlu dijelaskan dalam permasalahan ini ialah sama ada jatuh talak melalui SMS dan sama ada jatuh talak oleh suami yang pada masa itu dikatakan tidak normal kerana mengambil ubat tidur berlebihan. Bagi menjawab isu ini, rujukan perlu dibuat terhadap rukun dan syarat sah rukun talak.
Menurut pendapat Shafie, rukun talak ada lima iaitu pentalak, sighah (lafaz), mahal (isteri iaitu perempuan ditalak), wilayah (ada kekuasaan) dan ada qasad ( niat ). Kami percaya isu sama ada jatuh talak atau tidak melalui SMS sudah banyak diperbincangkan dan majoriti pendapat jatuh talak melalui SMS jika pada SMS itu dibuat adanya lafaz dan niat yang jelas daripada suami seperti, "aku ceraikan kau", "aku talak kau" atau "maka tertalaklah engkau".
Persoalan saudara lebih menjurus kepada sama ada jatuh talak jika lafaz dibuat ketika suami tidak normal, dalam kes saudara kerana minum ubat batuk secara berlebihan. Disyaratkan bahawa suami yang melafazkan talak adalah suami yang mukallaf (baligh dan berakal) dan tidak dipaksa.
Dalam kes ini, diandaikan suami itu seorang yang baligh dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak ketika SMS itu ditulis. Isu di sini ialah sama ada sah perlakuan suami itu dengan alasan beliau dalam keadaan tidak normal kerana mengambil ubat tidur secara berlebihan. Adakah maksud suami tidak normal dalam kes ini boleh dikira sebagai mabuk iaitu tidak sedar apa dilakukannya menjadikannya tidak waras?
Menurut Dr Wahbah al Zuhaily dalam kitabnya al Fiqh Islami wa Adillatuhu, bagi talak oleh pentalak yang mabuk atau tidak normal kerana mabuk itu sampai pada peringkat percakapan merepek dan tidak menentu, bercampur-campur dan tidak sedar apa diperkatakan ketika mabuk, maka fuqaha' sepakat berpendapat tidak jatuh talak daripadanya jika ia mabuk yang tidak diharamkan. Maksud mabuk yang tidak diharamkan ialah seperti orang mabuk kerana darurat, terpaksa, kerana dipaksa atau kerana makan sejenis tumbuhan memabukkan walaupun bukan kerana sesuatu keperluan.
Oleh itu, orang berkenaan diberikan keuzuran kerana dia dalam keadaan tidak sedar dan tidak tahu apa yang dilakukan, maka dia seperti orang tidur. Bagaimanapun, dalam keadaan biasa, perkara seperti disebutkan jarang berlaku dalam kehidupan. Keadaan biasa berlaku pada masa kini adalah mabuk dengan cara haram seperti meminum arak dan dia bukan dipaksa.
Menurut pendapat yang kuat bagi jumhur fuqaha', jika seseorang mengambil atau menggunakan bahan memabukkan tanpa sesuatu keperluan atau darurat, maka jatuh talak yang dilafazkan olehnya dalam keadaan mabuk sebagai hukuman dan cegahan terhadapnya daripada melakukan perbuatan maksiat. Lagipun, dia mengambil bahan yang memabukkan itu dengan pilihan sendiri tanpa ada paksaan dan tanpa darurat.
Mengguna pakai hukum dan pendapat jumhur fuqaha' berkaitan mabuk dengan cara yang haram kepada permasalahan saudara ini, adakah saudara mengambil ubat tidur atas sesuatu keperluan atau darurat dengan nasihat dan aturan yang ditetapkan doktor? Saudara menyatakan mengambil ubat tidur secara berlebihan dan menyebabkan saudara boleh dikatakan tidak normal.
Isunya di sini ialah, keadaan tidak normal itu jika dikiaskan dengan pendapat jumhur ialah keadaan mabuk. Sedangkan dalam kes saudara, mengambil ubat tidur secara berlebihan bukan dipaksa. Jika saudara menjadikan alasan darurat untuk mengambil ubat tidur secara berlebihan, setiap ubat yang perlu diambil dari segi perubatan mesti dengan nasihat dan aturan ditetapkan doktor atau ahli perubatan.
Jika seseorang mengambil sesuatu ubat tanpa nasihat dan panduan ahli perubatan, seseorang harus bertanggungjawab dengan kesan dan akibat tindakannya itu. Tindakan mengambil ubat tidur secara berlebihan tanpa nasihat dan panduan ahli perubatan jelas menunjukkan saudara mengambil secara pilihan sendiri dan alasan menjadi tidak normal akibat daripadanya adalah kerana tindakan pilihan saudara sendiri.
Orang yang mukallaf (bertanggungjawab terhadap tindakannya), juga kerana ijma' sahabat Nabi SAW menyatakan kata-kata yang dilafazkan ketika mabuk seperti menuduh perempuan suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan. Berdasarkan pendapat jumhur fuqaha', talak yang dijatuhkan melalui penghantaran SMS walau dalam keadaan boleh dikatakan tidak normal kerana tindakan sengaja mengambil ubat tidur secara berlebihan, boleh dikira sah kerana mencukupi rukun pentalak itu sendiri.
Bagaimanapun, hanya hakim syarie yang mempunyai bidang kuasa menentukan pengesahan sesuatu lafaz talak berdasarkan keterangan lanjut daripada saudara mengenai sebab mengambil ubat tidur berlebihan. Saudara perlu mendaftarkan kes pengesahan perceraian di mahkamah syariah di tempat saudara bermastautin dengan kadar segera. Jika mahkamah mensabitkan talak itu sah, saudara perlu mengetahui sama ada tempoh edah isteri masih wujud atau tidak bagi membolehkan saudara rujuk dengan isteri.
SUMBER : SINI

Tak cuba tak tahu, dah cuba barulah tahu...
Dia bersyukur dengan keputusan itu yang berjaya membersihkan nama dan imej beliau serta keluarga.
Moga pada pilihanraya akan datang, beliau diberi ruang dan peluang untuk bertanding.
Mana tahu, boleh menang... tak cuba tak tahu, dah cuba barulah tahu.
Bekas Ketua UMNO Kubang Kerian bebas tuduhan menipu
PUTRAJAYA: Bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Mat Zin Awang hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan terhadap tuduhan menipu seorang pengurus besar syarikat sebanyak RM10,000, 11 tahun lalu. Mat Zin, yang juga bekas Pengerusi Eksekutif Kesedar Perkilangan Sdn Bhd, didakwa memperdayakan Rosdy Abd Rahman untuk menyumbangkan RM10,000 kepada tabung UMNO Bahagian Kuala Krai, dengan mendakwa ia diminta oleh Ketua Bahagian, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bazar Gua Musang antara 3 Februari dan 8 Februari 2000.
Pada 4 April 2004, Mahkamah Sesyen Gua Musang mendapati Mat Zin bersalah terhadap tuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun.
Dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi Kota Baharu di mana pada 11 Ogos tahun lalu menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.
Apabila diminta mengulas berhubung keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, Mat Zin, yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari berkata, beliau bersyukur dengan keputusan itu yang berjaya membersihkan nama dan imej beliau serta keluarga.
Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi bertindak bagi pihak pendakwaan.- BERNAMA
Selasa, 11 Oktober 2011
Datuk Seri Najib lahir dalam sebuah keluarga bangsawan..
Riwayat hidup PM/ kisah pendek tentang PM :
BAPANYA ialah salah seorang pembesar Istana Pahang yang dipanggil Orang Kaya Indera Shahbandar yang juga Perdana Menteri Kedua Malaysia. Ibunya pula ialah anak kepada salah seorang pengasas UMNO, menteri dan kemudian menjadi Speaker Dewan Rakyat pertama negara.
Beliau lahir dalam sebuah keluarga bangsawan yang ternyata bukan calang-calang.
Boleh baca kat SINI kisah beliau.
Isnin, 10 Oktober 2011
HEBAT :PERDANA MENTERI YANG ZUHUD...
PM kena sering menasihati rakyat agar berjimat cermat.Tidak membazir dan boros.
Dalam masa yang sama PM kena tunjukkan cara hidup berjimat cermat dan dilihat berjimat cermat. Berjimat cermat tidaklah sampai jadi kedekut dan bakhil. Berbelanja tidaklah sampai membazir dan kelihatan seperti membazir.
Contoh :

Langgan:
Catatan (Atom)