Pengikut

Sabtu, 26 Jun 2010

DAKWAH TANPA TUJUAN POLITIK? (KEMASKINI )

KAJIAN PERBANDINGAN: ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS...

Ini adalah berkenaan bicara soal dakwah tanpa tujuan politik.Entahlah samada dakwah itu terpisah dari politik atau politik yg nak memisahkan dakwah..pakat layan...

Sebelum mereka masuk :
"Kerajaan berkemungkinan akan meluluskan lesen judi bola sepak"

Selepas mereka masuk :
"Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan POLITIK "

Mungkin cerita sebelum dan selepas ini ada sangkut paut dengan kemasukan 40 orang ulama ini ? :

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu. "Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar,".Tammat..

Apa pun syukurlah pada Allah atas nikmat dan anugerah yg diberikan...

*sekadar gambar hiasan

Jumaat, 25 Jun 2010

MESTI TENGOK : PENUH MAKNA...



Meniti saat sukar bersama, taat dan setia walau kat mana sekalipun...
Terkadang tujuan dan sebab itu sukar dipahami...
Namun kerna cinta dan tahu kebenaran janji-janji itu adalah pasti, setialah padaNYA walau menempuh derita.
Harapan tinggi memohon moga dihindari dari penyakit...
Kerna setiap saat penyakit hati makin bertambah dengan sebab cintakan dunia dan takutkan mati...

Selasa, 22 Jun 2010

BERITA BAIK...

Sekarang ni, ramai dah menjadikan ia sebagai pilihan utama kerjaya. Sehingga permohonan yg diterima amatlah tinggi dari kalangan pelajar cemerlang...
Baca berita terbaru ini pulak :

PUTRAJAYA: Calon yang telah lulus kursus perguruan akan terus dilantik sebagai guru tetap dan bukan lagi sebagai Guru Sandaran Terlatih, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam pengambilan yang akan datang, yang bukan sahaja akan menjimatkan kos dan masa, tetapi memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu.
"Kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai.
"Apa yang penting, kita mahukan guru yang cukup baik dan terpilih, diberikan jawatan yang tetap selepas proses tapisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Datuk Kusaini Hasbullah.

Terdahulu, i dalam ucapannya, Muhyiddin berkata dalam melaksanakan tindakan itu, perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan SPP dapat diperkemaskan.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan.
"Buat masa ini, pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran dan Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi.

"Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan lima syor yang dihasilkan oleh makmal khas yang ditubuhkan bagi membincang kaedah dan cara untuk meningkatkan kualiti guru.

"Lima syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon guru terbaik untuk mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam; memastikan guru menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan bukannya tugas perkeranian.

"Selain itu, meningkatkan akauntabiliti IPG melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing-masing; merekrut guru berkualiti dalam bidang kritikal dan menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya. - BERNAMA
sumber asal di sini

Ahad, 20 Jun 2010

BELAJAR ADAB


Adab dan perangai perlulah dipelihara supaya tidak menjejaskan maruah dan harga diri...
Biarlah perbuatan dan tindakan itu kena pada tempat dan masa yg sesuai, melainkan dalam keadaan dharurah atau melampaui kemampuan diri untuk menahannya... lepaskan ia dengan cara yg betul...