Pengikut

Sabtu, 16 Januari 2010

MARAH ANAK: BAKAR RUMAH ATAU BAKAR DIRI?

Assalamualaikum.
Dulu2 punya cerita, marah anak kerna tak dengar cakap atau derhaka, anak akan disumpah jadi batu atau batu bersurat dan macam2 lagi la sumpah menyumpah.Contohnya kisah sitanggang.
Dulu2 punya cerita juga bila anak tak dengar cakap, degil dan sebagainya, si Ibu akan merajuk membawa diri : Contoh kisah Batu Belah batu bertangkup.
Itu dulu...
Zaman dan berubah, yg terbaru punya cerita, bila ada tak dengar cakap si Ibu membakar diri sendiri. Peristiwa ni berlaku kat negeri utara semelanjung Malaysia.
Yg terkini perkembangan Ibu tujuh anak yang membakar diri kerana marahkan anak perempuannya dengan mencurah petrol ke badannya minggu lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar malam tadi.

Rossliana Rosli, 32, yang terbakar 54 peratus dalam kejadian Sabtu lalu meninggal dunia jam 8.30 malam. SUMBER :Di sini

Apa yg nak dikata?

Iktibarnya : Didiklah anak dari kecil dengan didikan Al-quran dan kenal Allah. Ibu bapa kena sering membaca Al-Quran dan zikir2 samada dirumah dan dalam kenderaan.Nak anak baik, ibu ayah kena turut tunjuk contoh terbaik.
Melentur buluh dari rebungnya.
kalau dah jadi buluh baru nak lentur, hancussss.
Bukan tak boleh, tapi sukar...

#keterangan gambar : sekadar gambar hiasan, tiada kena mengena dengan marah anak.

Jumaat, 15 Januari 2010

Antara Nasihat dan Mengumpat

Nasihat berfaedah pada diri dan orang lain.
Nasihat yg baik jika diikuti akan memberi pahala bagi yg memberi nasihat dan yg menerima nasihat.
Agama itu nasihat kata nabi kita.
Bagi yg sudi mendengar nasihat dan mengikut nasihat tergolong dalam golongan orang yg lembut hatinya. Inilah yg patut dipilih oleh tiap insan. Sudi memberi nasihat dan menerima nasihat.
Mengumpat Pula mengundang dosa.
Dosa mengakibatkan jiwa jadi tidak tenteram,
hati jadi hitam dan keras.
Orang yg diumpat tidak suka bila diumpat.
Jika kita tahu ada orang mengumpat kita,
pasti kita rasa bengang dan tak puas hati bila ada orang mengumpat kita.
begitu juga orang lain.
Sekian.

SAPA NAK PANTAU? KERAJAAN @ PEMBANGKANG?

Assalamualaikum.
JIka ini yg kita baca :...Sekiranya kerajaan bercadang untuk membenarkan non muslim mengguanakan kalimah Allah, maka syarat-syarat yang ketat mestilah dikenakan demi memastikan perkara-perkara di atas tidak berlaku. Hukuman yang berat juga mesti dikenakan kepada pihak yang menyalahgunakan kebenaran tersebut. Ini demi memastikan kesucian nama Allah terpelihara dari sifatnya yang Maha Esa.
Soalnya, nak harapkan sapa pantau?
soal harga barang naik tak terpantau,
soal harga tiket bus naik tak terpantau,
soal ulat tiket setiap musim tak terpantau,
soal ayam tak sembelih dengan betul tak terpantau,
soal hotel tak ada sijil halal jamu orang Islam tak terpantau,
Soal 40 ribu rakyat India hilang di Malaysia tak terpantau,
Soal rakyat cina yg datang jadi pelacur tak terpantau,
soal dadah yg ada macam2 agensi pun tak terpantau,
soal sempadan diceroboh pun tak terpantau,
soal nyawa dan harta yg sering terdedah dengan bahaya pun tak terpantau,.......
soal n macam- macam lagi soal yg tak terpantau...
bukan tak ada skuad pemantau,
ada beribu2 skuad pemantau,
bukan tak ada garis panduan yg ketat lagi mantobbbb....
kita pernah dengar dulu tentang 2 ribu pemantau harga barang bagi menjamin barang tak naik, tapi barang naik macam takde pemantau je.
Tiba2 nak tambah lagi beban?!!!
dah terbukti belum nie tentang ketidakmampuan soal memantau nie.
jadi pakat pikiq sendiri
moga2 jgn ada ayat kat atas tu di Malaysia udah laaa...
yang sokong dgn bersyarat pun tak mampu nak bertindak lagi...
Soalnya sapa nak pantau? masih lagi berharap?
terbukti sudah tentang itu. Semua yakin dan paham.
Zalim atau adil?
Zalimkah kita?
adil kepada semua.
jgn kata kat aku kepala hotak dah la.
kesian aku.
wassalam

Rabu, 13 Januari 2010

TERUK

Assalamualaikum.
memang teruk,
ku sangkakan sedikit cuma,
tapi...
begitu dahsyat

terpaksalah aku berhempas pulas,
mencari cara dan jurus terbaik,
akhirnya...
pecah jua...

Ahad, 10 Januari 2010

AWAS!!! :SERANGAN ANAI2 YG MEMUSNAHKAN !!!

Assalamualaikum.
Anai-anai adalah sejenis serangga yg diciptakan oleh Allah dengan ciri2 dan sifat2nya yg tersendiri.Setiap makhluk yg diciptakan Allah mempunyai peranan dan hikmah yg tersendiri.

Semua maklum tentang keupayaan dan kecekapan anai2 dalam urusan kerjanya. Senyap dan makan dalam. Sukar dikesan dan terurus kerja buatnya. Itu serba sedikit latar belakang anai2. Nak tahu lebih lanjut sila baca buku mengenainya dan boleh dapatkan maklumat melalui internet dan sebagainya.

Hari ini nak kena pindah rumah baru. Bukan rumah baru beli, tapi rumah sewa. Melihat pada lantai kayu yg penuh dengan kesan2 serangan anai2 terpaksalah beli racun anai2 n kenalah sembur dulu sebelum angkat barang. Kalau tidak habis almari, buku2 dan lain2 lagi akan menjadi mangsa serangan senyap anai2 yg bisa memusnahkan sebuah rumah yg indah dan segala isinya.
Berhati2 dengan serangan anai2 yg sukar dikesan melainkan kita selalu memantau dan mengambil langkah berjaga2 sebelum parah.
Letih angkut barang.