Pengikut

Khamis, 2 Julai 2009

BILAKAH KITA DIKATAKAN MEMELUK ISLAM?







Assalamualaikum...






Entah kenapa, sejak kebelakangan ini saya merasakan bahawa saya terpaksa mengulas komen yang diberi. Isu-isu yang berselirat di keliling pinggang ini kadangkalah tak cukup tangan untuk diulas. Namun, saya anggap beberapa komen yang diberikan, perlu diulas terlebih dahulu, memandangkan ia adalah sesuatu yang penting untuk dijelaskan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertanya kerana terdetik untuk memahami Islam yang sebenar.
Soalan yang ditanya ialah, “Bilakah seseorang itu memeluk Islam?”, “Bilakah kita menerima Islam?, “Bilakah kita dikatakan sebagai seorang yang Islam?”, dan yang sewaktu dengannya. Mungkin kalau kita katakan, seorang yang bukan Islam, mempunyai tarikh tertentu untuk menggelar dirinya sebagai Islam, tetapi bagaimanakah pula dengan kita? Bilakah kita menganut Agama Islam? Bilakah kita menerima Islam daripada Allah?
Perkara pertama yang perlu difahami ialah, Islam itu bukanlah “nama” semata-mata. Islam itu ialah pegangan, mengucap dua kalimah syahadah dan praktikal. Maka, sekiranya seseorang itu sudahpun mempunyai 3 perkara ini, dia adalah seorang Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan pegangan? Apakah yang dimaksudkan dengan dua kalimah syahadah, dan apakah pula yang dikatakan dengan praktikal.
Pegangan ialah i'tikad, kepercayaan dan yang sewaktu dengannya. Apakah pegangan kita? Kita berpegang kepada rukun Iman yang enam. Iaitu, kita berpegang bahawa Allah itu adalah Tuhan Yang Maha Esa, wajib disembah dan sebagainya. Kemudian kita berpegang dengan kewujudan malaikat dan yang berkaitan dengannya. Kemudian, kitab-kitab Allah, nabi-nabi Allah, Hari Kiamat, dan ketetapan dan ketentuan Allah.
Pegangan ini adalah pada hati. Maka, sesiapa yang di dalam hatinya tiada pegangan ini, maka dia tidak layak digelar Islam. Contohnya orang yang tidak meyakini Nabi, atau sunnahnya. Atau orang yang mengetahui Allah itu ada, tetapi tidak merasa Ia perlu disembah. Atau kita tidak yakin dengan kebenaran al Quran, bahkan kita merasakan al Quran itu ketinggalan. Maka, orang seperti ini adalah mereka yang tiada pegangan terhadap Islam, dan mereka tidak layak digelar Islam.
Sesiapa yang sudah berpegang dengan keenam-enam perkara ini, maka dia sudah layak digelar Islam. Soalan yang ditanya ialah bilakah seseorang itu dikatakan Islam? Seseorang itu dikatakan Islam apabila dia sudah berpegang dengan keenam-enam perkara ini. Sekiranya berpegang dengan 4 sahaja, belum dikatakan beriman, dan sebagainya.
Cuma, pegangan ini adalah persoalan hati. Kita tidak tahu sejauh manakah pegangan seseorang itu terhadap keenam-enam perkara ini, kerana ia adalah persoalan hati. Maka, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh seseorang itu kafir, atau mengatakan Islam kepada orang yang jelas kekafirannya. Pegangan dengan hati ini adalah hubungan dia dengan Allah sahaja.






Salam Perjuangan




Dr Fikrah






dipetik dari blog : http://drfikrah.blogspot.com/



Ahad, 28 Jun 2009

BENARNYA CINTA...

Assalamualaikum...

Apabila kecintaanmu benar,
maka semuanya akan terasa mudah
dan semua yg ada di atas tanah
akan pulang menjadi tanah lagi...

Hai bencana, kerahlah semua kemampuanmu
kamu pasti akan lenyap
kini tiba saatnya
sinar terang benderang...

Jangan sesekali menganggap bahawa orang2 yg hidupnya boros dan suka bermewah-mewahan itu akan berbahagia dengan kehidupannya. Orang yg terlalu mengejar kenikmatan dan keinginan hatinya, tidak peduli halal dan haram. Mereka sebenarnya tidak bahagia. Mereka dalam kesempitan, kesedihan dan kegelisahan. Sebab setiap org yg menyimpang dari aturan dan berbuat maksiat tidak akan pernah bahagia selamanya.

Jangan kita mengira bahawa orang2 kaya yg berlimpah harta dan hidup berlebihan, mereka hidup dalam kesenangan dan kegembiraan. Tidak demikian, bahkan sebahagian orang2 fakir yg tinggal di rumah-rumah sederhana, keadaan mereka jauh lebih bahagia daripada mereka yg hidup bergelimpangan dengan kesenangan, berpakaian kain sutera, dan tinggal di banggunan2 yg mewah. Sebab seorang muslim yg bersifat "qanaah", gemar beribadah dan tidak mengejar dunia, akan lebih bahagia daripada mereka yg menyimpang dan keluar dari peraturan Allah.

Allah Taala adalah tuhan yg paling pemurah dari yg pemurah dan yg palig dermawan dari penderma. Dia menganugerahkan kepada hambanya-hambanya sebelum mereka memohon dan di atas apa yg mereka harapkan. Allah Taala menghargai sesuatu amal walaupun sedikit dan terus menerus. Dia mengampuni banyak kesalahan dan menghapuskannya. Semua yg ada di langit dan di bumi selalu meminta kepadanya..

Sesungguhnya kebahgian itu ada dalam diri kita. Kerana itu, sudah seharusnya kita mengerahkan jerih payah kita untuk memperbaiki diri sendiri...

sekian.. wassalam