Pengikut

Sabtu, 29 Mei 2010

BILA SUBSIDI KAT TANGAN DIRAMPAS!!!



Aku tidak berdaya nak berbuat apa-apa...
hanya mampu melihat dan gundah gulana cuma...

BERHATI-HATI : TEKTIK LAMA KEMBALI MENJELMA...




Semua wajib tahu, betapa negara akan bankrap dalam masa 9 tahun lagi jika terus memberi subsidi.

Bila baca kenyataan macam ni, rakyat kenalah paham bahawa kerajaan sedang menimbang untuk menaikkan harga minyak. Minyak masak, minyak petrol, minyak angin dan segala jenis minyak.
Gula, tepung, garam, roti, telor, ikan, ayam dan segala jenis yg layak untuk dinaikkan akan dinaikkan berasaskan kesesuaian.

Yuran sekolah, skim pinjaman buku teks pun akan dikaji semula supaya kerajaan tidak rugi.
Apapun, yg kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus terhimpit dgn kemiskinan.
Memang betul...Segala kenaikan tidak memberi kesan pada golongan yg berpendapatan tinggi, tapi ianya amat memberi tekanan yg amat sangat pada golongan yg berpendapatan rendah.
Bagaimana pula dengan soal ketirisan dan korupsi? tak bankrap?

Jumaat, 28 Mei 2010

MEMANG TIDAK MENGECEWAKAN


RFC...Bagi yang pernah rasa, pasti tidak lupa dengan rasa herba yg penuh khasiat dan bisa menghangatkan tekak. Sejukkan tekak dengan "Cola RadiX"berherba.
Memang tidak mengecewakan..cuma kena beratur panjang.
Sambutan yg amat hebat dari kalangan penggemar Ayam yg halal, suci dan diyakini kebaikannya...
pakat ramai-ramai pi test jika belum pernah cuba."siapa yg tak pernah merasa,bermakna tidak tahu"

Khamis, 27 Mei 2010

BILA PETROL NAIK : BERITA PALING MELEGAKAN!!!

Percayalah!, inilah berita yg paling melegakan.
Percayalah!!!...Bila ia berlaku pasti ianya berita yg paling menguntuntungkan.
Sedarlah!... Ianya adalah sesuatu yg sukar dilupakan, kerana ianya mengembirakan!
Berita yg mampu memberi sinar yg penuh gilang gemilang.

Siapa yg lega?
Tak lain tak bukan, kerajaan la. Ini kerana, dengan kenaikan harga petrol kerajaan dapat berjimat dengan pengurangan subsidi. Penjimatan itu dapat disalurkan pada keperluan lain, seperti meningkatkan tahap kecekapan pengangkutan awam (alasan sejak dari dulu, kini dan selamanya ).

Siapa untung?
yang ini kena tepuk kepala masing-masing... Sendiri fikir dan muhasabah.

Siapa gembira?
Tentulah rakyat yg tidak terjejas dengan kenaikan tersebut.

Oleh itu...Bila tiba saat dan waktu, kita semua wajib berubah dan merubah!!!

Baca pasal berita mungkin dinaikkan. kat malaysiakini.com/bm

KAMI AKAN BERTINDAK BALAS!!!

Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah berkata pihaknya akan mengebom sasaran tentera, penduduk awam dan kapal komersial menuju ke Israel sekiranya satu perang baru meletus dengan negara Yahudi itu.
“Jika anda (Israel) melancarkan satu perang baru di Lubnan, jika anda menghalang pantai kami, tentera atau kapal komersial menuju ke Mediterranean untuk menduduki Palestin akan menjadi sasaran,” kata Nasrallah dalam satu ucapan disiarkan melalui pautan video kepada penyokongnya di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.
“Sama ada sepanjang utara atau selatan pantai Israel kami akan menyasarkan kapal, mengebom mereka dan menyerang mereka dengan izin Tuhan,” katanya bercakap pada satu majlis ulang tahun ke-10 pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan selepas 22 tahun pendudukan.

“Bila dunia melihat bagaimana kapal ini dimusnahkan tiada siapa akan mahu ke sana (Israel),” katanya.

“Maafkan saya jika satu daripada kapal berkenaan dapat lepas daripada serangan kami.” Nasrallah juga mengulangi ancaman sebelum ini untuk mengebom lapangan terbang Israel dan kawasan strategik lain jika perang baru meletus.


Ucapan beliau dibuat ketika dakwaan Israel bahawa kumpulan Syiah itu yang terbabit dalam perang sebulan dengan Israel pada 2006 melengkapkan senjata baru canggih untuk berhadapan dengan satu konflik baru.
Nasrallah dalam ucapan selama sejam berkata beliau tidak akan memberi ulasan mengenai keupayaan tentera Hizbullah, selain menyatakan ia bakal menjadi satu kejutan kepada Israel jika berlakunya satu konflik baru.

“Musuh ini akan takut dan kami akan terus menakutkan mereka,” katanya yang merujuk kepada Israel. “Tetapi anda (Lubnan) perlu merasa yakin kerana keseimbangan sudah berubah.

“Dalam perang akan datang, kita akan bertahan, mendapat kemenangan dan mengubah wilayah ini dengan izin Tuhan,” katanya.

Nasrallah mendakwa pemimpin Israel menyebarkan dakwaan bahawa Syria memindahkan peluru berpandu Scud kepada Hizbullah dalam usaha mendapatkan bantuan kewangan Amerika Syarikat. – AFP
SUMBER : BERITA HARIAN

Rabu, 26 Mei 2010

TERKINI : BEKAS PM TINGGALKAN PARTI

Memang mengejutkan. Walau pernah menerajui parti tersebut, bekas PM ini bertekad meninggalkan parti tersebut kerana menyifatkannya terlalu konservatif.

Baca berita ini :
SYDNEY: Bekas Perdana Menteri Australia dari Parti Liberal, Malcolm Fraser meninggalkan parti yang pernah beliau terajui kerana menyifatkannya terlalu konservatif.

Australia Financial Review memetik sahabat dan rakan sekerjanya sambil berkata, Fraser kecewa cara parti itu dikendalikan dan ia membabitkan pendirian terhadap pendatang tanpa izin.
Fraser yang mengetuai parti itu antara 1975 hingga 1983, berkata beliau marah terutamanya terhadap iklan televisyen yang baru menunjukkan Australia adalah sasaran pendatang tanpa izin. - AFP

sumber : www.bharian.com.my

Selasa, 25 Mei 2010

UMNO VS MIC : Siapa hebat?Siapa lingkup?

Siapa bunuh siapa ni?

Semalam Anak Datuk Seri S Samy Vellu, Vell Paari menuduh UMNO adalah dalang kepada konflik dalaman MIC.
Vell Paari antara lain menuduh Umno menggunakan "pembunuh politik" untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Hari ini TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan tersebut Malahan menyelar tindakan anak Datuk Seri S Samy Vellu tersebut sebagai liar dan tidak bertanggungjawab. Tan Sri Muhyiddin mengulas kenyataan Vell Paari dalam wawancara bersama laman web Free Malaysia Today semalam. lihat sini

Ini dah kes tuduh menuduh sesama geng sendiri...
Agak-agak siapa la yg berkata benar dan siapa yg menipu dlm kes ini. Dan siapakah pemenangnya nanti?
Sama-samalah menanti peristiwa seterusnnya...
Adakah ini berita baik buat PR?

Isnin, 24 Mei 2010

INGAT MASUK JE, NAK KELUAR DUIT KEDEKUT!!!

Penyakit takut miskin menjadikan ummat Islam semakin bakhil atau kedekut.Kehidupan ummat Islam sentiasa gundah gulana, resah gelisah disebabkan dunia memperdaya diri dengan hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.Syaitan menjadi penghasut dan menjanjikan kemiskinan dan kepapaan pada mereka yg menginfakkan hartanya pada jalan Allah. Bila nak bersedekah, berzakat cukup liat dan pelbagai alasan diberikan bagi mengelak memberi sedekah dan menunaikan zakat.

" Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. "

Diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abi Hurairah

Ahad, 23 Mei 2010

Semalam PAKLAH , HARI INI TPM la pulak. Tunggu JAKIM je lagi!!!

Sebagai orang yg mengaku Islam, kenalah jujur dalam berkata-kata.
Jujur dlm menyatakan hukum... Sebagai pemimpin, perlulah memimpin ummat menjadi rakyat yg sentiasa menjauhi maksiat seperti terlibat dengan judi dan unsur-unsur judi. Sentiasa peka dan cakna mengenai luahan rasa rakyat, apatah lagi yg membabitkan hukum Allah Taala...
Lesen dah lama lulus, takkan tak pernah dapat reaksi dari mana2 pihak? Mungkin ramai sangat kaki kipas, lansung kebenaran itu terhalang dan menyebabkan diri terbinasa. Nasib baik semalam ada teguran dari Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Berita semalam:Mantan PM dah menyatakan bahawa : "Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas.

Beliau yg juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

Pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pula : kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu.

bacaan lanjut : kat sini

p/s : Mudah-mudahan PM dan TPM dah terbaca kenyataan bekas PM kita yg lalu. Ianya sebahagian dari reaksi masyarakat Malaysia juga.
Firman Allah : "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya...
Surah Al-Baqarah ayat 219