Pengikut

Jumaat, 18 Disember 2009

HIJRAH ITU PENGORBANAN...

Assalamualaikum.

Sesungguhnya manusia hanya bernilai di sisi Allah SWT sekiranya mereka berpegang teguh dengan aqidah yang benar dan agama Islam yang murni.ALLAH SWT meletakkan kesucian agama dan aqidah mengatasi segala-galanya di muka dunia ini.

Hijrah Nabi s.a.w. dan para sahabat ke Madinah, bukan semata-mata hijrah menyelamatkan diri dari gangguan Quraisy. Sebaliknya setelah kesucian Islam dan aqidah dalam dada dan jiwa manusia terancam oleh musuh. Setelah pelbagai usaha untuk menyelamatkan agama dan juga aqidah menghadapi jalan buntu di Makkah, maka Allah SWT memerintahkan Rasulnya berhijrah.
Sebab itu demi agama dan aqidah, mereka tinggalkan seluruh harta duniawi untuk berhijrah ke Madinah. Nabi s.a.w. mengajar umatnya supaya menyelamatkan aqidah dan agama yang suci, dan hati mereka tidak terpaut dengan apa jua kepentingan duniawi.
Justeru itu Allah SWT mewajibkan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya mengorbankan segala kepentingan diri dan kekayaan duniawi, demi mempertahan dan menyelamatkan agama yang suci dan aqidah yang murni.

Ringkasnya, perjuangan itu memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan itu hadir dari jiwa yg ikhlas,dan keihlasan itu datangnya dari iman dan takwa.
Selamat menyambut Tahun Baru...
sekian. Wassalam

Khamis, 17 Disember 2009

Datuk Ahmad Yaakob : "bukan perkara main-main."

Assalamualaikum.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ(153)

Maksud Nya :

“Wahai sekelian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”

Surah Al Baqarah Ayat :153

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan. "Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar... ia bukan perkara main-main. "Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya. Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.

Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.

Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan. "Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja. "Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.

"Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan," katanya.
dipetik dari: http://anaksengat.blogspot.com

Rabu, 16 Disember 2009

Datuk Johari Baharom penyelamat Kerajaan 1 Malaysia?

Isu panas membakar...

...Sebenarnya ketika ‘panggilan kecemasan ‘ pertama dikeluarkan pada semua Ahli Parlimen BN,beliau sedang berada dalam kereta dekat Kuala Klawang,Negeri Sembilan dalam perjalanan menuju ke Muadzam Shah di Pahang.

Demi tugas semata-mata untuk meninjau segera masalah seorang pengusaha syarikat tenusu yang hendak membuang dua lori tangki susunya - beliau terpaksa redah ke situ pada sebelah malam.

”Saya mulanya jadi serba salah ketika menerima panggilan kecemasan suruh datang segera ke Parlimen dari Datuk Zainal .Saya memang nak pergi tengok sendiri masalah pengusaha tenusu itu.Namun saya sedar kalau tidak segera berpatah balik ke Parlimen…masalah amat besar akan menimpa kerajaan,”katanya.
bacaan lanjut sila baca di Agendadaily.com

LALAI DAN MELAMPAU BATAS

Assalamualaikum.
Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Maka wajar kita mengetahui antara puncanya ialah lalai dan melampau batas.

Antara Ciri-ciri orang yang lalai kepada Allah.

•-Mereka cenderung mengikut hawa nafsunya dan melampaui batas terhadap ketentu-ketentuan Allah. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (AL-Kahfi-28)
•-Mereka yang hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia.
•-Mereka terus menerus menempuh jalan yang sesat,tidak mahu mengikut jalan yang benar. Allah berfirman: "Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombong dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka apabila melihat ayat-ayatKu, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka milihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu, adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka selalu lalai daripadanya." (Al A’raf-146).

Hanya satu jalan sahaja untuk kita tidak tergolong dari kalangan orang yang lalai iaitu firman Allah: "Dan sebutlah nama tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan takut dan dengan tidak mengeraskan suara diwaktu pagi dan petang,dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai." Al 'Araf ayat 205

Jadi, mengingati Allah dan merendahkan diri adalah jalan bagi kita terhindar dari menjadi golongan yang lalai

Selasa, 15 Disember 2009

TEGUHKAN KOTA KITA

Rakan Kongsi Perniagaan HPA sekalian....
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian boleh membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda terhadap keutuhan kota kita.

Perkara2 yg boleh mendatangkan keruntuhan kota kita:
1. Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
2. Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan. Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain.
3. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat. Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu.

4. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat. Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
5. Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain.
6. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri. Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
SUMBER : KOTAKITA
P/S : Pengunjung Blog ini dijemput menjadi ahli HPA, sebagai tanggungjawab sebagai Muslim. Marilah kita sama2 hari demi hari menjauhkan diri kita dari membeli dan menggunakan barangan buatan orang bukan Islam. Selagi berdaya. Bagi yg berminat Boleh email pada penulis : wanzs12@yahoo.com

Isnin, 14 Disember 2009

ARAK DAN JENAMANYA

assalamualaikum ustaz,
seorang rakan saya mempunyai baju berlambang carlsberg dan memakainya. ada sahabat2 saya yang mengatakan haram memakainya,bolehkah saya tahu apakah hujah2 jika hukum memakai pakaian itu adalah haram?

terima kasih.jazakallah

Jawapan :

Haram memakai atau mengiklankan apa saja syiar2 yang haram disi syarak.

Carlsberg adalah jenama arak yg haram dengan ijmak ulamak.

Maka apa saja yang haram jadi haram pula kita iklankan sepertimana zina itu haram maka haram kita iklankan perbuatan zina.

Judi juga haram maka haram kita pakai baju yang ada logo atau nama syarikat judi kerana itu dikira redha dgn benda yg haram sekalipun dengan alasan hati kita tidak redha cuma pakai utk suka2.

Kalau orang pakai baju yg tertulis benda2 yg aib tentang diri kita adakh kita suka?

Begitu jugalah Allah swt tidak suka kita memakai suatu yang mengaibkan agama Islam dan umat Islam.
SUMBER : DI SINI.